Assalammualaikum..
Hoho..siapa tengok darama ni.. Angkat tangan..setiap pukul 7 malam TV3..
Adoilah romantiknya cerita ni.. Sweetnya.. Hehe..
Mengisahkan
tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose)
melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk
mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus
balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian
selepas kalah judi.
Duit
tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak
sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri
sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka
ibunya.
Setibanya
Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju.
Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut
dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.
Secara
kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang
pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia
terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan
dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri. Dalam
keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia
telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa
berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl,
Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.
Tengku
Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat
bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan
rumahtangga Izaryl dan Jannah.
Adakah
kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah?
Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan
takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Apakah cinta bakal
berputik antara mereka berdua? Saksikan drama bersiri baru, Cinta
Jannah menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam
7.00 malam mulai 14 Ogos 2013 hanya di TV3..
Alahai.. comey sungguh Nelly, macho sungguh Airel..
Setiap malam..Dok layan cerita ni saja.. Hehe..
p/s : Sumber : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=744732
14 comments:
sweet je dorang ni..
nelydia..comel!uqasha kakak dia kan?a bit confuse..:)
nelydia..comel!uqasha kakak dia kan?a bit confuse..:)
best cerita nie..
aiza tak ikut cerita ni..
yuyu tgk citer nih ! best gk ... kdg2 buat yuyu senyum sowang2 ... hihi
mama juga tak follow cite ni erin, mama bz bila time tu.. hihi
suke sgttt tgk cite ni.. tp x layan live.. tgk kat tonton je tiap2 ari, huhu! heronyer encem sgt, hehe!
Macam sweet jer cerita nih...belum sempat tgk lagi..huhuu...
Saya tengok cerita ni. Penulis skrip merupakan kawan saya. Tapi, taklah rapat sangat. Kenal di UPM dan satu kolej dengannya dulu.
Ye ke penulis cerita ni kawan cikgu.. pandainya dia karang jalan ceritanya.. sangat menarik.. :-)
nelydia senrose... ayunya wajahnye... hihihi...
selalu follow citer ni..
Best kan cerita ni.. :-)
Post a Comment