My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday 7 June 2013

Tak nak pisang berbuah 2 kali


By The Way.. Aku baru je habis tonton cerita SSID
SSID what?? Laa..Sebenarnya Saya Isteri Dia lah..
Drama yang kat TV3 tu.. Hmm.. sweet kan cerita tu.. Terbayang pulak aku yang pegang watak Syafa Aqira tu kan? (Berangan je lebih)

Tak nak pisang berbuah dua kali..Seriously aku tak nak..
Tapi jika ini telah tertulis..Aku terima dengan hati yang terbuka..
Bak kata orang cinta itu tidak perlu dipaksa.. Ia akan datang dengan sendirinya jika ada keikhlasan..
(Aku sangat berharap)

Jika tak nak kecewa.. jangan lah mengharap..Yang si teruna pun.. Janganlah dok test-test si dara jika anda tiada niat nak ambil dia sebagai isteri anda.. Berdosa tau..(Memperingati sebab hati wanita ni terlalu lembut untuk disentuh..Jika kecewa kadang-kadang boleh membawa lara yang berpanjangan..kan si teruna dah macam menzalimi si dara)

Aku sendiri pun pernah dikhianati..Nak cerita panjang-panjang pun macam mengaibkan orang tertentu pulak..Walaupun kini dia sudah ada family sendiri..Aku tahu dalam hati dia mesti ada sedikit kekesalan di atas perbuatannya itu.. (Iyelah memainkan perasaan wanita yang tak berdosa..Lepas tu boleh dia pi cerita kat kawan dia yang aku yang kecewakan dia.. sampaikan kawan dia tu cakap macam-macam kat aku..)

Dah tak suka jangan lah fitnah lagi.. Cukup-cukup sudah lah apa yang dia buat selama ni kat aku..
Sampai dia dah nak kahwin pun still tipu aku lagi..
Dia cakap bakal isteri dia, mak ayah dia yang pilih..Aku tak percaya.. Aku tanya dia.. Demi Allah kah dia bercakap benar atau sengaja menutupi segala kesalahan dia kepada aku..
Akhirnya dia berkata benar yang dia sebenarnya mengenali bakal isterinya 2 tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk bertunang.. Cuba bayangkan dia boleh berkawan dengan 2 orang wanita dalam satu masa.. Dan membuat pilihan yang mana lebih baik diluar pengetahuan aku dan juga bakal isterinya.. Kejam betul kan..Tapi aku anggap itu hanyalah dugaan yang mematangkan aku..Allah sentiasa bersamaku.. Aku tidak akan mendoakan perkara yang tidak baik untuk dia dan juga keluarganya.. Malah aku sentiasa berdoa agar anaknya (perempuan) dijauhi lelaki seperti ayahnya..Aku tak mahu ada yang menderita kelak di atas kesalahan orang lain..
Aku mampu memaafkan dia.. dan aku tidak mampu untuk melupakan pengkhianatannya kepada ku..

Berkenaan ungkapan pisang berbuah dua kali..Aku berharap yang amat sangat agar tidak menemui lelaki yang bersikap mirip seperti dia..Aku tak ingin kecewa lagi.. Sebolehya aku tak nak berkawan dengan lelaki..Aku takut sangat jatuh cinta yang haram..Perasaan dan hati yang sentiasa diganggu oleh syaitan dan Iblis..Biarlah cintaku hanya untuk Allah, Rasulullah, mama, abah dan adik..

Dalam masa yang sama aku masih berdoa kepada Allah Yang Maha Esa agar mempertemukan aku dengan bakal zaujku yang sebenar..Sebab itu dalam doa ku.. 

"Ya Allah Yang Maha Berkuasa segalanya ke atas diriku.. Aku bermohon pertolongan Mu..Jika dia adalah jodohku..Maka dekatkanlah diriku dan dirinya..Dan jadikanlah kami pasangan yang Halal..Seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama Mu..Dan jika dia bukan jodohku..Engkau jauhikan lah dia dariku.. Agar aku tidak terus kecewa..Aamin Ya Rabbalalamin.."

Sentiasa aku berdoa seusai solatku..Hanya Allah SWT yang tahu segalanya..
Aku sebagai hamba Nya yang kerdil hanya mampu berdoa,tawakal dan redha..
Semoga kehidupanku sentiasa disinari dengan keceriaan dan kegembiraan..

Allah Huakhbar....SubhanaAllah..

p/s : Kisah ini berlaku pada tahun 2010..(Lama dah pun.. tapi fobia aku tetap ada..)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer