My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 19 April 2011

Saya Takut Obesity..Tolong Saya..

Adakah anda rasa teruja dengan tajuk di atas.. Mungkin dalam hati anda juga terdetik perkataan seperti itu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik serta bentuk tubuh badan yang cantik bukan perkara yang mudah. Tetapi jika anda mempermudahkannya Insya Allah ia merupakan perkara yang senang dilakukan. Ia dirasakan semudah ABC atau 123. Sebelum kita mengetahuinya lebih lanjut jom ikut saya melihat piramid makanan di bawah ini. Ia sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih atau cara makanan yang betul.


Dalam rajah menunjukkan yang paling banyak perlu kita amalkan ialah meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tanya pada diri anda, adakah pengambilan air dalam badan anda sudah cukup..air merupakan petrol yang baik untuk peredaran darah. Anda tersedia maklum bahawa darah merupakan pengangkutan utama dalam sistem tubuh badan. Darah berfungsi mengangkut oksigen dan mengendalikan fungsi-fungsi lain. Jika anda rasa sukar untuk minum air secara sekali gus segelas. Cara yang paling mudah amalkan minum air sebanyak 2 teguk bagi setiap 30 minit. Dalam sehari mungkin hanya 1 gelas minuman bergula yang anda ambil dan yang selainnya adalah air putih tanpa ais atau sebagainya.



Setiap hari janganlah anda lupa untuk makan buah-buahan walaupun hanya sepotong limau sunkis atau sepotong epal. Buah-buahan kaya dengan serat dan tinggi kandungan vitamin C. Vitamin C berfungsi sebagai pelindung kepada sistem imunisasi badan. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan anda mudah terkena selsema, menghindari daripada penyakit jantung, sakit mata dan sebagainya. Ia juga sangat baik untuk kecantikan kulit anda.



Jika setiap hari anda makan roti gandum pasti perut anda tidak menyanyi lagu keroncong akibat lapar apabila anda mahu mengamalkan diet yang sihat. Jangan sesekali makan roti biasa kerana mungkin mengandungi lemak yang tinggi tidak seperti roti gandum ini yang rendah kalori dan lemak. Jadikan ia sebagai menu sarapan pagi anda.


Anda boleh saja menggantikan nasi dengan bijian oat. Semestinya kita tahu bahawa nasi mempunyai kandungan kanji yang tinggi. Apa kata kita ubah cara pemakanan kita. Sememangnya oat tidak sesedap nasi bukan. Di sini saya mahu mengajar anda bagaimana cara melazatkan oat. Cara yang paling mudah, ringkas dan tepat ialah memasukkan 2 sudu oat segera ke dalam minuman anda. Pasti anda tidak sedar bahawa anda sedang minum air bersama oat. Kira 2 dalam 1.. Mudah bukan?


Susu oh susu. Anda gemar minum susu? Saya tahu ada yang menggeleng kepala bukan? Rugilah hidup anda jika anda tidak gemar meminum susu. Bukankah sejak lahir lagi kita sudah mula minum susu. Cuba anda fikir, adakah bayi yang baru lahir minum air oren atau sirap? Lucu bukan? Haa..dulu masa kecil boleh saja minum susu, mengapa tidak sekarang. Minumlah susu demi kebaikan tulang anda kerana susu mengandungi kalsium yang tinggi dan sangat baik untuk sistem dalam perut anda. Oleh itu sayangilah tulang dan perut anda. Susu selalu disalah anggap mengandungi lemak yang tinggi. Jika mitos itu menghantui minda anda. So, cubalah minum susu rendah lemak. Insya Allah. Sesungguhnya jagalah tubuh badan anda kerana ia telah diamanahkan oleh Allah SWT. Buat baik pada diri dapat pahala..Insya Allah..Akhir kata selamat beramal. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan pedoman atau ikhtibar..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer