My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 7 September 2013

My Delicious : Sayuran Tempura

Assalammualaikum..

Pagi tadi baru ikut program kesihatan.. So, Erin nak publish tentang menu Erin malam ni.. Menu atau resepi yang sihat.. Sayur-sayuran tempura..Semua guna sayur je.. Macam cucur sayur lah.. Sedap baq hang.. !! Hehe..



Okay.. ni lah gambar sayuran tempuran yang Erin masak tu.. Ada brokoli, terung panjang, dan cendawan..You all nak guna cendawan apa pun boleh.. Yang Erin guna ni cendawan osyter atau tiram..

First sediakan bahan-bahan seperti :
Terung Panjang
Brokoli
Cendawan Tiram
Telur 2 biji
Tepung Tempura
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cili serbuk - Kalau nak pedas

Cara-caranya :
Potong kesemua sayuran tersebut ikut kesukaan nak besar mana
Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul telur tu sehingga sebati
Masukan tepung ke dalam pinggan yang berasingan, tambahkan sedikit air, jangan terlalu cair
Panaskan minyak, banyak minyak macam nak goreng cucur
Celupkan sayur-sayuran satu persatu ke dalam telur kemudian celup ke dalam tepung
Masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak tu.. Goreng sampai kuning-kekuningan..Dan siap..!!

Jom makan..!!


6 comments:

Abang Menaip said...

wah,, sdapla kak.. blh dcuba nih

norhasnizakhalid said...

memang nampak sedap ni, boleh mama try ni nanti...

Mirza Rohizat said...

nampak sedap ni,dah la tengah lapar,yummy!

Mizz Aiza said...

sedap tu erin.. aiza kena cuba juga la lepas ni..

Tetamu Istimewa said...

Tak pernah makan lagi nih. Sekarang ni cikgu-cikgu di sekolah saya popular jual popia udang. Sedap juga.

Unknown said...

Menu sayuran...bestnyer...makan panas-panas masa hujan ni pun best juga nie...

x0x0 ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer