My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 9 October 2013

Orang Yang Suka Bermuka-muka

Assalammualaikum



Sejak kebelakangan ni Erin amat tertekan dengan seorang dua rakan sekerja.. Sebenarnya dah lama tertekan dengan perilaku mereka.. Cuma Erin tak adalah nak ambil port sangat. Tapi apabila hal yang tak sepatutnya dibincangkan di pejabat, menjadi topik hangat mereka...Menunjuk kehebatan mereka kerana mereka cakap mereka staff lama dan tahu serba serbi dunia pekerjaan ni.. Menyebabkan Erin dan beberapa staff baru berasa kurang selesa. 

Selain itu mereka juga mengatakan staff baru ni tak reti hormat senior.. Betul kah?? Pada pendapat Erin, mereka yang tak reti hormat junior.. Kadang-kala mereka sesuka hati meninggikan suara apabila memberi arahan..Sedangkan mereka itu bukan berpangkat boss.. Boss pun mereka boleh lawan cakap.. Macam mana nak jadi contoh kepada kami yang baru setahun jagung dalam bidang ni.. 

Erin bukan maksudkan semua yang berperwatakan macam tu.. ada ramai senior yang baik dan berbudi bahasa.. Tapi ye lah kerana nila setitik boleh merosakkan susu sebelanga kan..Erin ada adu juga kepada pihak induk.. Dan mereka cakap mereka kenal dan faham sangat dengan sikap individu-individu yang Erin maksudkan.. Staff pentadbiran induk pun tak berapa berkenan dengan sikap individu yang Erin maksudkan.. Cuma apa yang mampu Erin lakukan ialah bersabar.. Tapi sabar itu ada hadnya.. 

Satu lagi yang Erin tak berkenan adalah sikap mereka yang suka berpura-pura baik dengan kita.. Padahal di belakang, macam-macam mereka cerita pasal kita.. Bukan perihal kita digebangkan di dalam pentadbiran ini saja, malah mereka menceritakan kepada orang luar atau staff dari jabatan lain.. Dan perkara itu Erin rasakan tak relevan sebab tak ada kaitan dengan hal kerja. Dan mereka itu siapa untuk menilai sesiapa pun.. Padahal mereka juga punya kelemahan yang dasyat.. Kenapa perlu jadi MAMI JARUM.. Cucuk sana sini untuk dapatkan perhatian..

Bila mereka baik berlebih-lebihan tu, pasti mereka sedang menutupi apa yang telah mereka perkatakan tentang kita di belakang.. Maka kita pun tidak syak apa-apa.. Tapi kami staff baru tidak sebodoh itu untuk termakan segala pujian mereka yang tidak ikhlas itu.. Kerana hati kami bersihlah kami dapat menilai setiap gerak geri mereka yang suka bermuka-muka di hadapan dan menikam kami (staff baru) di belakang..

Sepatutnya mereka yang senior ini tunjuk contoh yang terpuji kepada kami bukan mengkritik kami yang baru ni.. Teguran dan sindiran juga mengguris hati.. Persekitaran kerja yang tidak seronok dek keranan  kelakuan mereka. Apabila mereka tak datang kerja atau cuti.. Suasana pejabat terus jadi aman dan kami pun bersemangat nak buat kerja.. 

Di pejabat ni, kalau dengar saja suara mereka yang lantang macam halilintar tu pun boleh gugup jantung Erin.. Terus Erin rasa tertekan nak buat kerja.. Mereka pun kadang-kala suka berkumpul dalam pantry.. Bukan makan sangat tapi bergebang je lebih.. Bukan pasal kerja, tapi pasal nak jadi juri dok kritik pasal hal orang lain..

Sepatutnya enviroment kerja adalah seperti golongan profesional.. Tetapi pada pandangan Erin, suasana di sini seperti agak kekampungan dengan minda mereka yang tertutup dan suka ambil tahu tentang hal orang lain berlebih-lebih sehingga mengabaikan hal sendiri.. 

Mereka boleh mengutuk sampai mengaibkan orang lain.. Kemudian bersikap baik di hadapan orang itu..Seperti mana tiada apa-apa yang berlaku.. Erin betul-betul tak faham dengan sikap mereka ini.. Bukan mereka ni muda lagi.. Dalam lingkungan 40-an hingga 50-an.. 

Itu saja luahan hati Erin tentang rakan sekerjaku yang tersangat tak best..

11 comments:

Lieya Von Jay said...

kak erin keja kerajaan ke ? adik liya skrg ni tengah praktikal kat sbuah pejabat kerajaan ni. mak ai memang sorg2 kat situ prngai mcm kak erin mention kat atas gak. suruh org hormat depa, berlagak bos, sombong, perasan hebat, suka hati nak mengherdik org dan macam2 lagi . adik liya tgh counting days cepat2 habes praktikal sebab memang tak tahan dengan sikap kak2 yang konon nya senior tu tapi perangai kalah budak tadika.. tapi mcm kak kata ada gak la yang baik tu kan.. semoga kak erin sentiasa di beri kesabaran utk deal dgn manusia mcm ni

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak erin.sabarlah. biasalah jadi orang baru. mesti kena bambu.. semoga kak erin tabah ye :)

PeRdU cINta said...

sabar sahajalah kita nikan..dugaan datang dalam sebegini rupa..sepatutnya kita sama-sama bersatu hati..bekerjasama..hormat menghormati..tidak mengira usia dan pangkat..pengalaman juga bukan satu ukuran potensi seseorang itu dalam melunaskan tanggungjawabnya..yang penting sentiasa rendah hati dengan semua orang.. sabar ye erin :)

norhasnizakhalid said...

salam erin, mama simpati dengan apa yang terjadi. mungkin dengan cara ini, erin dapat luahkan apa yang terpendam. Apa yang boleh mama katakan, sabar lah erin, buat bodoh je. jangan dilayan sangat.. buat apa sesakkan kepala sendiri.... sabar erin ye... :)

Unknown said...

Erin pun dok sabar je lah.. sebab kat mana-mana tempat kerja pasti ada yang macam ni.. Dugaan di alam pekerjaan.. Huhu.. Sabo je lah..

Mizz Aiza said...

yang paling sakit hati bila mereka 'menyibuk' urusan kerja kita.. bukannya nak tolong siapkan, tapi tolong ganggu..
apa yang dapat aiza cadangkan, erin cuba tumpukan perhatian kepada kerja erin, pedulikan apa kata mereka.. lagi 1 jaga hubungan baik erin dengan bos (bukan tujuan membodek, tapi untuk rasa selamat di situ).. pastikan hasil kerja erin yang terbaik dan pastikan KPI tercapai.. bukan mereka pun yang nak menilai prestasi kita, tapi bos..

Adriannasyaz said...

Byk2 bersabar ya erin..keje raai2 cmtu..mmg mcm2 peel kan..tak terlayan dibuatnya.erin keje je dgn pnuh bersemngt..abaikn yg x berkenaan ;)

Fais-SKA said...

hmm sabar banyak2 ye kak..sy xpnh lg kena situasi mcm ni..kalau dah kena mmg xthan juga, yg pntg kita berbaik berpada2 la..xboleh bg muka sgt..tkot kaki naik atas blkg kita..smoga stiap urusan akak dipermudahkanNya..

shazillahsani.com said...

hai erin...bykkan bersabar...anggap semua itu sebagai cabaran untuk awak..biar orang hendak cakap apa...lgpun mulut orang mana boleh kita tutupkan.Berkat kesabaran awak..insyaalllah ada balasannya..^^

Tetamu Istimewa said...

Semua ini berkaitan dengan ego. Apabila ego tak tentu pasal, inilah jadinya. Kalau nak orang hormat kita, kita juga kena hormat orang kan. Tak kiralah baru atau lama. Tak semestinya yang dah lama tu banyak pengalaman dan boleh sombong.Berkongsilah lebih baik.

Scripters said...

Susah juga ya kak erin kalau dapat rakan sekerja macam tu... ida harap kak erin banyak2 lah bersabar yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer