My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday 13 April 2014

Jom Amalkan Antioksidan Tulen

Assalammualaikum..

Hesy.. Sebut je antioksidan.. pakat serbu nak baca entri ni yer..Siapa tak mau awet muda ye tak?? Walaupun umur sudah meningkat tapi penampilan macam orang berumur 20-an.. Remaja gitu.. tak pun muka 'baby face' yang paling orang suka..Ni umur baru 20-an tapi wajah 30-an mesti tak hendak kan kan..??

Jom ambil tahu serba sedikit tentang bahan semulajadi antioksidan ni..

1. Minyak zaiton asli. Sebolehnya cari minyak zaiton dari perahan pertama. Orang cakap yang pure punya. Minyak zaiton dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes.

2. Jus buah delima yang tulen tanpa bahan pengawet. Senang cerita, you all makan buah delima tu je lah. At lease memang dah tahu ketulenan rasanya kan..

3. Amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran  seperti strawberry, epal, plum, cranberry, brokoli, bayam, asparagus, kubis dan bawang putih.

4. Vitamin E yang boleh diperoleh dari sumber semulajadi seperti buah avokado, kentang, kekacang dan minyak masak sayuran.

5. Madu lebah dikatakan mempunyai aktiviti antioksidan terutama sekali madu lebah yang lebih pekat warnanya mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi.. Kena cari madu lebah yang asli..Tapi susah nak cari dan harganya sangat mahal. Demi antioksidan, mahal pun mahal lah kan..Tak gitu?

p/s : Entri sebelum ini : Telur Halang Kanser Payu Dara

1 comment:

Mirza Rohizat said...

antioksidan ni boleh bagi kulit putih gebu..hehee...
aduh,tapi kat umah tak de buah la pulak sekarg..nnti g beli..hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer