My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 29 September 2013

Hari Bahagia Jumpa Cerita Tak Sudah

Assalammualaikum..

Hari ni tetiba rasa bahagia pula.. Nak tahu kenapa.. Jeng..jeng.. Hehe.. Buat suspen pulak kan..Sebenarnya Erin baru saja repair netbook Erin yang rosak begitu lama.. Ingatkan dah rosak terus.. Rupanya, button on je yang rosak.. Dah baiki kena RM60 je.. Lepas tu dah boleh guna dengan riangnya.. Erin lagi suka netbook ni sebab mudah dibawa ke mana sahaja kerana ia kecil dan sungguh solid.. Wow..begitulah al-kisahnya..

Al-kisah yang kedua ialah Erin dah jumpa semula karya Erin yang terkubur bersama netbook ni.. Haha.. cerita sekerat yang belum habis dikarang..

Nah..inilah cerita tu..


Dam !!! Kedengaran pintu rumah dibuka dan dihempas kasar. Hatinya begitu gundah gulana apabila mendengar bunyi hempasan pintu tadi. Hampir terlepas kuih karipap yang hendak disuap ke mulut. Terlopong dia melihat bayangan di sebalik dinding itu. Sekejap sahaja tubuh yang menakutkan itu berdiri betul-betul dihadapannya.

“Laila, kau tahukan apa yang aku mahu setiap kali aku pulang!!” Suaranya berbau keras.

Menggigil sekujur tubuh bagaikan melihat maut di hadapannya. Air mata sudah kering dan tidak mampu menangis atau meraung lagi. Dalam mindanya hanya memikirkan cara bagaimana memboloskan diri agar dia terlepas daripada seksaan itu.

Tangan lelaki yang hampir memeluknya ditepis kasar dan dia cuba memboloskan diri. Dia tidak sanggup lagi menjadi hamba kepada nafsu buas bapa tirinya lagi.

“Hey budak tak sedar diuntung..!! Berani kau melawan aku?” Herdik lelaki itu sambil mengejar tubuh yang kurus itu. Laila pula berlari sekuat hati menyelamatkan diri.

Nasib dia mampu bersembunyi di sebalik dinding dibangunan kedai itu. Lelaki itu patah harapan kerana tidak dapat mengejar dan mencari Laila.

Dalam hati kecil Laila bersyukur tetapi dia masih takut kerana bapa tirinya itu ramai ‘kaki’. Kemana dia menghilang pasti akan ditemui jua. Bukan dia tidak pernah melarikan diri beberapa kali. Akhirnya ditemui juga dengan orang tua itu.

*******************

“Syabas Akmar..You dapat tander projek tu..bukan senang nak menangi hati Tan Sri Lokman untuk projek grand macam tu..Walau pun syarikat i gagal peroleh tander tersebut. Mungkin rezeki kami untuk tander yang lain kan.” Hairi Ikwan dari syarikat Indera Network Global merangkap rakan niaga syarikat Akmar mengucapkan tahniah kerana dia berjaya memperoleh tander daripada Tan Sri Lokman.

Sambungannya.. (Belum ada perancangan..) Hehehe..

Miang-miang Keladi


Assalammualaikum

Sajak :

Jika aku diibarat jambangan keladi
Hidup meliar di tanah gambut 
Berjiran pula dengan paya
Tiada bunga dan cuma ada ubi saja

Nak dimasak gulai?
memang tak pernah
Asam Pedas resepi utama
Sebelum dimasak disiang kulit rantingnya

Pantun :
Ubi keladi dikukus dibuat serawa
Enak dimakan di petang hari
Jika dibuat serawa jangan lupa masukan santan kelapa
Dah habis semangkuk mahu minta lagi..

Sebut je keladi pasti Asam Pedas yang terbayang di mata.. Bukan main sedap lagi jika dimakan bersama nasi ulam.. Boleh bagi gred A++ kan.. Keladi ni pun ada pelbagai jenis.. Ada keladi hutan, keladi udang, keladi gajah, keladi putih, keladi ladi minyak dan keladi betawi.. Yang pasti keladi udang dan keladi ulam saja yang boleh dimakan.. Yang lain tu tak pasti pulak..

Jom info sikit bab keladi ni..

Pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar. Di negara seperti Fiji, ubi keladi dijadikan sumber makanan utama.
Keladi tidak boleh dimakan mentah dan dianggap beracun kerana kandungan calcium oxalate di dalamnya. Ia selamat untuk dimakan setelah direbus atau direndam dalam air semalaman. - Utusan Malaysia

 Bak kata pepatah, Miang-miang keladi..Makin tua makin menjadi.. Hehehe.. sekian..


Kerja Itu Ibadah Dan Usah Kedekut

Assalammualaikum

Sesungguhnya pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu ibadah.. Tapi harus diingatkan bahawa kerja yang mendorong ke arah kebaikan dan halal sahaja.. Bukan seperti kerja mencuri, melacur, merosakkan harta benda dan memudaratkan persekitaran dan juga orang lain..


Buatlah sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas kerana Allah SWT.. Janganlah kita buat kerja kerana wang semata-mata.. Wang hasil dari pekerjaan itu diingatkan bukan untuk kegunaan kita seorang.. Tetapi gunalah wang itu sebaik mungkin untuk menolong orang lain yang tidak mampu.. Sesungguhnya kita hidup di dunia ini saling bergantungan.. Hari ini kita menolong orang lain.. Mungkin di suatu masa nanti ada orang lain pula datang menolong kita.. 

Tidak usah mendongak ke langit sambil berkata.. 

"Aku punya wang dan aku tidak perlukan bantuan orang lain..Duit aku berkepul-kepul dan aku boleh beli apa saja..Aku bekerja penat-penat untuk kumpul duit sebanyak ini.. Dan tidak semudah itu untuk aku berikan kepada orang lain.. Kalau kamu mahu wang, kamu usahalah sendiri..." 


Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu (segala macam nikmat kehidupan) tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut.” (al-Isra’: 100)

 Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka, bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka; bahkan ia adalah buruk bagi mereka. (Kelak) Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat.” (Ali Imran: 180)

Mencari rezeki yang halal daripada pekerjaan sangat digalakkan dalam Islam yang mendatangkan keberkatan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Al-A’raf: 96).
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer