My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 23 April 2011

Untuk Wanita..!!

KENALI WANITA

Kategori Wanita

Siapa wanita?? Apakah yang anda tahu berkaitan wanita? Bagaimana gelaran wanita itu dikategorikan? Adakah berdasarkan umur, kematangan, pendidikan ataupun kerjaya. Anda perlu ukur itu adalah perempuan yang melepasi tahap remaja dan berada dalam golongan dewasa.

Apabila dilihat daripada senario di sekeliling, wanita dapat dikategorikan dalam beberapa peringkat seperti personaliti, pendidikan, pengalaman, pengetahuan dan sebagainya. Pada dasarnya, wanita dikatakan sebagai seorang yang bersifat lemah lembut, pemalu dan bersopan santun.

Tetapi pada zaman ini, anda sendiri dapat melihat wanita sekarang berdikari dan mempunyai kebebasan dalam menentukan hala tuju mereka. Walau bagaimanapun, sebagai wanita timur yang didedahkan dengan sifat ketimuran, tingkah laku mereka terjaga dan dijaga bagi menjaga nama baik keluarga dan bangsa.

Wanita sinonim dengan tumbuhan semalu. Pengajaran yang diperolehi daripada tumbuhan ini adalah seperti berikut :-

1. Pohon semalu menguncup apabila disentuh. Ini diibaratkan wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

2. Semalu mempunyai duri yang tajam bagi mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu menjaga diri daripada gangguan unsur-unsur luar seperti gangguan individu yang ingin memperalatkan mereka bagi kegiatan tidak bermoral.

3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita perlu mempunyai hubungan yang kuat dengan penciptanya atau berpegang teguh menurut ajaran agamanya.

4. Akhir sekali semalu menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, wanita perlu berada di tempat yang baik ataupun situasi yang baik apabila waktu semakin senja.

Tip-tip bagi memastikan matlamat wanita itu tercapai:

1. Matlamat ditulis secara hitam putih
2. Merancang matlamat
3. Yakin dengan kebolehan diri sendiri
4. Berfikiran positif
5. Menghalang perasaan takut
6. Elak semangat diri lumpuh di tengah jalan
7. Melaksanakan matlamat mengikut keutamaan
8. Jauhi sikap optimis
9. Membuat bayangan positif

p/s : Apabila anda tahu arah kompas hidup anda, sesungguhnya anda meneruskan perjalanan separuh jalan ke arah itu.

(sumber ; Rahsia Kejayaan Wanita Berkejaya - Kamariah Wahab)

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim



Friday, 22 April 2011

KOMIK - PUTERA BIASA


Semalaman saya membaca komik ni. Nice sangat ceritanya. Kisah cinta yang agak tragis jugalah. What ever sangat romantik. Kisahnya begini. Aoi Yoshihara merupakan seorang gadis miskin yang menuntut di sebuah sekolah. Kedatangan seorang remaja lelaki yang kaya telah membuatkan ramai yang terpegun. Bukan sahaja kaya malah dia sangat kacak. Aoi Yoshihara juga berangan-angan untuk mendekati lelaki berkenaan. Malangnya lelaki tersebut kelihatan sangat sombong. Cerita dalam komik ini sangat lucu kerana. Seorang lelaki yang kehidupannya tidak ubah seperti seprang putera sebenarnya menyukai kehidupan golongan susah. Akhirnya Aoi Yoshihara dapat memiliki Masafumi Hasegawa setelah pelbagai cabaran dan halangan yang mereka tempuhi. Aio Yoshihara terpaksa bekerja di sebuah rumah sebagai tukan masak. Hal ini kerana ibunya tidak mampu bekerja di rumah tersebut kerana sakit, maka dia terpaksa menggantikan tempat ibunya sebagai tukang masak makan malam untuk keluarga tersebut. Rupanya majikan ibunya itu adalah keluarga Masafumi Hasegawa. Lelaki kaya yang bersekolah di sekolahnya. Aisye..tak tahu macam mana saya nak cerita tentang komik ni.. Kalau anda berminat bolehlah dapatkan di kedai buku POPULAR dengan harga RM6.50. Murah kan? ok selamat membaca.. kalau rasa lucu, bolehlah gelak sorang-sorang sebagai pengubat hati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer