Hari ini saya lihat ramai kawan-kawan yang berpacaran seperti melebihi had. Mama ada pesan kepada saya " Erin, buat apa bercinta tanpa ikatan yang sah, keluar berdua-duaan dan bercanda bersama lelaki yang bukan mahram kita, berdosa tau..mama tak mau turut sama tanggung dosa jika anak mama buat macam tu.."Saya terdiam..sambil tu saya terfikir juga..adakah lelaki yang sanggup terus berkahwin dengan saya tanpa berkenalan terlebih dahulu???
Ramai yang saya kenal, semuanya belum bersedia untuk berumah tangga, ialah sebab saya selalu jumpa lelaki yang lebih muda dari saya, dan bagi saya mereka hanya mahu berkawan bukannya berkahwin. Pernah juga mama dan abah cuba mencarikan jodoh untuk saya, semuanya saya tak berkenan. Bagi saya, biarlah masa yang menetukannya, sebolehnya saya mahu sekampung dengan saya..susah juga ye dalam mencari jodoh ni.. Kawan-kawan kebanyakkannya sudah mendirikan rumah tangga, dan mereka selalu bertanya saya, erin bila lagi..Saya tersenyum tanpa sebarang jawapan, saya tak kecewa sebab selama ni pun saya belum temui cinta sejati saya..Saya lihat kebanyakkan lelaki tak setia (Boleh berkawan dengan ramai perempuan dalam suatu masa)..hehehe..klakar bukan??
Opp!! Saya dah terlupa nak menceritakan perihal buku yang saya baca ini..Tajuknya hindarilah pergaulan bebas yang membawa kehancuran:
Diriwayatkan dari Jabir r.a, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda:
"Ingatlah, janganlaj kalian menginapkan seorang lelaki pada seorang perempuan janda kecuali dia menikah atau ada mahram."
Saudaraku wanita muslimah..!!
Pergaulan bebas dinilai sebagai akhlak yang buruk, ia bukanlah termasuk akhlak anak-anak wanita muslimah sedikit pun. Wanita muslimah yang berakal harus mengetahuiasal mulanya pergaulan bebas, matlamat yang diharapkannya dan akses-akses negatifnya.
Sesungguhnya yang paling dirugikan akibat pergaulan bebas ini adalah seorang perempuan. Iaitu hilangnya malu, harga diri dan kesucian. Dengarlah pernyataan seorang penulis wanita berbangsa Inggeris, Lady Koko, dia berkata:
Sesungguhnya pergaulan bebas itu dimulakan oleh kaum lelaki. Kerananya, seorang wanita cenderung melakukan sesuatu yang bertolak belakang fitrahnya. Semakin banyak pergaulan bebas, menjadikan banyak anak-anak zina. Ini merupakan bencana besar bagi perempuan.
My LuvLy Followers
Status Terkini :
Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan Popular
-
Assalammualaikum.. Hihi..sapa suka tengok kartun ni?? Cepat angkat tangan..jangan tipuuu.. Bestkan tengok upin dan ipin ni..tapi tu lah......
-
Assalammualaikum.. Wah, mood raya sudah sampai.. Nak buat kerja pun tak boleh nak tumpu.. Dalam minda asyik fikir nak cuti..nak cuti.. ...
-
Assalammualaikum.. Hai you all.. Apa khabar?? Sihat-sihat hendaknya kan.. Okay tajuk entri kali ini agak menarik juga pada pandangan...
-
Assalammualaikum.. Hai you alls.. Amacam raya haji 2015..Ok..? Makan daging banyak tak? Makan daging berhati-hati..ingat kesihatan s...
-
Assalammualaikum.. Jom belajar loghat kedah nak tak..?? Negeriku Jelapang Padi.. Awat / Pasaipa - Kenapa Ayatnya : Awat muka dia ...
-
Assalammualaikum and selamat malam.. Dah malam-malam pun mau tulis entri lagi kan.. Biasalah bila dah gila menulis kan.. Asal ada rua...
-
Assalammualaikum.. Hari ini Erin terdetik di hati nak terbitkan entri berkaitan drama. . Adoilah..Gara-gara drama tentang Aku Cinta...
-
Assalammualaikum Siapa suka makan cendawan..?? Sila angkat tangan.. Sedap tak cendawan?? Mestilah sedapkan..Tambahan pula cendawan goren...
-
Assalammualaikum.. Haa.. sebut je CPR.. Otak blue terus kau.. Eh, tak tahu ke yang CPR tu bukan bahan mainan atau sekadar gurauan yang ma...
-
Assalammualaikum.. Part 1,2,3,4 ..U all dah view ker?? Kalau dah view.. Jom view part 5 pulak..My Travelog ke Bandung Jakarta..Dalam ...
No comments:
Post a Comment