My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday 5 November 2013

Otak Boleh Rosak Apabila...

Assalammualaikum


Hai..Selamat malam you all.. Pergi mana cuti-cuti ni?? Dah cuti awal tahun, mesti pergi jalan-jalan kan.. Di kesempatan ini Erin ingin mengucapkan selamat tahun baru Hijrah 1435H..Semoga kita mendapat keberkatan pada tahun ini.. Eerr..You all dah simpan azam ke untuk tahun ni?? Azam apa yer??

Okay berbalik kepada tajuk entri kita pada pagi yang mulia ni ialah otak boleh rosak disebabkan beberapa faktor. Jom scroll ke bawah dan baca yer.. 

1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan akan menjadikannya kurang aktif

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menyebabkan penyakit alzheimer.

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen yang terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakkan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa badan kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kepada kerosakan sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan / keaktifan otak menurun..

20 comments:

Imran Azman said...

nice.. =)

Scripters said...

Alamak bahaya tu sebab boleh dikatakan hampir semua Ida lalui dan tempuh... kena berhati2 lepas ni...

Niena Reen said...

memang kena jaga otak betul2. antara benda terpenting untuk kita. :)

wanariahamiza said...

Fuh, kena jaga otak elok-elok ni. :)

PeRdU cINta said...

good sharing ni..cuba berubah dan perbaiki sedikit demi sedikit..insyaAllah.. :)

Mizz Aiza said...

salam maal hijrah erin.. perkongsian yang sangat bermanfaat.. banyak juga peyebab kerosakan otak ya..

TelingaBulat said...

alamak byk nye kak airen hurmm nk kne kurangkan ni..tq ehh sharing ;)

Lieya Von Jay said...

wah banyak gak ek kak erin.. tak sgka la, hehe

Unknown said...

owh bahayanyaaa
nice sharing
yumida pun baru tahu ni

Akupenghibur.com said...

wahh baru tahu ..thanks kak sharing ilmu ini

ANIM said...

ikut sudut islam, kena tambah satu lagi erin, kena baca quran. sebab tu kalau anak2 yang lembab pelajaran kalau hari2 baca quran, otaknya terasah sedikit demi sedikit..

t said...

saya selalu menutup muka ketika tidur , , ,ternyata salah ya , , ,
gg pernah sarapan pagi , , ,
dan saya seorang perokok . . .

cara hidup yang salah , , , :(

Scripters said...

Kak erin ooo kak erin, senyap jer 2-3 hari ni ;)

Unknown said...

thankss :D

shazillahsani.com said...

thanks sharing info menarik ini...^^

aswadz said...

lps ni kena gigih berimaginasi. baru otak sihat.

Affy Afiqah said...

semoga kita gunakan otak kita dengan sebaiknya, waktu dia rehat bagi otak rehat, waktu otak berfikir/bekerja, gunakan seeloknya :)

Pha Is said...

pengambilan gula berlebihan rosakkan otak? habis tu kenapa L ambik banyak makanan bergula sbb katanya otak memerlukan banyak gula untuk berfikir. sbb tu dia genius..

eh2 kejap. tu dalam anime... hehehe

Tetamu Istimewa said...

Oh, tidur tutup muka pun tak boleh ya.

Mirza Rohizat said...

dulu selalu tutp muka masa tidur,tapi sekarang tak dah ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer