My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 3 September 2013

Harga Petrol Naik 20 Sen Apa Kata Anda?

Assalammualaikum..

Tajuk yang dipaparkan agak hangat juga ni..

"Apa?? sehingga jam 12 tengah malam ni..harga petro akan dinaikan sebanyak 20 sen seliter..Kena cepat-cepat ke stesen petrol ni..Nanti petrol dah mahal.."

Dari petang tadi hinggalah ke malam Erin dapat lihat suatu fenomena di mana orang ramai berduyun-duyun datang ke stesen petrol untuk isi minyak petrol.. Kata mereka.. "Kalau boleh isi petrol ni penuh tank, dah jimat dah.."

Alahai.. berapa sangatlah yang dapat dijimatkan.. Esok lusa kena isi balik.. Melainkan, bila dah isi, jangan bergerak..Dah macam pesta pula apabila majoritinya  mula menuju  ke stesen petrol..Kereta berderek-derek..

Bila bicara soal harga petrol ni.. Erin pun mulalah design sistem pengiraan dalam kepala ni..Macam buat congak lah..Selalunya Erin akan isi petrol RM20..itu minima punya isianlah..untuk 10 liter..Jika kenaikan petrol sebanyak 20 sen seliter.. Ini bermakna 20 sen darab dengan 10 bersamaan RM2 tambahan.. Sekarang ni, kalau nak dapat jumlah liter yang biasa Erin isi tu..maka kena RM22 lah yer.. So, fine RM2 je pun.. Tapi full tank viva comel Erin tu RM 70..Maka Erin kena tambah lagi RM7..

Tak apalah petrol naik.. BR1M pun naik jugak.. So, ada pro and contra..Sekarang ni kena pandai baget-bagetlah yer..Erin tengok rakyat Malaysia ni harga barang naik macam mana pun.. Berbelanja sakan juga..Handbeg berjenama, pakaian berjenama, kasut berjenama di kedai laku juga kan?? 

Persoalan-persoalan macam ni berlegar juga difikiran Erin.. Apa yang penting dimanakah sikap kita..?? Bagaimanakah kita menanganinya dalam kehidupan ni..Tak semuanya sama selamanya..Begitu juga dengan hidup ini.. Hari ini kita masih sihat walaafiat.. Mungkinkah esok juga begini.. Mana ada orang yang nak sakit..Tetapi mampukah kita untuk menolak takdir? Siapakah kita? Jawapan yang sedia maklum.. Kita manusia biasa yang serba kekurangan dan tidak sempurna.. Okay titik..

Sebenarnya.. Erin pun sedih jugak kenaikan harga minyak petrol ni.. Tapi apa boleh buat..Huhuhu..
Entri ni nampak macam serius sikit kan.. Tapi tak serius mana pun.. Thank you sudi baca dan tinggalkan komen you all supaya kita boleh berwacana di sini..Sekian..

15 comments:

Fais-SKA said...

bg yg xmmpu dan peniaga2 kecil kecian kt diorg kak..br1m 2 xleh tmpung pn kenaikan mnyak ni..mnyak kn kperluan hrian juga..bila mnyak naik automatik hrga brang pn naik..yg sy terkilan sgt apabila jnji tggal jnji..ntah la..nk jd superman la lepas ni ha3..

Unknown said...

Kak Erin teringin nak tahu.. apakah faktor utama kenaikan harga minyak petrol dan diesel ni? Dan benarkah harga minyak petrol dan diesel di negara kita masih di tahap yang murah jika dibandingkan dengan negara-negara lain??

Mizz Aiza said...

yang aiza pernah dengar dari pelancong thailand, harga minyak di negara mereka sebenarnya lebih mahal jika dibandingkan dengan negara kita..
namun kenaikan harga minyak ini semestinya akan meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat apabila harga barang juga naik.. mungkin bagi mereka yang bergaji besar tidak kisah mengenai hal ini.. namun bagi mereka yang berpendapatan rendah tentu akan merasai azabnya..

Fais-SKA said...

hu3..xkak, ada lg murah..smlam kecoh kt fb tntg mnyak..smua details dan rjukan kwan2 sy bt kluar..mmg xsokong sgt2..sbb Malaysia ni negara pengeluar minyak..negara2 pengeluar mnyak spt negara arab..myak diorg xsmpai rm1 pn seliter, faktor dia sy xthu la..mgkin cukai..mungkin ada agenda sesetengah pihak..xnk tuduh..ape pn kita berhak menilai..

E'in said...

haraga petrol naik, t mesti harga brg lain pun naik, gaji xnaik gak... taraf hidup makin tinggi... sanggup depa tgk kite mcm nie ek... :(

Unknown said...

Kena save bagetlah macam ni kalau nak berkereta..lepas tu kena berjimat dalam membeli barang keperluan lain.. Tak boleh nak lebih-lebih lagi dalam berbelanja.. Amalkan banyak berpuasa sunat.. Hmm.. Entahlah, perkara ni terlalu complicated untuk di komen..Secara mengejut saja pengumuman kenaikan harga minyak petrol dan diesel ni kan..?

Unknown said...

ooo..mun pon xreti la nak komen pasal minyak ni..sedih tu memang sedih..yela..gaji xseberapa..mcm mana nak kahwin gini..hoho

Jie said...

Kena pandai pandai lah berjimat lepas ni

Mizz Aiza said...

walau apa pun kena hadapi juga dengan hati yang terbuka.. kalau sekali naik dah susah nak turun..

Tetamu Istimewa said...

Betul tu Kak Erin, dapatlah jimat sekali isi. Tapi, bukannya nak isi minyak hari tu saja, lepas ni kena isi juga.

Gaj naik, barang pun naik. Duit dah tak jadi harga.

Unknown said...

Pemintaan terhadap nilai duit adalah tinggi.. Penawaran duit pula semakin rendah.. Tahap pengangguran?? Yang dirisau juga kes jenayah akan semakin berleluasa..

Unknown said...

minyak adalah sumber pendapatan negara, kalau rujuk pada anggaran hasil negara, jika item minyak di'tiada'kan, M'sia berada dalam defisit yang teruk,persoalannya..sebagai negara pengeluar hasil minyak tersebut bukan diagihkan kosnya kepada rakyat sebaliknya diberi/diagih kekayaan itu kepada rakyat.

ye..kesannya kepada kadar inflasi, kadar faedah pinjaman akan meningkat, pengeluaran rizab wang juga akan lebih diperketat.

Unknown said...

Erin setuju juga dengan ummu amar.. :-)

norhasnizakhalid said...

kena berjimat, kena uruskan apa yang penting dulu.. hihi, mama sedikit sebanyak terkesan jugak, yerlah.. mama pun bukan orang senang..

Unknown said...

Tapi still ada lagi 63 Sen lagi subsidi.. Huhu...samalah Erin pun pakai kereta.. sekarang ni kena kurangkan bergerak guna kereta..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer