My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 29 January 2014

Wahai Bakal Imam Ku..

Assalammualaikum


Sedihnya bila baca ayat di atas ni.. Wahai bakal imamku terimalah aku seadanya.. Berusahalah untuk mendapatkan diriku jika benar kau mencintai diri ini seadanya.. Aku seorang wanita yang tidak mampu untuk melakukan semuanya.. Kerana sifatku yang lemah ini..Sesungguhnya aku mahu kau melindungi diriku, menjaga diriku dan membela maruahku.. Wahai bakal imamku bimbinglah aku ke jalan yang diredhai Allah.. Sesungguhnya engkaulah harapanku..Kini aku hidup sendiri dalam sepi aku gagahi mencari sinar bahagia.. Semoga bakal imamku dapat memberi kebahagiaan kepadaku kelak.. InsyaAllah..

Tuesday, 28 January 2014

Jom Kita Zikir

Assalammualaikum

Jom berzikir bersama-sama.. Wajah ceria, hati pun tenang.. Setenang sawah padi tu ha.. Hehehe..
Kenapa kita perlu berzikir.. Sebenarnya sifat semulajadi kita adalah mahukan ketenangan jiwa.. Jiwa tak tenang tu lah dok fikir yang bukan bukan.. Betul tak?? Buat apapun cuba berpandukan agama InsyaAllah semuanya akan okay.. 

p/s : Amalkan yer semoga kita beroleh kebaikan.. InsyaAllah..Aamin...

Peta Hidup Kita??

Assalammualaikum..


Hai you all.. Apa khabar? Harap-harap sihat lah hendaknya.. Cuaca sekarang ni pun tak menentu..Kejap sejuk kejap panas..Kejap hujan kejap mendung kan kan..Peta Hidup ni Erin dapat dari facebook kot.. Bila tengok peta hidup yang dilukis ni.. Rasa insaflah..Nilah kehidupan kita.. Masa jadi roh beriya berjasnji dengan Allah tak mahu lakukan kemungkaran.. Bila turun je ke dunia.. Haa.. jadi alpa.. dah tak ingat janji.. Itulah lumrah manusia kan.. ceh, samalah dengan Erin ni.. Semoga kita semua sentiasa berada dalam landasan yang benar ye.. Manusia sifatnya tidak sempurna.. Kot mana pun pasti ada kesilapan yang dilakukan sama ada sedar atau tak.. yang penting sentiasa istifar dan berbalik kepada Allah SWT.. Allah kan Maha Penyayang dan Pengasih.. Ya Rahman Ya Rahim.. ^_^

p/s : Terima kasih yer sudi baca.. Semoga dapat manfaat yer kawan kawan semua.. Love You All..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer