My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday, 5 August 2013

AkU DaN BusiNeSs

Assalammualaikum..

Wah dah ada kerja dengan government pun mahu berbusiness lagi.. Hehehe.. Erin memang minat berniaga.. Rasanya memang ada skill sejak dari universiti lagi kot..Kadang-kadang bukan kita cari customer.. Tapi customer yang cari kita.. Bagi business kat kita.. 

Jika berniaga tak ada pelanggan.. Tak guna jugak..Bukan??

Sebenarnya Erin amat-amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kurniakan diri ini dengan pelbagai kebolehan.. Alhamdulillah yang tidak terhingga..

Ini al-kisah Kuih Samosa ku.. Sebenarnya Erin buat tujuan untuk makan-makan saja.. Tapi tak sangka dan disangka.. Ramai yang tempah samosa yang Erin buat.. Siap mereka minta Erin buatkan samosa frozen..

Erin pun cubalah business ni.. Sepeket kuih samosa yang belum digoreng..Erin jual RM3.20.. Dalam sepeket mengandungi 8 biji samosa..Ini bermakna sebiji yang Erin jual berharga 40 sen..

Ini kuih samosa yang Erin buat lain dari yang lain.. Sebab Erin menggunakan perencah sup..Bahan-bahannya pula adalah lobak merah, ubi kentang, batang salari, bawang besar, daging lembu yang dipotong dadu, lada sulah, cili merah atau capsicum dan sedikit perasa sup.. Ditumis pula sengan bawang putih..

Nak buat kuih samosa ni tak susah pun.. semudah A,B,C sahaja.. hehe.. yang penting kita tahu bagaimana nak membalut dan melipat kulit samosa tersebut..

Selain menjual samosa secara tak langsung.. Erin juga ada menjual produk kesihatan Miera Bellah dan Virgin Coconut Oil.. Produk kesihatan ni.. Erin jadikan diri Erin sebagai Testimonial.. Apabila berkesan.. barulah berani nak jual pada orang lain..

Haa.. Apa lagi bakat yang Erin ada??

Erin juga boleh menjahit manik pada baju kurung.. Pernah ambil tempahan.. Alhamdulillah dapat untungnya.. Memang suka sangat berniaga.. Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa 99% punca rezeki adalah datang daripada perniagaan.. Memang betul sangat-sangat..Apabila kita berniaga.. duit semakin bertambah dan jarang nak susut..

Sunday, 4 August 2013

CoMmEnT MoDeRaTioN FoR HaRi RaYa

Assalammualaikum..

Apsal dengan tajuk entri Erin ni?

Ye lah Comment Moderation tu apa yang ada pada bahagian setting blog kita semua..

Erin dah adjust dari Always kepada Never..

Tujuannya..??

Supaya bila Erin online blog guna my Xperia.. Erin boleh view segal;a komen U all..Application blog yang ada pada Xperia Erin ni macam pelik skit.. Kalau letak moderation..Nanti Erin tak boleh view komen U all.. Ye lah.. Sepanjang cuti beraya.. Erin akan update blog hanya menggunakan Xperia yang kecil tu..Malas nak bawak balik Laptop..

Seperkara lagi.. aktiviti blogwalking jugak tak dapat dilakukan.. huhu.. Melainkan Erin dah hafal link blog U all tu.. Huhuhu.. sedih tak dapat blogwalking..

Apapun hope U all enjoy with Ur Eid Fitri Holiday..Kita tak payah blogwalking lah yer.. Kita Footwalking ke rumah berhari raya je lah..

1 JaM HiLaNg 1000 KaLoRi

Assalammualaikum..

"Oh noo..berat badanku bertambah"

U all mesti akan kata macam tu kan bila jarum penimbang tu akan bergerak seolah-olah melebihi 90 darjah..Kalau jarum tu terletak pada paras 50 darjah atau kurang pasti U all rasa badan U all tu berada ditahap selamat..Tapi jika lebih?? Hmm.. mulalah nak runsing tuuu..


(picture by google search)

Setiap masalah ada penyelesaiannya..

First sekali..U all perlulah beli tali skipping..Kalau nak jimat..Tak payah beli..Just sediakan tilam berspring..Hehe..

Why??

Sebab Erin nak ajar U all melompat dan lompat sampai lemak semuanya cair..Haha..U all tahu tak dengan melompat U all dapat mengurangkan segala lemak yang berkumpul dalam badan..Disamping mendapat bentuk tubuh badan yang cantik.. Tapi harus diingatkan melompat tu patut padan je lah yer.. Kalau melompat sampai terpeliot tu.. Bukan salah hamba..Kerana tuan hamba yang terlebih melompat.. hehe..

p/s : Sebenarnya nak publish entri ni after raya.. tapi memandangkan I don't have any idea to write any entri.. So, i decide to publish this entry.. Huhuhu..The next entry will be coming soon..Now mood nak raya okay.. yeeehaaa... ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer