My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 8 October 2013

Berita Terkini : C-Mart Jitra Runtuh !!

Assalammualaikum..

8 Oktober 2013 - Tadikan Erin teman Nisa pergi rumah mak dia di Jitra Kedah.. Yeah.. waktu nak balik tu mak Nisa bekalkan kami makanan berupa nasi dan beberapa jenis lauk.. Rupanya hari ni adik beradik Nisa berkumpul di rumah mak ayah Nisa.. Mak Nisa jemput kami makan di situ.. Tetapi memandangkan jam sudah hampir ke pukul 2 petang, maka kami terpaksa berundur diri untuk pulang ke pejabat. 

Dalam perjalanan pulang.. Nisa memandu menyusuri jalan C-Mart.. Sebelum itu kami telah dimaklumkan oleh suami Nisa bahawa sebahagian dinding C-Mart roboh dan runtuh.. Fikirku, mungkin tak teruk sangat runtuhnya.. Jadi kami pun menuju ke tempat kejadian.. MasyaAllah dasyat jugalah runtuhan tu.. Nasib ianya berlaku di awal pagi.. Dan Erin tak pasti ada mangsa yang cedera atau pun tidak.. Mungkin dalam berita nanti akan diterangkan dengan lebih detail lagi.. Jom saksikan gambar-gambar yang telah Erin snap melalui telefon Nisa..





Kami tak sempat nak turun dekat situ sebab nak kejar masa untuk pulang ke pejabat..Dasyat tak?? Tengok abang-abang polis tu dengan rider masing-masing.. Hehehe.. Habis berongga C-Mart ni..Salah siapakah semua ini?? Persoalan??? Jom saksikan berita di TV malam ni..

17 comments:

Lieya Von Jay said...

ish3 teruk nya kan. igt kan sikit ja kak .

Unknown said...

Betul tu.. Kak Erin pun terkejut tengok..

Unknown said...

smart btuil moto abg polis tu.
isk isk isk.
hehe..

shark tau td baca online paper,
tunggu berita je lar mlm nie.

Unknown said...

Moto abang polis tu lagi smart.. syok no jadi polis boleh nbawak moto besar..

budakbandunglaici said...

Macam mana bole runtuh tu

Unknown said...

Entahlah kak Erin tak pasti pula apa puncanya.. Tapi dari sumber belum sahih..Katanya bangunan tu dibina masa cuaca hujan.. Entah lah betul atau pun tak.. Huhu

Cik Rose said...

teruk jugak ni .. dekat sangat ngan kampung mertua Ros. kampung tanjung pauh.. Erin area mana?..

Unknown said...

Erin dok area alor setar.. Tapi mai jitra rumah mak kawan Erin..So, kami lalu kat situ..

Umie Amirain said...

ish bahaya ni...semoga takdela yang terkorban...

Unknown said...

ish bahaya ni
mcm mana blh runtuh kan dinding tu
abg polis pun sibuk dah tu

Scripters said...

Banyak terbaca cerita di pesbuk siang tadi... tak tahu lah camne boleh boleh runtuh yer

Mizz Aiza said...

terkejut juga aiza mendengar berita di tv.. bahaya macam tu..

Pha Is said...

cmart yg ni x pernah pergi lagi.. pernah pergi kat cmart kat canglun je.. port budak matrik canglun melepak... hehehe

Fais-SKA said...

kalau berita pagi dan t.hari ni xde lg bgthu sbb ape..hm mcm dah jd musim plak..skrg ni bnyk bgunan yg runtuh..kt trggnu bnyk juga runtuh..

Tetamu Istimewa said...

Ada penyelewengan ke?

ANIM said...

Asalnya nk buat gudang kan? La jadi pusat shopping compkex. Sib baik x buka lagi. Nk p cmart kat sp pun takut, heee...

Unknown said...

Betul tu kak Anim.. depa buat shopping kompleks tak ada CF...Penyalahguna bangungan lah tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer