My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday 10 November 2013

Cabaran Gunung Angsi Negeri Sembilan (Part 1)

Assalammualaikum..

Hai you all.. Apa khabar?? Semoga sihat hendaknya.. Dah dekat seminggu dah Erin balik dari XPDC Gunung Angsi..Tapi sekarang baru ada mood nak update entri pasal ni..


Pada 31 Oktober 2013 yang lalu satu program Stimulus Pelajar telah diadakan.. Program ni di bawah Jabatan Pelajaran Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Kedah dan juga Erin Adventure.. Beberapa buah sekolah di sekitar Daerah Kota Setar telah menghantar wakil seramai 2 atau 4 orang pelajar bagi menyertai program ni.. Keseluruhan peserta adalah seramai 30 orang iaitu 12 orang perserta perempuan dan 16 orang peserta lelaki.. 


Kami bertolak dari Alor Setar ke Negeri Sembilan pada pukul 2.00 Petang dan tiba di Kem Pusako Hassan Basir Negeri Sembilan pada pukul 1 pagi.. Lenguh beb sebab sepanjang perjalanan berada di dalam bas.. Kami singgah di beberapa kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuhraya..

Ketibaan kami bukan saja disambut oleh jurulatih-jurulatih Kem Pusako.. Tetapi disambut juga dengan hujan rahmat yang begitu lebat sekali.. Sampaikan nak turun dari bas pun berasa payah.. Itulah permulaan cabaran kami semua..

Setelah diberi taklimat oleh jurulatih Kem Pusako iaitu Encik Kudus.. Kami bergerak ke Asrama Penginapan.. Di Kem Pusako terdapat dua asrama penginapan iaitu untuk peserta lelaki dan peserta perempuan.. Sudah dimaklumkan dari awal-awal lagi..Kami terpaksa mandi memnggunakan kolah yang besar dan cebok gayung..Mencabarkan.. Sebelum ni mesti kat rumah mandi pakai shower.. Di kem tu terpaksalah guna cebok beramai-ramai..Suatu pengalaman yang mahal kan??


Ni time kuliah subuh.. Input yang berguna disampaikan oleh ustaz (Pengetua SMA Darussaadah)


Aerobic time.. Haa..goyang tangan dan kaki biar longgar semuanya.. hehe



Para peserta bertungkus lumus memanjat tembok.. Cayok cayok..


Peralatan untuk wall climbing..


Wah.. peserta perempuan pun tak kurang juga hebatnya..

Pada keesokan paginya (1 November 2013) bermulalah aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih Kem Pusako dan jurulatih-jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Kedah. Antara aktiviti yang best sangat tu ialah wall climbing, berkayak dan flying fox.. Haa.. extrem oo.. Erin tak dapat cuba semua aktiviti tu sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.. Memang teringin sangat nak cuba.. Tak apalah next time ada lagi kan..


Kayak time...

Sebenarnya aktiviti yang sepatutnya diadakan pada hari tersebut ialah lawatan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. Tetapi memandangkan semua pelajar Kolej Matrikulasi tersebut bercuti semester.. Maka aktiviti riada seperti wall climbing , berkayak dan flying fox diadakan.. Wah bukan main enjoy lagi semua peserta.. Itu semua menjadi pengalaman yang berharga kepada mereka. Bukan senang nak dapat joint aktiviti sebegini kan..


Pada sebelah petangnya, peserta diberi taklimat persediaan mendaki Gunung Angsi. Beberapa amanat dan pesanan diberikan oleh para jurulatih kepada peserta XPDC.. Mereka juga diberi nota SOP tentang aktiviti mendaki. Bukan senang jurulatih ni nak bagi SOP ni tau.. Bertuah betul mereka ni..

Okay.. Bersambung....

15 comments:

Unknown said...

saya mencemburui aktiviti kamu... rasa rindu nak berbuat aktiviti luar mcm ni... baru release tension...

Unknown said...

Kalau berminat nanti ada program yang dianjurkan oleh Erin Adventure bolehlah joint.. Tapi selalunya aktiviti mendaki gunung.. Cuma aktiviti yang lain tu mungkin side aktiviti.. Macam XPDC ke Gunung Kinabalu.. After mendaki ada aktiviti snorkeling di Pulau Manukan.. 7 Hari berada di Kota Kinabalu..

Scripters said...

Perghhhh bestnya Kak Erin... Ida nantikan gambar2 mendaki selanjutnya

Affy Afiqah said...

bestnya kalau dapat join aktiviti camni....

Mizz Aiza said...

bagus aktiviti macam ni erin.. menguji ketahanan fizikal dan mental juga..

PeRdU cINta said...

membina jati diri muslim dan muslimah untuk menjadi insan yang bukan sahaja sihat tubuh badannya malah sihat jiwa dan subur hatinya dengan perkara yang positif..

wanariahamiza said...

Seronoknya wall cimbing dengan kayak!

Pha Is said...

bestnya...

Unknown said...

teringat zaman muda dahulu, mendaki gunung Jerai. sekarang ni dah 23 tahun tak jejakkan kaki ke sana.
salam perkenalan dari MET.

Mirza Rohizat said...

seronoknya,agaknya bila dapat buat macam ni,huhuu

ANIM said...

kak bukan nak p erin, pancit ni..
nak suruh 2 Abdul p la...best nih

Lieya Von Jay said...

bes la kak erin . tringin sgt nak sertai tapi xberpeluang ^_^

Unknown said...

beznye klo yumida dpt join sm ni

TelingaBulat said...

best nye tp tb xske aktiviti cm ni..errkk

Tetamu Istimewa said...

Aktiviti yang pastinya menarik bagi remaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer