My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday, 5 September 2013

Projek Memikat Suami akan diadaptasikan?

Assalammualaikum..

You all suka baca novel tak? Kalau suka.. pernah baca novel, Projek Memikat Suami tak?
Dari awal Erin baca novel ni, Erin dah dapat agak yang suatu hari nanti cerita ni mesti akan diadaptasikan dalam bentuk drama atau filem.. You all nak tahu tak..Cerita novel ni sangat sweet dan banyak hal ehwal pasal isteri boleh rujuk dari jalan ceritanya..

Okaylah Erin ulas sikit sinopsis dari cerita novel ni yer..

Ceritanya begini...Nawwal Husna baru pulang dari belajar di U.K..Baru sehari pulang, ibu bapanya dah buat keputusan untuk mengahwinkan Una dengan Zahrain Alimin. Zahrain Alimin yang sememangnya tak suka akan dirinya.. Cuba bayangkan bagaimana nak layari kehidupan sebagai suami isteri jika salah seorang tidak menyukai kita.. Tapi Una ni seorang yang bijak pandai berkaitan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan akhirnya membuka hati Zahrain untuk menerima dirinya.. Tetapi, konflik tetap ada..kerana sebelum berkahwin dengan Una, Zahrain sudah mempunyai buah hati iaitu Adira yang bekerja sebagai model.

Ini petikan dialog  dari novel ni..

"Tapi ummi, kenapa Una kena pulang cepat-cepat ni? Tak boleh ke tunggu? Bagi tau aje kat Una lepas kami balik dari Scandinavia. Sebulan saja kami nak ke sana." - NAWWAL HUSNA

"Jangan menyesal, litter girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today." - ZAHRAIN ALIMIN

Erin ada terbaca satu blog ni..dikatakan novel ini bakal didramakan tak lama lagi.. Para pelakonnya pun telah dipilih.. Siapakah pelakonnya.. Hmm.. malas nak cerita.. Nantilah, kita tengok sendiri yer.. Jika benar perkhabaran ni.. Tahniahlah kepada penulis novel tersebut iaitiu Hanina Abdullah.. Novel Projek Memikat Suami ni best sangat..Dalam masa seminggu dah habis baca walaupun tebal.. Masa Erin baca tu pelbagai perasaan ada..Kejap gelak, kejap sedih.. Kejap tak rasa apa-apa.. hehe..(Muhung je tuu..)

Okay lah sekian dulu hal perihal novel Projek Memikat Suami.. Tak sabar rasanya nak tengok drama tu..

8 comments:

Fais-SKA said...

sy xpnh khatam 1 novel pn he3..xminat kot =) sbb bkn bhan bcaan yg sy minat..skrg ni byak je drama yg diambil dr novel..tgok jelh nnti..

Tetamu Istimewa said...

Fenomena adaptasi ni belum lagi reda. Novel yang terpilih bertuahlah.

Tak pernah baca pun novel ni.

Mizz Aiza said...

menarik juga sinopsis novel ni.. aiza dah lama tak membaca novel..

Unknown said...

filem adaptasi biasenya lebih menarik dari file2 biasa...

Unknown said...

salam....
sue nie kalo baca novel...selagi xhabis....lagi tu la...hehehe..
best juga ye....novel nie

Unknown said...

Cerita ni memang best.. kalau betul-betul diadaptasikan..Memang teruja..

Unknown said...

yes..saya dah baca novel ni...memang kisah dye best..n now dah banyak novel dari karya seni yang dah diadaptasikan untuk jadi drama..
if novel ni pon sama..harus best.. :)

TelingaBulat said...

skg mg byk dari novel org adaptasi jd cerita kt tb..untung penulis2 hebat tuh..kak airin xnk cube?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer