My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday 14 February 2014

Cinta Internet (Alam Maya)

Assalammualaikum..

Salam jumaat untuk you all.. Aish..Erin sekarang ni jarang je update entri..Bukan apa..cuma ada penyakit M.A.LA.S.. nak online guna laptop.. Erin lagi suka online pakai smarphone..Bila pakai smarphone ni sukar sikit untuk update entri di blog sebab application macam tak lengkap.. Lebih kepuasan jika update entri menggunakan laptop atau komputer kan..Okay lah , melalut sampai ke laut dah Erin ni.. Hehe.. jangan bosan baca blog Erin tau.. Kalau blog Erin ni tak berapa best.. Erin sedia je terima kritikan..InsyaAllah akan diperbaiki pada masa hadapan..Kepada yang rajin komen blog Erin.. Terima kasih Erin ucapkan.. Tanpa you all maka sepi lah blog ini.. Huhuhu.. Alamak terlebih touching pulak kan..

Now i wanna share something with you all...Let's view this picture..(Semoga menjadi ikhtibar untuk kita semua)


Haa.. see..Bukan di sini Erin bermaksud kita tak boleh mencari jodoh menggunakan alam maya.. Tetapi jumpa face to face pun kadang kala orang boleh tipu.. Tambahan di alam maya.. Sebelum jatuh hati.. Elok lah selidik dulu siapakah gelangan yang bakal dibuat imam tu.. 

Erin pun ada pengalaman ditipu jugak.. Tapi tak eloklah kita aibkan orang tu.. Dah berkahwin tetapi mengaku bujang sebab nak tackle perempuan-perempuan melalui internet..Tak baiklah macam tu kan.. Kalau niat nak berkawan.. Lebih baik berterus terang tentang status anda..Yang perempuan pula cepat je jatuh hati..Macam mana tak jatuh hati.. Sebab ramai yang mengaku susah nak dapat jodoh.. Bila ada yang melamar.. Tanpa diselidik terus saja terima.. Tak tahu lamaran itu benar atau palsu.. Akhirnya diri sendiri yang merana bila sudah jatuh cinta kepada orang yang salah.. Ada juga yang cakap, kalau tak cuba tak tahu.. Masalahnya situasi macam ni bukan boleh main try and error..

Kes jenayah pun banyak berlaku kesan dari kes macam ni.. Dunia sekarang ni semakin maju.. Orang yang nak tipu orang pun semakin maju jugak.. Macam-macam taktik digunakan.. Tersalah langkah je, kita termasuk dalam perangkap.. Nauzubillahiminzalik.. Semoga Allah sentiasa melindungi kita..

p/s : Semoga apa yang Erin celoteh ni memberi manfaat kepada you all yang sudi membaca blog puteriairyn ni.. picture ni Erin jumpa di FB.. Hehehe..

10 comments:

Unknown said...

betul..jangan kita selalu ikotkan hati kalau cari jodoh. tak lari lah jodoh tu.sebab sudah ditentukan oleh Allah SWT.

WanNur Syuhada said...

setuju..jangan pengaruh sangat dgn alam maya ni..hati hati..

Tetamu Istimewa said...

Cinta maya ni memasng susah dan menyulitkan. Kena berhati-hati.

P/S: Kak Erin, buku saya Tetamu Istimewa dah ada stoknya. Jika berminat maklumkan kepada saya. Terima kasih.

Unknown said...

Insyaallah..buku cikgu helmi dah ada di pasaran ye..nnt kak erin bg tahu..mmg niat nk beli..

Zam said...

salam ziarah ke mari :))
er mmg kena sangat berhati2 dlm memulakan hubungan di alam maya ni

Noor Maizan said...

benar~ teman hidup bukan boleh main tangkap muat je kan....

Mizz Aiza said...

bahayanya terlalu mempercayai cinta internet macam tu.. ramai juga yang dah terpedaya dan dianiayai..

Mirza Rohizat said...

betul3.
sekarang kan banyak kes macam ni..
sebelum jadi pape kena hati2 la kan :)

shazillahsani.com said...

dalam apa jua tindakan kita harus berhati-hati..^^

Bahrain said...

Ini yang bahaya bila bercinta secara online. Tapi aku jamin cinta online memang takkan kekal even ada yang ada dah kahwin tapi tak semua. SO just beware.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer