My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday 29 October 2011

HIKMAH SUJUD

Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Alah S.W.T. Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat ayat 77 yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, rukuk dan sujudlah..” Sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa maafaat dari segi perubatan, antaranya :

1. Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).

2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :

1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh (prolapsed uterus / fallen bond womb)

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurang sakit senggugut bagi wanita ketika haid.

5. Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelviks.

9. Melegakan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut, akan terhindar penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessels.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Sedekat-dekat hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia sujud, maka perbanyakkanlah doa (Ketika sujud)

Riwayat Muslim no. 482, Abu Daud no. 875 dan al-Nasa’i no.1137


“Sujud seseorang kepada Allah Taala menghakis sifat sombong, takabbur dan bongkak.”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer