My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday, 10 September 2012

Jamuan Hari Raya JKR KS/PT


Dah lama rasanya erin tak update blog kesayangan erin ni kan..Bukan tak mau update..Tapi mood tak adalah nak update, sebab tu blog ni dah bersawang..What ever sekarang mood nak update blog dah okay sikit..16 September 2012 bersamaan dengan hari Khamis, Pejabat JKR Kota Setar / Padang Terap telah mengadakan Jamuan Hari Raya..Cewah, macam ayat skema pulak erin ni kan..Best jugak pada hari tu.. Tapi sayangnya hari tu hujan lebat..Nasib gerai tu di bawah khemah..Kalau tak, sure lah erin dah basahkan..

Raya sana raya sini..Open house punya lah banyak berderet-deret..Tapi erin tak pi semuanya sebab erin qada puasa dan ambik puasa 6.. Asyik makan-makan je, badan pun nak kena jaga jugak kan.. Lagi pun kalau lambat-lambat ganti puasa, nanti mood pemalas tu mai pulak..Dekat-dekat nak raya tahun depan baru terhegeh-hegeh nak ganti..So, better ganti sekarang ni kan pastu buat puasa sunat sekali..Kira 2 in 1 lah kan..

Oops..!! Dah melalut bab puasa pulak kan..So, continue balik cerita bab Jamuan Raya JKR KS/PT yang agak best..Macam mana lah erin tak rasa best, kawan-kawan kat sini dah macam saudara walaupun erin baru je kerja kat sini..(Tempat kerja lama erin pun best jugak, rindu pada semua staff SUK..4 tahun kan kt Wisma Darulaman, mana boleh erin lupa..huhuhu..)

Haaa..apa? Bab juadah?? Of couse lah ada lemang dan ketupat (Makanan wajib ada time raya-raya ni kan..) Menu yang lain tu biasalah ada laksa, nasi tomato, satay ayam, buah-buahan tempatan, pelbagai jenis kek, puding dan ais kacang..Haaa...siap ada karaoke lagi tau..Tapi erin tak nyanyilah sabab bagi peluang kat staff lain nak tunjukkan bakat..Cewaahhh..hihihi...

Nak tau tak erin jaga gerai apa?? Tu.. nampak tak girl yang comel yang dok tepi sekali pakai baju pink sedang sibuk susun kek..Tu lah erin..Biasalah girl-girl kan, sampai baju raya pun colour pink..Sebenarnya baju raya erin ada 4 pasang semuanya untuk tahun ni..(ada colour purple, pink, merah dan biru gelap)..

After berkenyang-kenyangan menjamu selera di jamuan tersebut, Erin pi beraya di Wisma Darulaman pulak..Kebetulan Bahagian Sumber Manusia SUK pun adakan jamuan raya..So, apa lagi dari Daerah Pokok Sena..Erin beransur ke Wisma Darulaman..Wah..!! makan lagi..tujuan pi sana bukan sekadar nak menjamu selesa saja..Tapi niat dihati nak jumpa kawan-kawan lama..Rindu kat depa tau..Erin seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan lama kat sana, terubat segala kerinduan..Selama 30 minit kat BSM..Erin pun pulang ke Office JKR KS/PT..So, tamatlah aktiviti beraya pada hari itu.. Letih betul..!! Tapi Best..!!

Wednesday, 15 February 2012

Bawang Putih Rempah Yang Mempunyai Banyak Khasiat

Apakah gambarajah di atas? Apa dia?? Oh bawang putih...Ya benar, inilah bawang putih? Nak tahu tak yang bawang putih ni mengandungi 150 manfaat kepada kesihatan. Antaranya termasuklah mencegah pembentukan kolesterol, mengurangkan kerosakan hati akibat kadmium dan melindungi tubuh daripada serangan kanser.

Penyelidik mendedahkan allicin dalam bawang putih yang dihadamkan oleh tubuh menghasilkan asid sulfenik, kompaun yang bertindak balas pantas dengan radikal bebas berbanding mana-mana kompaun yang diketahui setakat ini . Ia adalah satu sebab, bawang putih disenaraikan sebagai sumber awek muda yang harus diambil.

Selain itu, bawang putih memiliki tiga kali ganda kuasa menentang jangkitan bakteria, virus dan kulat. Ia bukan efektif membunuh bakteria rintang antibiotik termasuk MRSA tetapi juga melawan serangan yis, virus dan parasit.

Bawang putih juga mampu meningkatkan pengaliran darah terutamanya ke bahagian jantung. Oleh yang demikian ia mampu mengurangkan risiko serangan jantung atau strok dan juga menentang pembentukan plak dalam arteri dan mencegah kolesterol daripada teroksida.

Kalau kena cara pengambilannya, bawang putih berupaya meningkatkan perlindungan terhadap kanser payudara, kolon, ovari, prostat dan esofagus. Dalam satu kajian, lebih kerap responden mengambil sayuran daripada keluarga allium, terutamanya bawang putih dan bawang, lebih rendah risiko mereka untuk diserang kanser.

Bukan itu saja, allicin dalam bawang putih juga berkuasa dalam membantu menurunkan berat badan, sebagaimana penemuan yang dilakukan ke atas tikus yang diberi diet kaya fruktosa -yang menyebabkan peningkatan berat badan pada manusia. Tikus yang diberi diet kaya fruktosa meningkat berat badan. Situasi sebaliknya berlakukepada tikus yang dibekalkan suplemen bawang putih.

Apakah cara terbaikuntuk mengambil bawang putih? Dalam kebanyakan kes, makanan daripada sumber asli merupakan cara terbaik daripada mengambil suplemen. Lazimnya, bawang putih perlu diketuk atau dicincang bagi meransangkan proses menukarkan allicin kepada bahan yang bermanfaat. Sebaik dipotong, bahan aktifnya akan hilang 'kuasa' dan hilang dalam tempoh sejam.

Jadi cara terbaik untuk mengambil bawang putih ialah makan seulas-ulas, dicincang atau diketuk, kemudian tunggu selama beberapa minit untuk membolehkan tindak balas berlaku sebelum menikmatinya.

(Majalah iSihat Feb 2012)

Thursday, 15 December 2011

Rekahan Kasih - Perlukah Hati Ini Dilukai

'Kaira..maafkan abang jika kata-kata abang bisa meluruhkan segala isi hatimu. Bukan niat abang untuk menghancurkan segala impian yang kita rancang' Ikmal melafaz ayat itu di hati. Baginya tiada wanita setanding Kaira Melisa yang bisa membuat dirinya mengkagumi sifat ketabahan wanita tersebut. Tetapi dia sendiri tidak mahu terus menerus menghumbankan wanita kesayangannya ke lembah penghinaan.

"Mummy..cukup-cukuplah menghina orang yang tak bersalah. Okey fine, Mal akan ikut cakap mummy untuk terima Fina sebagai isteri Mal." Ikmal tidak mampu lagi menolak arahan Datin Farhah.

"Mummy bukan apa. Cuma mahu Mal hidup bahagia. Fina tu dah lama tunggu Mal. Macam-macam Fina buat untuk ambil hati Mal. Tapi Kaira tu juga yang Mal suka." Datin Farhah seolah-olah membebel kepada anak lelaki tunggal kesayangannya itu.

Kaira sedang sibuk mengemas fail-fail yang bertabur di atas mejanya. Dia mesti selesaikan kerjanya hari ini juga. Fikirannya masih bercelaru dengan sikap Ikmal. Dia tidak mahu ambil pusing dengan apa yang berlaku. Dia tahu kegagalan rumah tangga dahulu bukan atas kehendaknya. Tetapi ia berlaku dengan begitu pantas. Bercinta selama enam tahun tetapi perkahwinannya hanya bertahan selama enam bulan sahaja. Akhirnya Firdausmembuat keputusan untuk berpisah. Selama setahun dia sendiri menanti sinar bertandang kembali. Akhirnya dia temui Ikmal. Disangkakan panas hingga ke petang..tetapi hujan di tengahari.

Sedang sibuk dia berhempas pulas menyediakan dokumen, tiba-tiba suatu pesanan ringkas tertera di telefon blackberry kepunyaannya.

'Kaira, abang ada hal penting nak jumpa awak. Pukul 5 di Teratak Cafe.'

Setelah membaca pesanan ringkas tersebut. Hati Kaira semakin berdebar. Apakah perkara penting yang ingin disampaikan kepadanya. Teringat kata-kata Datin Farhah kepadanya pada minggu lalu disuatu pertemuan yang tidak dijangkakan.

"Oh you lah Kaira Melisa yang anak lelaki i tergila-gilakan tu yer? Janda tak sedar diri. Kalau you tu kerang busuk tetap busuk juga. Dasar pisau cukur." Sindir Datin Farhah.

Dia sendiri tidak mengenali Datin Farhah sebelum ini dan dia tidak tahu Datin Farhah adalah ibu kepada Ikmal. Kaira tidak pernah terlintas untuk bercinta dengan Ikmal atau mengaut segala harta milik Ikmal. Peristiwa hampir diperkosa oleh sekumpulan mat rempit itulah yang mempertemukan dia dengan Ikmal Aliff. Ikmal banyak membantunya. Dia berasa terhutang budi dan maruah kepada Ikmal.
"Fir, i nak you musnahkan hubungan bekas isteri you tu dengan my boyfriend okey. I sanggup bayar berapa sahaja yang you minta janji i dapat Ikmal." Fina sanggup buat apa sahaja demi untuk memiliki Ikmal.

Firdaus pula hanya memikirkan upah yang bakal diterimanya jika hal ini berjalan lancar dan dia juga tidak mahu sesiapa memiliki bekas isterinya itu kerana dalam masa yang sama dia masih menyayangi Kaira. Tetapi sekali talak tiga telah dilafazkan telah memisahkan mereka terus. Lafaz talak tiga disaksikan oleh ibu bapa Kaira. Cemburu buta telah membuatkan cinta yang dibina sejak di universiti lagi telah terkorban begitu sahaja. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.

Selepas waktu bekerja, Kaira pun bergegas ke restoran yang dimaksudkan oleh Ikmal. Setibanya dia disitu kelihatan Ikmal berada dalam keadaan yang sugul.

"Abang..maaf Ira terlewat sikit." Dia hanya membahasakan dirinya dengan panggilan ringakas iaitu Ira. Kaira sampai agak lewat lima minit kerana kesesakan lalu lintas.

Ikmal hanya memberi senyuman kelat kepada Kaira. Berkedut juga dahi Kaira melihat sikap Ikmal.

"Abang nak jumpa Ira sekejap sahaja ni. Biarlah ini pertemuan terakhir kita. Abang tak mahu Ira sensara kerana abang. Insyaallah jika ditakdirkan Ira menjadi milik abang suatu hari nanti abang amat bersyukur." Akhirnya terungkap juga kata-kata itu dari mulut Ikmal.

Kaira hampir menitiskan air mata. Sekuat manapun dia cuba bertahan. Akhirnya air mata berderai dan tidak mampu ditahan lagi.

"Kalau itu yang abang minta..Ira pasrah..Ira menyayangi abang.." Sebak Kaira. Hatinya luruh dan kecewa. Dia fikir kenangan silap akan lenyap dari kehidupannya setelah bertemu Ikmal. Tetapi, dugaan demi dugaan harus ditempuhi.

Kini Kaira tidak mengharap lagi cinta pada lelaki. Dia lebih mengabdikan diri mencintai Illahi. Kerana cinta yang pasti adalah cinta Yang Maha Esa. Kaira Melisa pasrah dan redha dengan apa yang terjadi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer