My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 11 March 2015

Salahkah Pegang Status Duda atau Janda?

Assalammualaikum..

Hai Selamat Pagi to My Readers..

Duda atau Janda.. Sememangnya bukan sesuatu yang diminta.. Semua orang mengharapkan kebahagiaan di dalam sesebuah rumah tangga Tetapi mungkin takdir sudah begitu..Dan tidak dapat dielakkan lagi.. Erin bila dengar je cerita kawan-kawan yang ada tille 'D' or 'J' terus jadi seram nak berkahwin..Bila tanya.. Macam-macam masalah mereka adukan.. sama ada kesalahan itu berpunca daripada suami atau isteri.. Tapi yang peliknya.. bila si D atau si J ni berkahwin lain boleh kekal sehingga ke akhir hayat pulak.. 

Tetapi kalau seseorang tu berkahwin kemudian cerai.. Dan berkahwin lagi kemudian cerai lagi.. Mungkin kesalahan itu berpunca daripada diri dia sendiri atau pun.. Dia masih belum berjumpa dengan jodoh sejatinya lagi.. Tapi kasihan kerana dalam mencari kebahagiaan diri sentiasa di tandang kecewa.

Bila pegang status D or J.. Masyarat mula memandang serong.. Pernah kawan Erin bujang teruna tetapi dia terpikat dengan seorang J ni ibu kepada 2 orang anak.. Dia cerita kepada rakan-rakannya yang dia ingin mengahwini Janda tersebut.. Lalu pelbagai persepsi dan andaian negatif  telah dilontarkan kepada dia.. Dia hampir buntu.. Kerana kesan-kesan negatif di masa hadapan.. Bagaimana penerimaan keluarganya pula.. Apa yang akan dikata? Bujang teruna ingin kahwini janda.. Seperti tiada perempuan yang masih belum berkahwin untuk dijadikan isteri?

Persoalannya.. Mengikut kepada peredaran zaman dan juga ststus kita sebagai Hamba Allah.. Layakkah kita menghina mereka seumpama itu? Mungkin mereka memegang status itu sekarang.. Tetapi masa depan kita..Kita belum tahu..

Tak kisahlah janda atau duda.. Mereka juga manusia.. Mereka juga seperti kita yang memerlukan kasih sayang.. Dah tak ada sefahaman dalam rumah tangga.. Maka jalan yang terbaik adalah bercerai.. Memang perceraian itu perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT.. Tetapi dari terus menanggung derita dan sengsara.. Dibeban lagi dengan dosa.. Maka cara terbaik adalah bercerai..

Next Entri Erin cerita pula tentang status ANAK DARA TUA atau ANAK TERUNA TUA.. 

Thanks sebab sudi baca apa yang Erin tulis ni..
Kita sama-sama berkongsi cerita dan pendapat...

Sekian..Wasalam

5 comments:

fathullah fatt said...

sedey

puteri airyn said...

Memang sedih.. Tetapi status tu tak menghalang seseorang itu bahagia..Cuma manusia ni suka menghukum orang lain..

mak ieteng said...

hidup perlu diteruskan.
adakalanya wanita yang berstatus janda ni lebih bahagia dari wanita yang mempunyai suami tapi suami yang tak bertanggungjawab.
bahagia itu ada di mana-mana.....

puteri airyn said...

Betul tu..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam erin,
my mom pun miss J :)
alhamdulillah dia bahagia hidup dengan iols
apa pun status/gelaran tak penting
yang penting cara kita teruskan hidup untuk bahagia kan3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers