My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 11 March 2015

Masalah Anak Dara Tua dan Anak Teruna Tua

Assalammualaikum..

Hai.. Selamat Malam..

Seperti yang dijanjikan.. Erin nak tulis juga entri tentang ini.. Walaupun diri ini belum terlajak tua.. Hehe.. Apa pun chill.. Kalau orang yang cakap Erin ni anak dara tua.. pun cakap lah.. Tak kisah pun.. Sebab jodoh itu ketentuan Allah Yang Maha Esa..

Tetapi buah mulut orang tu yang Erin hampir tak tahan.. Boleh ke tanya macam ni "Erin ni kenapa? Tak mau berkahwin kah?" Uish soalan apakah yang kamu semua ke utarakan ni? Cuba tanya lembu.. Dia pun cakap nak kahwin.. Haha.. Ada ke suruh tanya lembu pulak.. Hmm.. Ibaratkan sahaja..

Kenapa seseorang itu belum bertemu dengan jodohnya? Mungkin juga sebab kifarahnya.. Mungkin juga sikap atau kekilafannya.. Mungkin juga dia terlalu baik sehingga Allah belum pertemukan dia dengan jodohnya.. Mungkin juga disebabkan dia ada tanggungjawab terhadap ibu bapanya yang uzur atau sakit..Semuanya bersebab.. Dan ada juga yang jodohnya terlebih dahulu pergi mengadap Illahi..Allahualam..

Memang tak dinafikan soalan demi soalan akan diajukan.. Tetapi jawablah dengan berhemah supaya hati kita dan hati orang yang bertanya itu tidak terguris.. Jawab dengan senyuman jika ada yang bertanya 'bilakah kita akan berkahwin?' .. Bagi Erin jawapan yang simple.. "Saya akan berkahwin tahun hadapan.." Bila tiba tahun hadapan mereka bertanya lagi.. Erin akan jawab tahun hadapan.. Sehinggalah jodoh itu sampai.. Simple kan.. hati kita pun tak sakit.. hati orang lain pun tak sakit..

Masin mulut 44 kali cakap kahwin tahun hadapan.. Sekali jadi kenyataan..Alhamdulillah.. Maka bolehlah jemput jiran tetangga dan sahabat handai ke kenduri.. Hehehe

Akhir kata.. Setiap soalan ada jawapan.. Kalau nak jawapan yang pasti.. Semuanya bergantung kepada Allah SWT.. DIA Maha Mengetahui.. 

Sekian.. Wasalam @_^

5 comments:

Affy Afiqah said...

Betul tu, soal jodoh ni bukan kuasa kita, kita merancang Tuhan yang menentukan. Kalau Dia kata belum lagi masanya, jadi belum laa. Kalau Dia kata sekarang, maka sekarang laa berkahwin, kan kak :)

mak ieteng said...

jodoh memang di tangan Allah tapi usaha di tangan kita.
kawin jangan tak kawin sbb dengan perkahwinan kita banyak mengumpul pahala......
slmat malam...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam erin,
manusia ni takkan benti bertanya hokeyh
so kesimpulannya 'ada aku kesah' he3
kawen ka tak kawen ka
beranka ka tak beranak ka
bercucu ka tak bercucu ka
itu semua sudah ketentuan Allah
terima, redha & teruskan kehidupan

Aku Penghibur said...

semoga di permudahkan soal jodoh oleh Allah la tahzan..

puteri airyn said...

Thanks semua.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers