My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 13 October 2013

Ketupat Palas Vs Ketupat Kelapa

Assalammualaikum..

Wah, mood raya sudah sampai.. Nak buat kerja pun tak boleh nak tumpu.. Dalam minda asyik fikir nak cuti..nak cuti.. 

Semalam pergi pasar.. Wah bukan main lagi beriya kilik daun palas.. Mama tanya Erin pandai ke nak baluk ketupat.. Eh..Mestilah Erin pandai.. Kalau tak, tak da nya nak kilik mengilik daun palas ni.. 

Sambil belek-belek ulam..Ternampak pula anyaman kelongsong ketupan daun kelapa.. Aih teruja aih.. Maka, Erin pun belilah 5 ketul.. Mak ai, satu kerongsong tu harga 50 sen..Erin fikir, kalau macam ni, Erin kena belajar anyam sendirilah.. Baru murah sikit..Lagi pun Erin minat juga bab anyam menganyam ni..


Ha.. nilah kelongsong ketupat-ketupat yang Erin buat dan beli.. Yang daun palas tu Erin buat sendiri,. Cuma yang daun kelapa tu je yang Erin beli..Nampak tak beg dompet Erin yang  comel tu..


Kelongsong daun kelapa yang berharga RM2.50 dapat lima ketul.. hanya perlu masukkan beras dan rebus..Cantikkan anyamannya.. Teringin nak belajar anyam ketupat daun kelapa ni..

Erin anyam dulu kelongsong ketupat daun palas ni.. Nanti bila beras pulut telah ditanak.. Bolehlah rungkaikan kelongsong tu dan balut semula..Senang je nak buat kelongsong ni..Erin belajar buat balutan ni dengan Mak Tam Erin.. Lepas ni, tak perlu nak beli-beli lagi ketupat pulut daun palas.. Senang buat sendiri kan..Petang Esok Erin nak tanak beras pulut.. 

Bila dah siap semuanya, ingat nak hantar kat Mak Tok Erin sikit, bagi rasa.. yang selebihnya tu buat makan-makan family je..Serunding daging pun dah beli di Pekan Rabu semalam.. Kalau rajin, Erin dan Mama akan masak rendang peparu atau peparu masak merah untuk dimakan bersama ketupat tu.. Yum yum yummy..!!!

17 comments:

shameel Iskandar said...

salam kunjungan dan salam ukhwah.
Kalau kat tempat sy di kelantan, ketupat palas yg lebih digemari. Malah, ketupat kelapa jarang2 org sahaja yg sediakan.

Adriannasyaz said...

Assaammualaikum..slmt pg..singgah pagi..sya teringin nk blajar anyam etupat kelapa tu..nmpk sgt cntik..

norhasnizakhalid said...

wah.. rajinnya erin... mama dari dulu puas belajar nak menganyam, tapi asyik tak jadi je..

Mizz Aiza said...

aiza suka makan ketupat daun palas.. kalau ketupat daun kelapa tu aiza tak suka sangat..
p.s: raya ni tak beli lagi daun palas..

azman said...

50 posen? man raya puasa ari tu jual 30 posen aje.. itupun orang cakap mahal.. hik hik hik raya haji ni tak dapat niaga.. cuti tak approve.. bos suruh kerja le pulak

blogger lelaki said...

dekat kampung saya lebih kepada ketupat palas

Unknown said...

pandainye erin anyam ketupat
yumida x reti sgt

DILA ELLA said...

suka makan ketupat tapi tak berapa pandai anyam ketupat daun kelapa ni.. :)

Nory Zoulkefle said...

wahh meriahhnya raya...
teringat tahun lepas, husband nory ajar mak n papa nory anyam ketupat ...heheheh...kelakar plak tgk menantu ajar pak mertua..hehe

.::: Princess MOMOY :::. said...

dah lama x buat ketupat

Unknown said...

terer kak erin anyam ketupat ni..kalau saya buat konfem tak jadi :p

fizalinolie said...

Fiza suka makan ketupat. Tapi... Sampai sekarang masih tak reti anyam ketupat :(

PeRdU cINta said...

sedapnya ketupat palas tu..salam aidiladha erin sekeluarga..

Unknown said...

salam kak....
hehe bak sini 1...anta umah sue hehe

Lieya Von Jay said...

saya suka ketupat palas kak :) tak sabar nya nak mkan esok

Scripters said...

Kak Erin, kalau kat pantai timur, ketupat palas tu rasa manis tau...kat kedah camne lak?

Unknown said...

Salam semua.. Hehe.. Erin pun baru je belajar balut ketupat ni.. pulut Mama Erin yang tanak kan..Kalau kat kedah ni, ketupas daun palas, tak manis sangat, tapi masin sikit.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer