My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday 23 April 2011

Untuk Wanita..!!

KENALI WANITA

Kategori Wanita

Siapa wanita?? Apakah yang anda tahu berkaitan wanita? Bagaimana gelaran wanita itu dikategorikan? Adakah berdasarkan umur, kematangan, pendidikan ataupun kerjaya. Anda perlu ukur itu adalah perempuan yang melepasi tahap remaja dan berada dalam golongan dewasa.

Apabila dilihat daripada senario di sekeliling, wanita dapat dikategorikan dalam beberapa peringkat seperti personaliti, pendidikan, pengalaman, pengetahuan dan sebagainya. Pada dasarnya, wanita dikatakan sebagai seorang yang bersifat lemah lembut, pemalu dan bersopan santun.

Tetapi pada zaman ini, anda sendiri dapat melihat wanita sekarang berdikari dan mempunyai kebebasan dalam menentukan hala tuju mereka. Walau bagaimanapun, sebagai wanita timur yang didedahkan dengan sifat ketimuran, tingkah laku mereka terjaga dan dijaga bagi menjaga nama baik keluarga dan bangsa.

Wanita sinonim dengan tumbuhan semalu. Pengajaran yang diperolehi daripada tumbuhan ini adalah seperti berikut :-

1. Pohon semalu menguncup apabila disentuh. Ini diibaratkan wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

2. Semalu mempunyai duri yang tajam bagi mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu menjaga diri daripada gangguan unsur-unsur luar seperti gangguan individu yang ingin memperalatkan mereka bagi kegiatan tidak bermoral.

3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita perlu mempunyai hubungan yang kuat dengan penciptanya atau berpegang teguh menurut ajaran agamanya.

4. Akhir sekali semalu menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, wanita perlu berada di tempat yang baik ataupun situasi yang baik apabila waktu semakin senja.

Tip-tip bagi memastikan matlamat wanita itu tercapai:

1. Matlamat ditulis secara hitam putih
2. Merancang matlamat
3. Yakin dengan kebolehan diri sendiri
4. Berfikiran positif
5. Menghalang perasaan takut
6. Elak semangat diri lumpuh di tengah jalan
7. Melaksanakan matlamat mengikut keutamaan
8. Jauhi sikap optimis
9. Membuat bayangan positif

p/s : Apabila anda tahu arah kompas hidup anda, sesungguhnya anda meneruskan perjalanan separuh jalan ke arah itu.

(sumber ; Rahsia Kejayaan Wanita Berkejaya - Kamariah Wahab)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer