My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 4 January 2026

Kata Yang Tak Terucap


(Gambar sekadar hiasan)

Kadang kala saya terfikir perlukah saya meninggalkan tempat saya bekerja sekarang? Saya dah cuba sehabis baik. Tetapi kebaikan saya itulah yang membuatkan orang benci, iri hati dan tak tahu apa yang mereka rasa terhadap diri saya ini. Saya sebolehnya ingin pergi kerja, buat kerja dan pulang ke rumah tanpa nak pedulikan sesiapa pun. Saya cuba bahagiakan diri saya dengan post gambar-gambar yang saya tangkap menggunakan telefon milik saya. Saya rasa cukup bahagia dengan apa yang saya buat. Tetapi kepada yang melihat, mungkin tidak suka. Sehinggakan ada yang datang beri tahu supaya saya tidak perlulah untuk post apa-apa di Media Sosial milik saya. Adakah saya mengganggu orang lain sedangkan saya menggunakan platform saya sendiri.  Kenapa perlu menjejaki platform saya sedangkan anda sendiri tidak sukakan saya. Jika saya adalah anda, saya tidak sama sekali melihat platform orang yang saya tak suka, malah apa jua yang terjadi kepadanya, saya tidak ambil tahu. Saya pelik jugak sedangkan orang yang anda suka tulislah sejuta post di platform mereka sendiri dan anda pun melihatnya. Tetapi anda tidak bersuara sepatah kata pun. Saya memang tak faham kenapa dan mengapa perlu menjajaki apa saja yang saya lakukan. Adakah anda peminat saya? Entahlah, tak faham saya dengan sikap manusia. Kalau tak suka saya sekali pun tak payahlah hasud orang lain. Saya kalau tak suka dekat sesiapa pun tak ada nak hasud orang lain. Kenapa nak pengaruhi orang lain. Ada pula yang dok screenshot status saya dan kemudian edarkan. Bukannya saya post status tu secara private. Ini jadikan post status saya sebagai bahan umpatan. Sedangkan orang lain pun menulis. Kenapa tak jadikan bahan pun. Kenapa fokus kepada saya. Saya rasa tak perlu pun. Kita jaga diri sendiri sudah lah.

Sekian, luahan hati..Kecewa sungguh dengan sikap manusia ni..

Wednesday, 31 December 2025

Selamat Tinggal Tahun 2025

Lagi sehari kita akan berganjak ke tahun 2026. Bagi aku tahun 2025 ni agak mencabar dengan pelbagai emosi yang terpaksa aku hadapi. Tapi itulah cabaran dalam kehidupan. 



Monday, 23 June 2025

Sekian lama tidak menulis blog

Hai.. Assalammualaikum.. setelah lama password blog ni hilang.. akhirnya saya jumpa kembali.. rindu saya nak menulis seperti dahulu..semoga lepas ni saya boleh menulis kembali seperti dulu..😃

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer