My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 5 April 2014

Omelan Puteri Airyn : Apa Yang Wanita Suka

Assalammualaikum...

Hai you all..buat apa malam-malam gini..?? Apa layan blog?? Meh la baca blog Erin ni..Hehehe..

Malam ni Erin terpanggil untuk tulis berkaitan apa yang kaum hawa suka.. Ye lah Erin pun seorang perempuan.. Apa yang Erin hendak.. rasanya sama dengan apa yang perempuan lain berkehendakan.. Betul tak? Oh.. ada yang mengangguk dah tu.. Hehe

Bunga..


Haa. kalau you all ada isteri.. cuba bagi dia bunga masa hari jadi ke atau ulang tahun perkahwinan.. mesti suprise kan.. tapi janganlah bagi dia bunga tahi ayam..Mestilah dia marah.. Hehehe..Sifat perempuan memang sukakan bunga.. Sebab tu tak hairan jika di rumah penuh dengan hiasan bunga-bungaan..

Coklat / Kek



Yang ni pun perempuan suka.. Sesekali tu cubalah beri coklat yang mahal sikit kat isteri tu.. contohnya cadbury or ferrero ke.. Mesti hati yang merajuk tu jadi sejuk je kan.. Cair macam coklat tu.. hehehe..Kalau you all tak percaya.. Cuba tengok kaum hawa masa pi Langkawi.. kalau tak penuh beg dengan coklat mesti tak sah.. Kedai Ismail Group juga jadi sasaran kan... Ish..Ish..Pasal kek pulak.. Tak mainlah kek biasa-biasa.. Secret Resepi.. Jenuh suami nak kena bawa pi kedai tu selalu.. pokai-pokai..

Baju / Pakaian

Tidak dinafikan perempuan memang suka bergaya.. Baju penuh dalam almari pun dia mahu beli lagi.. Perempuan memang tak suka asyik pakai baju yang sama saja.. Tudung penuh dalam almari pun dia masih mau beli lagi..Kalau suami geleng kepala pun dia buat tak tahu saja.. Hehe.. Kalau suami belikan baju atau tudung.. Isteri mesti suka..Nanti dia cakap macam ni.. "Abang lah yang saya sayang dunia akhirat.."Hehe..

Teddy Bear..

Janganlah buat-buat terkejut apabila tetiba atas katil ada teddy bear.. Walaupun belum dikurniakan anak.. Si isteri tetap nak peluk teddy bear.. Apa boleh buat.. Terima sajalah isteri itu seadaanya.. Hehe

Eeerrr.. apa lagi yer yang perempuan suka..

Tas tangan..


Kalau pakai baju biru..handbeg dia mesti nak warna biru jugak.. kalau baju dia meroon.. Handbeg pun meroon..Last-last pergi keluar terlupa bawa kad pengenalan dan kad bank sebab selalu sangat tukar handbeg..Pastu mulalah dok tarik poket suami..Hehehe..

Setakat itu je yang Erin tau apa yang perempuan suka.. Tu pun berdasarkan apa yang Erin suka.. Hehe.. Bakal suami.. Sila take note okay.. ^_^

4 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

aiza paling suka coklat dan bunga tu erin.. hehe.. selamat berhujung minggu.. :D

Yumida Huda said...

sedapnye kek coklat. beznye klo org kasi saat ni

D.Shahril Hakime said...

errr... awok yang lelaki ni rasa.... pompuan suke... shoppingggggg..........

D.Shahril Hakime said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers