My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 11 November 2014

Apabila Aku DiGemukan!!

Assalammualaikum..

Ya Allah.. Tak boleh bayang bila diri jadi gemuk macam ni..
Hehe.. Ni lah hasil edit melalui phone.. Canggih naa.. So janganlah terpedaya dengan gambar seseorang.. Orang nak juai produk pun boleh edit macam ni.. yang kita pun percayalah percaya.. Rupanya edit bukan main lagi.. Huhu..


Saturday, 8 November 2014

Lawatan Sambil Belajar - Projek Pembinaan Naik Taraf Jeti Langkawi

Assalammualaikum..

Hai you all...
Baru-baru ni pada hari Rabu dan Khamis..Erin ada mengikuti Program  Lawatan Sambil Belajar ke Jeti Langkawi dengan geng-geng JKR Jota Setar / Padang Terap..

Tak sangka boleh pakai topi keselamatan ala-ala engineer gitu.. Hehe..Jeti Langkawi akan dinaik taraf lagi.. Dijangka siap hujung tahun depan.. itu pun paling cepat lah.. Dimaklumkan juga pembinaan itu menggunakan sistem IBS..

Eerr.. kat mana kami bermalam?? Jawapannya di HIG Hotel.. Eh best tau hotel tu.. Al Maklumlah hotel baru.. Jom view gambar-gambar Erin sepanjang program ni..


Ah ciwi sebentar dengan topi keselamatan tu.. Biasanya arkitek dan engineer je yang pakai topi ni.. Tapi dah melawat tapak projek yang agar merbahaya.. Topi ni menjadi keutamaan.. Takut juga apa-apa terjatuh atas kepala nanti kan..


Yang baaju kuning tu lah arkitek JKR Daerah Langkawi yang diberi mandat untuk projek ni.. 
Team untuk projek ni terdiri daripada jurutera, arkitek, pelukis pelan dan lain-lain.. Projek ini terbahagi kepada dua Fasa.. Fasa pertama dijangka siap hujung tahun ni dan fasa kedua dijangka siap hujung tahun hadapan.. Semasa dalam taklimat oleh Jurutera yang menguruskan projek ni.. Kami dipertontonkan simulasi perjalanan penumpang-penumpang apabila jeti ini siap sepenuhnya nanti.. Wah hebat Negeri Kedah nanti kerana punya Jeti yang cantik dan sistematik ala-ala lapangan terbang.. Sesuai dengan nama Pulau Langkawi Permata Kedah yang merupakan aset pelancong yang terpenting di Negeri Jelapang padi ini. Syabas..!!


Memori terindah.. Pertama kali berpeluang mengikuti program macam ni.. Rasa bertuah dapat berkhidmat di Jabatan Kerja Raya..


Masa lapang Erin sempat ke Geleri HIG.. Banyaknya coklat.. Boleh beli untuk buah tangan.. Tapi jangan makan banyak-banyak coklat..Nanti rosak gigi


Ni pulak BBQ di Hotel HIG.. Sedap baq hang.. Banyak betul ketam.. Lamb chop pun ada.. Satay pun ada.. Kesimpulannya.. Nak makan yang mana satu pun tak tahu.. Yang paling sedap spaggetti.. sampai dua kali ulang makan..Hehehe..

-Sekian-

Friday, 17 October 2014

Oh Langkawi Island.. Aku Suka (Island Hopping & Snockeling)

Assalammualaikum..

Eh macam lama je Erin tak tulis entri di blog ni kan..?
Nak kata Erin ni terlalu sibuk tu..Tak lah sangat..May be malas nak tulis kot..
Okay lah.. Baru-baru ni Erin dan family pergi ke Langkawi..
Alah pulau yang cantik di Kedah ni.,..
Percutian kami kali ni sangat-sangat puas hati.. Kalau ada rezeki, rasa nak terjah lagi ke Langkawi..
Kami di sana selama 4 hari.. Wow lama jugak tu.. Itu pun masih terasa tak cukup hari.. Hehehe..

Kami bertolak dari jeti Kuala Kedah pada pukul 8.30 pagi.. Sampai di Jeti Langkawi pada pukul 10.30 pagi.. Dua jam atas ferri.. Sesampainya di sana, terus sewa kereta dan check in hotel di area Pantai Chenang


Pukul 2 petang, kami dah bersiap-siap untuk ke Island Hopping.. Best giler dapat naik speedboat keliling Pulau-Pulau yang ada di sekitar Pulau Langkawi.. First, Kami dibawa ke Pulau Tasik Dayang Bunting. Di Pulau tu Erin dan adik sempat naik sampan itik.. Hehe


Adik Erra dengan peace nya.. Hehe..


Ayuhlah kayuh..Then kayuh lagi..Sampai penat dah kaki ni..Nak tahu sewa sampan itik ni berapa bayarannya? RM30 untuk 30 minit... Hmm.. Mahal jugak lah..Tapi dah adik nak naik.. I teman je lah.. Hehe


Eh bergaya kejap dekat sampan itik ni after penat berkayuh keliling tasik..


Ini my parent.. Ehem..Ehem.. Hehe



Peace yoo.. I dengan mama..On the way ke tasik..Picture ni siapa yang snap?? Eeerr..Abah I lah yang snapkan..


Eh.. Tak perasan plak abah snap picture I tengah dok ambil gambar guna phone


Eksyen kejap sebelum ke destinasi seterusnya..


Okay.. Bye bye Pulau Tasik Dayang Bunting..Kemudian kami di bawa tengok helang dan seterusnya ke Pulau Beras Basah.. Di Pulau Beras Basah..Boleh snockeling jugak..Best tau..


Okay.. Ini pula aktiviti hari kedua..Apa lagi beb.. Snockeling lah..Kami ambil pakej yang Langkawi Coral.. Harga RM295 seorang..Dari Jeti Kuah.. Kami bergerak ke Langkawi Coral yang terletak berhampiran Pulau Payar.. Best giler snockeling di atas pelantar Langkawi Coral ni..Kami sampai di pelantar tersebut pada pukul 10 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.. 


Hoi ikan.. Aku datang melawat mu ni.. Comel tak I berenang..Ada rupa macam ikan jugak tak?? Hahaha..


Bersama mama.. Kami meneroka hidupan laut.. Nak ambil pakej skuba mahal sangat.. Pakej snockeling macam ni pun dah kira okay sangat-sangat kan..


Bukan setakat berenang di pelantar saja..Kami dibawa dengan speedboat ke pesisir pantai Pulau Payar untuk snockeling di situ pula dan diberi masa 1 jam..Habislah hitam kulit ku asyik snockeling saja..Apa pun best sangat-sangat..

Baki 2 hari lagi di Langkawi.. Erin buat apa yer?? Okay.. The next entry will be coming soon.. Stay tune.. Ahak... !! @_^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer