My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 8 November 2014

Lawatan Sambil Belajar - Projek Pembinaan Naik Taraf Jeti Langkawi

Assalammualaikum..

Hai you all...
Baru-baru ni pada hari Rabu dan Khamis..Erin ada mengikuti Program  Lawatan Sambil Belajar ke Jeti Langkawi dengan geng-geng JKR Jota Setar / Padang Terap..

Tak sangka boleh pakai topi keselamatan ala-ala engineer gitu.. Hehe..Jeti Langkawi akan dinaik taraf lagi.. Dijangka siap hujung tahun depan.. itu pun paling cepat lah.. Dimaklumkan juga pembinaan itu menggunakan sistem IBS..

Eerr.. kat mana kami bermalam?? Jawapannya di HIG Hotel.. Eh best tau hotel tu.. Al Maklumlah hotel baru.. Jom view gambar-gambar Erin sepanjang program ni..


Ah ciwi sebentar dengan topi keselamatan tu.. Biasanya arkitek dan engineer je yang pakai topi ni.. Tapi dah melawat tapak projek yang agar merbahaya.. Topi ni menjadi keutamaan.. Takut juga apa-apa terjatuh atas kepala nanti kan..


Yang baaju kuning tu lah arkitek JKR Daerah Langkawi yang diberi mandat untuk projek ni.. 
Team untuk projek ni terdiri daripada jurutera, arkitek, pelukis pelan dan lain-lain.. Projek ini terbahagi kepada dua Fasa.. Fasa pertama dijangka siap hujung tahun ni dan fasa kedua dijangka siap hujung tahun hadapan.. Semasa dalam taklimat oleh Jurutera yang menguruskan projek ni.. Kami dipertontonkan simulasi perjalanan penumpang-penumpang apabila jeti ini siap sepenuhnya nanti.. Wah hebat Negeri Kedah nanti kerana punya Jeti yang cantik dan sistematik ala-ala lapangan terbang.. Sesuai dengan nama Pulau Langkawi Permata Kedah yang merupakan aset pelancong yang terpenting di Negeri Jelapang padi ini. Syabas..!!


Memori terindah.. Pertama kali berpeluang mengikuti program macam ni.. Rasa bertuah dapat berkhidmat di Jabatan Kerja Raya..


Masa lapang Erin sempat ke Geleri HIG.. Banyaknya coklat.. Boleh beli untuk buah tangan.. Tapi jangan makan banyak-banyak coklat..Nanti rosak gigi


Ni pulak BBQ di Hotel HIG.. Sedap baq hang.. Banyak betul ketam.. Lamb chop pun ada.. Satay pun ada.. Kesimpulannya.. Nak makan yang mana satu pun tak tahu.. Yang paling sedap spaggetti.. sampai dua kali ulang makan..Hehehe..

-Sekian-

2 comments:

SecretOfShaila said...

wow..sambil melawat jalan2 yer..hihihi

puteri airyn said...

Ada program office.. kira sambil menyelam minum air.. Hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers