My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 23 November 2011

Lima Jam Di Hospital Sultanah Bahiyah..

Hah..you all mesti terkejut kan?? Buat apa pulak i nak dok kat hospital tu sampai 5 jam kan? Ni semua pasal my nose lah..Asyik alergic je tau..Sampai nak nafas pun susah..malam-malam bunyi 'shh,shh,shh..' sebab udara tak dapat disedut dengan baik..

Lima jam i dan adik tunggu giliran nak jumpa dengan pakar..kami tunggu dari pukul 9 pagi sampailah pukul 3 petang..tu kira siap jumpa pakar dan ambil ubat lah..

Yang kelakarnya..time jumpa dengan doktor pakar..ish muda lagi doktor tu..rasa cam sebaya dengan i je kot..doktor lelaki..i dan adik pakai baju sama masa pergi hospital tu..Nak tau kami pakai baju apa?? ha..baju ANGRY BIRD..memang tak duga akan di sound oleh doktor tu..sampai nurse pun gelak..Hai doktor, klau nak mengorat pun agak-agak ler..I sampai jadi tak tentu arah.. tahu tak doktor tu cakap apa..

Bila angka giliran dipanggil i dan adik pun masuk lah dalam bilik berkenaan..

"Awak Wan Ezzrin ke? Aik mai hospital mana boleh pakai baju Angry bird" tegur doktor tu.
I terkasima sebentar..Adoi awat dia tegur..So, i pun senyum je lah tanpa sebarang bicara. Adik pulak tersengih-sengih malu.

"Awak ni study lagi ke dah keja" Tanya doktor tu. Ai doktor kalau dah ic kat depan tu tahun 84. tak kan ada nampak i ni cam dok study lagi kot.

"Saya dah keja..kat wisma darul aman" Balas i..Dia tersenyum. Huh..!!

"Hidung awak berair lagi ker? Ubat yang diberi tu makan tak?" Soal doktor tu lagi. Kali ni sebelah kaki dia i lihat macam orang nak bersila atas kerusi pun ada. Hehehe..doktor ni cam kelakar je..

"Kadang-kadang saya skip jugak." Wah secara jujurnya i berterus terang.

"Mana boleh main skip-skip ubat. Kalau alergic memang tak boleh skip ubat. Awak kena makan tiap-tiap hari." Tu dia aih..Doktor tu bletiaq kat i..huhu..Tahan telinga je lah..

"Malam-malam tidur ada bunyi tak hidung tu? Awak tidur dengan sapa? Dengan dia ker?" Jari telunjuk doktor tu menghala ke arah adik. i hanya tersenyum dan angguk saja. Adik pulak buat muka selambernyer..hehehe..

Kemudian doktor tu ambil satu besi yang i sendiri tak pasti dia nak buat apa dengan i. Dia letak besi tu diantara hidung dan mulut. So, i ingat dia nak suruh buka mulut. I pun nganga lah.

"Tak..saya tak suruh awak buka mulut pun..just nak test hidung awak jer." Jelas doktor tu. Malu aku sedass..Dah tak cakap, i pun buat la tindakan sendiri.. Per lah doktor ni..Ish3..

"Hmm..hidung awak ni tak okey lagi..bengkak..Nanti saya bagi ubat jangan dok skip yer." Dia memberi arahan kepada i. I angguk je..tak mampu kata apa-apa.

"Kalau cam tu terima kasih lah doktor." i maw angkat kaki sudah dari bilik tu.

"Nanti kalau mai sini jangan pakai baju Angry Bird lagi yer." Nasihat doktor tu. Ai..gara-gara baju Angry Bird pun jadi isu..Apa-apa aja lah tuan doktor..Janji kau bahagia..hehehe

Sebelum keluar dari bilik tu doktor menulis tarikh appoinment seterusnya..korang nak tau tak doktor tu tulis apa..kuang-kuang..hehehehe 27/3/11 jam 9 pagi..adoi..Tahun depan kan dah masuk 2012..kenapa tulis 2011??Kerana baju angry bird kami ke membuatkan doktor tu jadi macam tu?? hehe..renung-renungkan..i ingat nak masuk semula dalam bilik doktor tu..tapi rasa tak perlu kot..then i maklumkan kat unit farmasi tentang kesilapan tarikh tu..Alahai doktor..(sory tak dapat upload pic kad i yang tersilap tarikh tu coz megapixer besar sangat kot)


Thursday, 10 November 2011

Ciri-ciri Lelaki Soleh (mengikut Alquran & Assunnah):

*Taat pada perintah Allah dan Rasulullah.
*jihad fisabilillah menjadi program hidupnya.
*mati syahid adalah cita-cita yang paling diimpinya.
... *sabar dan tabah menghadapi ujian dan cabaran hidup.
*ikhlas dalam melakukan amalan-amalan ibadah.
*akhirat adalah tujuan hidupnya.
*sentiasa takut kepada Allah dan ancamanNya.
*sentiasa memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
*zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
*qiamulail menjadi kebiasaannya.
*bertawakal penuh kepada Penciptanya.
*sentiasa bersedekah walau apa jua keadaan sama ada senang atau susah.
*berkasih sayang dan berukhuwwah sesama mukmin.
*amar maaruf nahi mungkar.
*memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
*pemaaf dan berlapang dada.
*berkasih sayang kepada keluarga.

Wednesday, 9 November 2011

KISAH 2 : Doktor Hatiku

“Apa pasallah muka kau monyok je ni?” Tegur Adilah kepada aku. Sedari tadi lagi aku asyik rasa sedih saja. Air mata ni macam nak mencurah-curah sama lebat dengan hujan yang kat luar tu.

“Kalau yer pun Farish tak hantar mesej kat kau satu hari pun kau nak monyok cam ni.” Sambung Adilah lagi.

“Dilah, mana aku tak risau..masa dia kerja dekat-dekat sini mahu je dia mesej aku. Bila jauh-jauh macam ni sehari satu je mesej aku terima. Call langsung tak ada. Aku cuak jugak kadang-kadang.” Jelas aku kepada Adilah.

“Ye ke..Kenapa dia jadi macam tu? Dia lagi sibuk kot.” Kata-kata Adilah itu ada benarnya. Tetapi dulu aku rasa Farish lagi sibuk. Sempat je dia mesej aku. Orang cakap kalau boyfriend kita tu dahberubah perangai. Hmm.. adalah tu yang tak kena. Oh My God..Apa yang harus aku buat ni. Aku kat Kedah. Dia pulak kat Perlis. Aku mahu perhubungan seperti dulu. Kenapa hubungan kami semakin hambar. Farish seperti tidak hiraukan aku lagi. Bila aku tegur sikapnya, mulalah berhari-hari tiada mesej daripadanya. Hal ini, aku tak pernah cerita kepada sesiapa pun termasuklah Adilah. Biar aku seorang sahaja yang telan derita ini. Aku pernah juga menyuruh Farish berjumpa dengan ibu bapa aku. Bukan niatnya untuk memaksa dia berkahwin dalam jangka masa terdekat denganku. Cuma aku mahu dia berkenalan dengan keluargaku sahaja. Lagipun hubungan kami sudah menjangkau usia setahun. Berbagai-bagai alasan yang Farish berikan. Paling famous alasannya dia belum bersedia. Aku redha saja dengan alasan Farish dan cuba bagi dia masa. Sebelum berkawan dengan Farish pun aku pernah dikecewakan. Khairul..Hmm..lelaki yang menipu aku hidup-hidup. Aku tak pernah kaji siapa Khairul. Rupanya dia suami orang. Oh aku tak akan hidup gembira di atas penderitaan orang lain.

Air mata aku menitis sedikit demi sedikit. Di tangan ku masih memegang telefon bimbit berjenama Sony Ericson Xperia X10. Semua mesej Farish aku baca kembali setiap kali aku merinduinya. Aku beberapa kali mendial nombor telefon Farish. Tetapi dia reject call aku. Then dia send mesej mengatakan dia sibuk. Aku membaringkan tubuhku di atas tilam. Patung beruang yang dihadiakan Farish aku peluk seerat-eratnya. Itu lah satu-satunya hadiah yang pernah diberikan Farish. Aku tak kisah walaupun Farish tak memberikan aku hadiah yang mahal-malal. Aku hanya perlukan perhatian dan kesetiaan dia dalam percintaan. Benarlah kata orang, tak elok sangat bercinta terlalu lama. Apa kan daya aku untuk memaksa seorang lelaki yang aku sayangi mengahwiniku. Aku seorang wanita yang hanya mampu untuk berserah kehidupannya. Perlukah aku pasrah dan membiarkan takdir menentukan segalanya?

Adilah mendekati aku. Tangannya yang lembut itu mengusap tanganku. Kemudian dia menghulurkan tisu kepada aku.

“Sudah-sudah lah Tania..Kalau kau nangis bagai nak rak pun. Farish bukannya tahu. Aku faham perasaan kau. Sudah diri dikecewakan oleh Khairul yang tak sedar diri tu. Ni kau nak nangis lagi pasal lelaki. Aku cuma risau kau sakit je nanti. Masa putus dengan Khairul dulu pun sampai masuk hospital. Aku suruh je kau berkawan dengan doktor Hakimi tu, kau tak nak. Dia tu sepupu aku lah. Aku tahu perangai abang sepupu aku tu.” Membebel panjang Adilah kepada aku. Aku pula hanya mendiamkan diri. Doktor Hakimi?? Ah..mahu kah dia kepada aku? Layakkah aku dengan dia? Aku ni hanya pipit saja, dia pula punya segalanya. Tapi hairan aku kenapa sampai umur 30 tahun masih belum berkahwin?

‘Tit,tit,tit..’ Bunyi mesej dari telefon bimbit Adilah. Aku lihat Adilah seperti memikirkan sesuatu setelah dia membaca mesej tersebut. Kemudian dia berpaling kepada aku lalu menguntumkan senyuman.

“Tania..Kau nak keluar tak ikut aku?” Tanya Adilah.

“Keluar pergi mana?” Aku bertanya kembali kepada Adilah. Petang-petang macam ni dengan keadaan aku yang serabut dan berduka ini elok juga lah aku mengambil angin luar agar kesedihan dapat diredakan.

“Hmm...kita pergi Old Town nak..kita minum-minum or makan-makan kat situ. Mahu ke idak?” Hah, sudah keluar loghat negeri kelahirannya Perak.

“Okey jugak lah..Tapi aku belum mandi lagi.” Sedari pagi aku hanya terperap atas sofa di ruang tamu sambil menonton movie. Aku cuba mencari alternatif supaya aku dapat melupakan kerinduan aku terhadap Farish. Tetapi, aku tidak mampu.

“Patut aku tengok kau ni kusut masai je. Lum mandi lagi rupanya. Ish anak dara apa ni.” Adilah saja berseloroh ingin menggamitkan suasana ceria.

Aku hanya mengenakan baju t berlengan panjang, seluar jeans dan tudung Arini. Aku malas untuk bersiap berlebihan. Solekan pun yang nipis-nipis je. Lagipun kedai makan tu tidak lah jauh sangat dari Kediaman kami.

Aku memandu kereta ke kedai yang dimaksudkan. Aku dan Adilah mengambil tempat di bahagian luar. Aku hanya memesan cuppucino ais dan Adilah memesan limau ais dan juga kentang goreng.

“Senyum cikit,senyum cikit.” Adila memang selalu mengusik aku. Tambahan pula aku tengah berduka lara macam ni.

Aku pun senyum ambik syarat je supaya puas hati dia. Adila rakan rumah yang paling memahami perasaanku. Tidak seperti Nora dan Siti. Mereka berdua tu selalu sahaja buat hal sendiri. Kalau ikutkan hati aku mahu sahaja aku suruh mereka cari rumah sewa lain. Disebabkan sewa rumah yang mahal hampir enam ratus ringgit sebulan. Maka terpaksalah aku menerima housemate seperti mereka berdua.

Tanpa aku duga, datang seorang jejaka seperti aku kenali. Ya..dia adalah sepupu Adilah, Doktor Hakimi. Oh, ini point Adillah ajak aku keluar. Ada udang di sebalik mee yer. Aku mula rasa tak senang duduk bila lelaki itu semakin hampir dengan meja kami. Adilah pula melambai-lambai tangan supaya Hakimi tahu di situ tempat duduk kami. Oh, aku tak bersedia untuk bertemu dengan sesiapalah di waktu-waktu macam ni. Lagi pun mata aku masih bengkak dan merah. Nampak sangat aku baru je lepas menangis.

“Eh, tak sangka boleh jumpa korang kat sini.” Tegur Hakimi.

“Saja ambik angin lah abang Kimi. Abang dari mana ni? Ke ada terhidu yang kami akan mai kat sini.” Balas Adilah.

“Abang saja round-round pekan tadi. Lepas tu rasa lapar. So, singgah lah kat sini.” Aku lihat mata Hakimi memandang ke arah aku. Aku hanya mendiamkan diri. Rasa segan dan malu pun ada. Hakimi mengambil tempat duduk di hadapanku. Matanya tidak lepas-lepas memandang aku. Aku rasa Adilah pun perasan sikap sepupunya itu. Kenapa tiba-tiba hati aku mengatakan pertemuan ini seperti dirancang. Ah..tak kisah lah apa pun janji aku boleh lupakan Farish dan kembali ceria.

‘Tik,tik,tik..’ Tiba-tiba telefon bimbit Adilah berbunyi. Dia membaca mesej itu. Aku lihat dahinya berkerut.

“Kenapa Dilah?” Aku mahu tahu apa isi mesej tersebut.

“Alamak, aku terlupa nak bagi kunci office pada Puan Zabedah lah. Ni Nadia hantar mesej suruh aku serahkan kunci tu. Boleh aku pinjam kereta kau kejap tak. Sementara aku pergi hantar kunci tu, kau sembang-sembanglah dengan Abang Kimi dulu yer.”

“Cepat datang sini balik tau.” Aku pun mengeluarkan kunci kereta dari tas tanganku lalu diberikan kepada Adilah.

Sekarang aku hanya berdua dengan Hakimi. Ya Allah, apa yang aku nak buat ni. Hakimi hanya memandang wajah aku.

‘Adus, apa yang dia ni pandang-pandang aku ni. Kalau nak bersembang, sembang je lah.’ Hatiku mengomel sendirian.

Air cuppucino aku sedut sedikit demi sedikit.

“Tania..are you okey?” Akhirnya dia bersuara.

“Ada nampak saya demam ke?” Balas aku bersahaja. Aku rasa tak selesa apabila ditinggalkan sendiri dengan lelaki yang aku tak kenal rapat. Lagi pun aku lihat Hakimi ni macam seorang yang skema saja.

Jawapan aku dibalas dengan senyuman.

Sejak perkenalan di Old Town tu..Akhirnya aku dilamar Hakimi. Rupanya ini lah jodoh aku. Farish?? Hah, aku dah tahu cerita dia. Rupanya dia hangat bercinta dengan staff office barunya tu nama Zulaika. Patutlah lambat je reply mesej aku then buat sedih selalu.

Kini dan kini aku bahagia bersama Hakimi dan kami punyai Nur Dania Aqilah dan Muhammad Qaisy Hakim. Semua kisah duka dalam percintaan aku simpan di dalam kamus hatiku dan ingin aku campakkan ke dasar lautan supaya ia tidak lagi menjadi sejarah hitam kehidupanku..Hakimi Ilham..Thanks kerana sudi menjadi doktor di hatiku.


p/s : Idea untuk menulis sentiasa mekar di kotak fikiranku..cerita-cerita yang terlintas difikiran mahu aku kongsi bersama teman-teman.. Yang baik jadikan pedoman..Yang buruk jadikan sempadan.. Insyaallah..ezzryn Airyn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer