My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday 3 May 2010

Apakah Cinta Itu Milik Kita?

Bab 1

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat hampir tamat. Kelihatan seorang remaja lelaki berlari-lari anak ke arah sebuah kelas. “Amerah..” Tersentap jantung Amerah ketika namanya dilaung dari jarak 5 meter. “Saya ada benda nak kasi kat awak, hope Merah sudi” . Terukir sebuah senyuman kepada gadis comel itu dan tangan kanan terunanya masih dibelakang pinggang sambil sebungkus hadiah dipegang erat. “Akak nak masuk kelas dulu ni Afif”. Jawab Amerah bersahaja.

“Merah, hmmm..sudi kiranya terima hadiah ini sebagai tanda perkenalan kita dan saya tahu hari ini hari jadi Merah, kan?”. Gadis berwajah bujur sirih dengan kulitnya yang agak sawa matang kelihatan seperti terkeliru dengan kenyataan yang baru diterjemahkan oleh Afif.

“Errr…ini untuk akak ke? Terima kasih Afif..” Hadiah tersebut disambut dan terukir sekuntum senyuman yang memberi kekuatan kepada Afif. Tanpa berkata lagi gadis itu terus memasuki kelas untuk menyambung sesi pembelajaran yang tertangguh. Afif pula dengan riang pulang ke kelasnya.

“Apa yang kau senyum tu Fif? Kau teringat cerita kartun yang kita tonton semalam kat rumah aku tu ker?” Ibrahim cuba menyelami apa yang membuatkan remaja lelaki itu tersenyum keseorangan tanpa sebab. “Err..bukan pasal tu..” jawab afif sambil memandang ke arah Ibrahim yang sejak tadi kelihatan seperti seorang dalam kebingungan.

“Habis tu? Oh..kau mimpi puteri ye semalam. Kalau macam tu ada tandalah..” Ibrahim cuba meneka lagi. “Im..ini lebih dari puteri tau..cantik, lemah lembut, comel, cute, tak tahu aku nak gambarkan..kalau dia bersuarakan, lagi dasyat dari Dato’ Siti.” Berkerut-kerut dahi Ibrahim dengan kenyataan Afif itu.

“Cuba kau explain kat aku kejap, confuse dah ni..kau jumpa siapa sebenarnya ni?” Tanya Ibrahim untuk mendapat kepastian. Tiba-tiba Cikgu Kamala berdehem. Afif dan Ibrahim terus terkaku dan mendiamkan diri. Cikgu Kamala sebenarnya telah lama memerhatikan tingkah laku mereka berdua sejak di awal sesi pembelajaran sejarah tadi. Dia memang tidak menyukai apabila waktu mengajarnya diganggu dengan perbincangan peribadi oleh murid-muridnya. Orang kata ‘Pantang datuk nenek’. Selama 45 minit bertahan mata dan telinga akibat matapelajaran sejarah yang secara umumnya agak mengundang perasaan mengantuk. “Ok..setakat ini sahaja untuk hari ini, kita tangguh pelajaran ni pada hari Ahad minggu hadapan, dan jangan lupa saya nak nota yang lengkap oleh setiap pelajar pada esok hari. Afif..saya amanatkan kepada kamu untuk mengutip buku nota kawan-kawan kamu ye.” Setelah menyusun buku teks, Cikgu Mala terus beredar dari kelas 1 Cemerlang menuju ke Bilik Guru.

Bersambung....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer