Assalammualaikum..
Menjadi bahan cerita bukan lagi omongan kosong..
Cerita yang dicanang penuh simbolik..
Kadang kala ada pula terselit unsur dusta..
Yang mana satu betul susah pula untuk ditentukan..
Kerana fakta kadang kala berubah jadi auta..
Kerana ramai sangat yang memperkatakannya..
Dari cerita terus jadi sandiwara..
Dari sandiwara terbit pula drama..
Situasi semakin tegang dek kerana cerita..
Bagai mesej berangkai akhirnya terurai..
Jika terurai elok tak apa..
Tapi lain yang awal..Lain pula yang akhirnya..
P/s : Usah kita menokok tambah cerita yang asal.. Kerana ramai sangat penyampainya.. Akhirnya yang sekecil kuman terus menjadi selebar lautan..
11 comments:
cerita bila dah disampaikan dari mulut ke mulut, memang akan jadi lain daripada cerita asal :)
cerita kalau dah mulut ke mulut memang lain jadinya..payah
menokok tambah boleh membawa ke arah fitnah...
cara penyebaran berita mcm tu kemunkinan besar blh mengundang fitnah
bahaya kan, klo blh sentiasa kita elak utk mndgr n mpercayainya
apa yang sangat ditakuti dari cerita suka-suka menjadi fitnah merata..maka dalam tak sedar dosa pun bertimpa-timpa..moga kita bukan daripada golongan itu..
Assalamualaikum.
Sebab tu la kan kak erin, ada pepatah, mata pena lagi tjm dri mta pedg.
Terlajak prahu bleh diundur, terlajak kta bruk pdahnya.
Zaman dulu, medium utk menulis mngkin kurg, jadi berita bnyk dismpaikan mlalui perckpn. Tapi skrg, ada internet, apa yg kita tulis tu, mudah saja tersebar..sampai sukar untuk ditentukan kesahihannya.
makanan akan lebih sedap kalau diperisakan dengan garam dan gula kan? begitulah dengan cerita...
satu ayat boleh jadi 10 ayat..
so, jangan la sebarkan berita yg x pasti..
selalunya begitulah.. cerita kecil diperbesarkan menjadi sensasi.. menjadi tanggungjawab kita untuk tidak memanjangkan berita yang tidak pasti..
It's better to keep quiet if we don't know the real story behind it, rather than it make it become rumour. Sad to say, nowaday fitnah and rumour are like a things we all getting used at.
Macam main telefon buruk pula. Akhirnya, cerita jadi lain daripada yang asalnya.
Post a Comment