My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 19 April 2011

ObEsiTy..Oh No..!!!



Obesity..obesity..suka atau tidak?? Atau anda akan berkata macam ini "Oh no i never need it, and what happen with my body?" mahu..tak mahu bukan? Obesity atau lebihan berat badan yang mungkin akan mengundang bahaya jika tiada langkah untuk menanganinya..Jika anda merasai berat badan anda bukan berat yang idea, maka lakukanlah sesuatu. Menurun berat badan memerlukan pengorbanan yang besar. Anda terpaksa mengawal nafsu anda dan mengubah tabiat pemakanan anda disamping melakukan riadah seperti bersenam.

Behubung dengan nafsu makan. Mampukah anda?? Ini soalan yang 'famous' saya akan utarakan kepada rakan-rakan yang mahu menurunkan berat badan. Jika dikira, dihitung berapa banyakkah perbelanjaan yang anda laburkan untuk menguruskan badan. Anda akan menyesal apabila tiada kesan langsung apabila menggunakan produk itu tanpa mengawal nafsu makan atau malas untuk melakukan senaman. Jika anda seorang yang berdisiplin, anda tidak memerlukan sebarang produk untuk mendapat bentuk tubuh badan seperti yang anda idamkan.

Kadang-kadang anda kelihatan cemburu bila melihat tubuh badan celebriti yang cantik seperti Maya Karin, Rozita Che Wan atau Erra Fazira. Adakah anda tahu apakah rahsia disebalik kecantikan mereka. Mereka juga berdisiplin dalam mengamalkan diet pemakanan dan selalu melakukan aktiviti senaman. Jika tidak bagaimana celebriti-celebriti ini mampu mengekalkan bentuk badan mereka.

Tip pertama dalam memotivasikan diri anda supaya anda berazam untuk kurus. Didalam bilik tidur andaa pasti ada sebuah cermin untuk bersolek bukan. Cermin itu bukan sahaj berfungsi untuk melihat wajah anda yang cantik atau ayu, malah anda boleh menggunakannya untuk melihat tubuh badan anda sama ada anda berpuas hati dengan bentuknya atau sebaliknya? Tepuk dada tanyalah minda. Jika terdapat lekuk-lekuk lemak di pinggang atau peha anda, itu bermakna tidak lama lagi anda akan mencapai suatu taahap yang dikenali sebagaai obesity. Mahu atau tidak?? Tepuk dada, tanya hati...

Tip kedua, apakah kegunaan tip pengukur? Adakah untuk mengukur badan anda ketika menempah baju? Tetapi ia juga berguna untuk mengukur diameter pinggang anda. Adakah anda rasa pinggang sangat ramping? Kalau sudah ramping..tak perlulah melakukan apa-apa.. Tetapi jika pingang anda sama diameter dengan dada anda..Wow..anda sudah kelihatan seperti sebuah botol..Mahukah???Mesti anda akan berkata begini "Oh no.."

Tip yang ketiga cubalah anda memandang oat itu sebagai ayam KFC yang menyelerakan dan pandanglah sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai Pizza yang enak..Air suam sebagai minuman berkabonat. Cubalah lakukan semua ini bukan sahaja untuk bentuk badan yang cantik tetapi juga untuk kesihatan anda. Dugaan ada dimana-mana, yang pasti anda mampu atau tidak untuk memajukan diri anda sepertimana yang anda idami selama ini..

Tip keempat yakni jadikan alat penimbang sebagai teman rapat anda..Pastikan ia memberi tahu angka yang betul apabila anda sudah berdisplin dalam menangani nafsu makan.

Tip yang kelima, bersenamlah..Jangan anda setiasa menanguh untuk melakukan aktiviti ini.. Gantikan waktu tidur petang anda dengan senaman. Tambahan pula tidur petang tidak elok dari segi agama. Jika anda memang tiada masa untuk bersenam cukup lah anda melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh kain dengan tangan bukannya menggunakan mesin. Menyapu halaman rumah, menyental lantai bilik air atau sebagainya.

Okay lah setakat ini sahaja yang mampu saya beri tip..Jika ada lagi tip pada masa hadapan saya akan tulis disini..Selamat mencuba (^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer