My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday, 16 December 2013

The Love Quates

Assalammualaikum ..

Hai you all.. Apa khabar?? Mesti semuanya sihat-sihat kan.. kalau tak sihat jangan lupa makan ubat yer.. Yelah sekarang ni kan cuaca tak menentu sangat..Kejap hujan kejap panas.. Maka suhu badan juga tak menentu.. Bila suhu badan tak menentu mulalah nak rasa demam dan selsema kan..

Sebenarnya Erin nak kongsi beberapa qoutes cinta... Entahlah sekarang ni rasa bahagia saja.. Bukan sebab sedang bercinta ke apa ke.. Tapi Entahlah nak cakap pasal perasaan ni pun Erin tak tahu..

Monday, 9 December 2013

How To Make Nasi Goreng Erin Style?

Assalammualaikum..

Jarang-jarang update entri, sekali keluar entri bab resepi kan... Eeerr.. Ini jelah idea yang ada.. snap gambar time memasak dan terbitkan entri.. Dasyat ni macam dah tak ada idea lagi kan.. sebenarnya banyak je idea before on komputer.. Bila dah online blog.. Idea hilang entah kemana.. Tambah-tambah bila buka Facebook.. lagilah diri ini melalut kan.. What ever.. Nak juga terbitkan entri kat sini.. Rindu sangat nak menaip entri..

Okay lah stop cakap pasal rindu rinduan ni kan.. Now, Erin nak cerita tentang macam mana nak buat nasi goreng yang simple tapi sedap.. Iye lah lain orang lain cara penyediaan nasi goreng ni kan.. Ni penyediaan nasi goreng cara Erin..
 Firstly sediakan bahan-bahan seperti dua biji telur yang dipukul, hirisan kubis dan hirisan dadu lobak merah, hirisan bawang besar, hirisan cili hijau dan sehiris limau nipis.. Serta nasi yang telah dimasak.. sedikit minyak, kicap masin atau manis, serbuk cili Thai, lada sulah dan sedikit garam serta serbuk perasa..

 Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali

 Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan goreng sehingga separuh masak

 Ini lah rupa telur yang digorenmg sepruh masak tu..

 Angkat dan letakkan telur tu ke atas nasi yang bakal digoreng tu

 Masukkan sedikit minyak untuk menumis bawang besar, dan cili hijau

 Masukkan serbuk cili merah, kicap, lada sulah, garam dan serbuk perasa

 Masukkan hirisan dadu lobak merah dan biarkan sehingga naik aroma tumisan tersebut..

 Kemudian masukkan nasi bersama telur dan hirisan kubis ke dalam kuali.. Gaul sebati dan biarkan sehingga garing..

Taraaa....!!! Dah siap pun nasi goreng.. Hidangan ini boleh di makan oleh 4 orang..
Mari mari jemput makan.. Sedap ni.. Hehehe

Sekian menu untuk hari ini.. Selamat mencuba..

Monday, 2 December 2013

My Horrible Day??

Assalammualaikum.. 

Huhuhu.. rindu kat you all semua..Lamakan Erin tak tulis di Blog ni.. Ye lah.. Erin tak sempat dan tak ada mood nak menulis.. Terlalu banyak liku liku kehidupan yang Erin alami .. Sampaikan kadang kala memberi tekanan.. Tak apalah, itulah ujian dan dugaan kan..

Okay lah Erin nak story something kat you all ni.. Sedih lah.. Semalam.. Nak pergi jumpa kawan baik Erin.. Kami kawan dari darjah 3 tau.. sejak tahun 1993.. dah hampir 20 tahun lebih kan persahabatan kami..Nama dia pun ada WAN kat depan.. ya.. nama kami hampir sama..

Kronologi cerita semalam ialah berbunyi lebih kurang macam ni.. Keluar dari office around 5.15 petang.. sebab janji dengan kawan dalam pukul 5.45 petang.. Sedang drive, tiba-tiba mata tertumpu pada petunjuk aras minyak.. OMG.. paras minyak dah nyawa-nyawa ikan.. So, stop sekejap di stesen minyak.. 

Bila buka je beg duit.. Terus tepuk dahi then jerit Oh My God!!.. Dalam beg duit hanya ada RM15 sahaja.. Macam mana ni.. Di Petronas tu ada mesin ATM Maybank.. Kaki dah ringan saja nak pergi ke mesin tersebut.. Tetapi... Wow.. mak bapak panjangnya barisan orang yang tengah tunggu nak draw duit.. So patah hati terus teringat di Giant ada mesin ATM Bank Muamalat.. Terus je tekan pedal minyak kereta terus ke perkarangan Sout Al-Bukhari tu.. Sebab kejap lagi pun nak jumpa kawan tu kat situ.. 

Cucuk punya cucuk kad.. sekali kad undetected kat situ.. Waaa.. Dah rasa mau nangis.. Dalam hati ni dok pujuk.. Sabar ye Erin sabar.. Otak mula berfikir dan teringat di tingkat 4 Sout Al Bukhari ada mesin ATM Hong Leong Bank..Terus naik lif dan sampai dengan jayanya.. Then cucuk kad ATM kad situ.. Then keluar ayat ni.. Sory, kad anda tidak dapat disah kan...Oh My God.. Ini betul betul menguji kesabaran Erin.. Tengok jam 5.30 petang dah.. Habis lah tinggal lagi 15 minit je lagi.. 

Dengan giatnya Erin pun segera ke Petronas tu semula.. dengan penuh harapan dapat lah draw duit kan.. Tapi apa punya malanglah nasib Erin petang semalam.. Mesin ATM MAybank tu tulis macam ni.. SORRY OUT OF SERVICE.. Waa.. sedih.. Masuk dalam kereta.. mata sudah berair.. Nak call kawan Erin tu nak cakap kata tak jadi jumpa lah.. Tapi nombor phone pula tak ada.. Sadis betul kan kisah ku ini..

Lalu Erin capai my xperia.. then taip something to inform her which that appointment will be cancer, just through Facebook.... Huhuhu.. Pastu terus start kereta menuju ke Maybank dekat Mergong.. Then draw duit.. Alhamdulillah dapat juga duit akhirnya.. Teruknya nak dapat duit pun macam nak mintak air je time kehausan..

Dah decide nak terus pulang ke rumah sebab jam pun dah menunjukkan pukul 6.25 petang.. Sedang drive dengan hati yang lara.. Tetiba handphone berbunyi.. Haa.. my friend tu call lah.. Tanpa menghampakan kawan ku itu terus je I pusing balik ke Soat Al Bukhari.. Kesian kawan Erin tu dok tunggu..Ye lah dia jumpa Erin pun sebab Erin ada masalah sikit nak tanya pendapat dia.. Akhirnya kami pun berjumpa.. Aaa.. settle..!!

Tu je lah nak cerita pun.. hehehe.. sorry ye sebab lama tak terbit entry kat sini... :-)

Friday, 22 November 2013

Monolog : Cerita Dari Mulut Ke Mulut

Assalammualaikum..


Menjadi bahan cerita bukan lagi omongan kosong..
Cerita yang dicanang penuh simbolik..
Kadang kala ada pula terselit unsur dusta..
Yang mana satu betul susah pula untuk ditentukan..

Kerana fakta kadang kala berubah jadi auta..
Kerana ramai sangat yang memperkatakannya..
Dari cerita terus jadi sandiwara..
Dari sandiwara terbit pula drama..

Situasi semakin tegang dek kerana cerita..
Bagai mesej berangkai akhirnya terurai..
Jika terurai elok tak apa..
Tapi lain yang awal..Lain pula yang akhirnya..

P/s : Usah kita menokok tambah cerita yang asal.. Kerana ramai sangat penyampainya.. Akhirnya yang sekecil kuman terus menjadi selebar lautan.. 

Wednesday, 20 November 2013

Cabaran Gunung Angsi Negeri Sembilan (Part 2)

Assalammualaikum

Okay kita sambung lagi cerita tentang pengalaman yang berharga buat semua peserta Kem Gunung Angsi 2013 ni..

Pada awal pagi kami bersolat subuh secara berimam dan ada sedikit kuliah subuh yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMA Darussaadah..



Usai solat subuh dan juga tazkirah dari ustaz.. kami mempersiapkan diri dan peralatan untuk mendaki Gunung Angsi.. Masing-masing membawa beg sandang dan bepakaian sukan yang lengkap. Kami bertolak dari Kem Pusako ke Ulu Bendul Kuala Pilah pada jam 6.30 pagi.. Kiranya ayam pun tak habis kokok, kami dah bergerak dengan menaiki bas.. Dalam hati dup dap dup dap tak sabar nak hadapi cabaran Gunung Angsi ni..Meski pun telah dimaklumkan bahawa Gunung ni merupakan tempat yang dikunjungi oleh orang awam untuk beriadah.. Wah aktif juga ye orang-orang di Negeri ni..Kalau kat Alor Setar kami joging kat Taman Rimba je.. Tak pun pergi ke Jitra untuk mendaki Bukit Malau atau Gunung Jerai..Tu pun dah penat.. 


Sebelum memulakan pendakian kami diberi sedikit taklimat berkaitan pendakian nanti.. Semua pakat beri perhatian. Yelah ada diantara peserta yang kali pertama mendaki gunung.. Sebelum ni tak pernah joint mana-mana aktiviti seperti ni..Taklimat disampaikan oleh Jurulatih-jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Kedah iaitu Tuan Azman dan Tuan Rosli.


Sebelum pendakian bermula, senaman ringan dilakukan bagi merengankan otot supaya tidak berlaku kekejangan semasa mendaki.Senaman ringan ini diketuai oleh Cik Noorhayati iaitu merupakan seorang pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim..Cik Yati ni merupakan mak saudara Erin sebelah Mama..Kiranya Cik Yati ni sebahagian daripada jurulatih Erin Adventure..



Kami telah meminta bantuan kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah sebagai jurupandu dalam pendakian ini.. Mereka (Jabatan Pertahanan Awam) yang mahir dari segi selok belok tentang hutan di gunung tersebut. Seramai 3 orang kakitangan JPAM yang turut serta iaitu terdiri dari 2 orang lelaki dan seorang wanita. 


Setelah semua otot diregangkan.. Kami membaca doa selamat semoga pendakian kami berjalan lancar.. Smooth gitu.. kalau boleh tak mau berlaku segala mala petaka.. Ye lah dalam hutan kan macam-macam boleh berlaku.. Nauzubillah..


Pendakian bermula pada jam 8.45 pagi dengan melangkah anak-anak tangga.. Naik tangga tu pun dah mengah.. Macam manalah nak teruskan 825 meter tinggi ni.. Sabo je lah dik.. Semua perserta ni adik-adik dari form 2 sehinggalah ke form 4.. Walaupun ada yang kali pertama ikut aktiviti seperti ni, mereka kelihatan sangat bersemangat.. Cayok cayok cayok.. :-) Kira pas dah nak digelar komando pun.. hehe..


Ayuh langkah melangkah kita hingga ke puncak Angsi.. Lu Lari Wa Langsi.. Aish.. apa pula yang Erin mereben meraban ni kan.. 


Wah bersemangan gitu ye ampa semua.. sikit pun tak nampak penat.. Ye lah muda-muda lagi kan..



Berhenti seketika bersama Kit Kat.. Apa daaa kit kat pulak dah.. Sebenarnya ni berhenti berehat sekejap.. yelah asyik jalan dan jalan je..Kaki pun lenguh, bahu pun dah mula rasa sakit.. Nasib baik ada Si Yoko Yoko kan..


Walaupun nampak agak letih.. Tapi depa ni masih boleh senyum dan ceria lagi tau.. Cayalah adik-adik ni..


Haaa.. siap buat peace lagi tu.. ceria sungguh aih..ye lah masa mendaki ni kena enjoy kan.. stress-stress tak mau yer.. Jom kita enjoy.. sambil melangkah apa kata kita nyanyi-nyanyi tak pun kita berzikir ke.. bagus jugak kan..


Yeah.. Alhamdulillah, jam 11.30 pagi kami dah sampai pun puncak Gunung Angsi.. Wah Angsi, Wa sudah tawan Lu lah.. Amcam, ada kuat tak?? Hehehe..Lu manyak cabar wooo.. Kasi semua badan Wa penat dan letih..

Sesampainya di puncak, kami diberi taklimat lagi oleh Tuan Azman.. Kami juga dinasihatkan tidak membuang sampah sesuka hati. Sisa makan yang dibekalkan, harus dibawa turun bersama. Sebelum mendaki kami telah dibekalkan dengan sebungkus nasi berlaukan ayam dan sayur, sebiji epal, air mineral dan 2 bungkus roti planta..Wah banyak juga ye bekalan.. Sampai tak larat nak makan..


Ni lah simbol puncak Angsi.. Macam tanda roket pun ada.. Jom lah naik roket ke bulan.. Mungkin kot itu maksudnya.. (Eh, roket roket, bulan bulan jangan sebut ar, nanti depa pikiaq kot lain pulak) hehehe..


Berehat di puncak angsi sambil menikmati bekalan yang dibawa.. Wah, time lapar semuanya sedap kan... Habis semua yang dibekal tu dimakan dengan enak sekali..Ada yang ambil kesempatan untuk melelapkan mata sekejap sambil merasai udara di puncak tersebut.


Saat yang paling mencabar ialah waktu turun dari puncak Gunung Angsi.. Kenapa Erin cakap macam tu? Sebab masa mendaki kami guna laluan di Bukit Putus.. Tapi waktu turun, kami gunakan laluan Air Terjun Kak Lang.. Wah mencabar tak terhingga.. dah la laluan agak basah dan licin.. kena hati-hati woooo.. salah langkah, boleh terpeliot kaki..So, be carefull


Nak turun pun rasa seksa kan..ye lah sebab laluan ni sangat mencabar.. Kalau dari awal mendaki ikut laluan ni.. sah sah dah ada yang pancit lebih awal.. Silap hari bulan Erin pun pancit sekali.. Hehe..


Ni lah calon calon pemimpin yang beribawa.. sambil turun dari gunung ni, depa dok kutip sampah.. anak siapalah depa-depa ni kan.. bagus sungguh..


Adoi lah, kena turun pakai tali pulak dah.. Macam mana mau turun ni.. Kena turun mengundur.. huhu, tak nampak kaki lah..


Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. Bantu membantu itu amalan yang mulia.. So, depa sedang membantu rakan-rakan untuk turun dari gunung ni..Hati-hati ye, nanti jatuh.. :-)


Haaa.. mencabar tak tengok gambar ni?? Seram....


Acewah Encik Tajudin selaku wakil PPD sempat bergaya ketika turun menggunakan tali.. Nampak relaks je kan..


Ni pula aksi kakitangan JPAM.. Ni laluan yang lagi satu.. kami tak turun ikut laluan ni.. sebab agak merbahaya..



Dah penat turun dengan tali, kami pun berehat sebentar untuk kumpul tenaga..


Laluan Kak Lang ni menyebabkan kami terpaksa mengharungi beberapa laluan air terjun.. Habislah lencun kasut yang dipakai.. Yelah redah air kan, mestilah basah kasut..


Tuan Pengetua SMA Darussaadah juga turut serta dalam XPDC ni..Beliau berumur 67 tahun.. Wah hebatlah ustaz..


Haa.. ayuh rendam kaki beramai-ramai...Ni bukan setakat kasut je yang basah.. sekali dengan seluar pun basah..


Orang yang paling last turun ialah Erin, Abah, Pak Cik Driver Bas dan 2 orang kakitangan JPAM.. Maunya tak last.. kaki Erin sakit kot gara-gara pakai kasut mendaki milik abah.. Rasanya kasut tu tak sesuai kot untuk Erin.. Nak tahu tak kedua-dua buku lali kaki Erin bengkak dan lebam.. Huhu.. Sakitnya tak payah nak ceritalah kan.. Teramat sangat..Tu pun Erin gagahi juga sebab jika lambat turun nanti kami terperangkap dalam hujan.. Dimaklumkan bahawa amat berbahaya jika berada di kawasan hutan ketika hujan.. Ia dapat mengundang mala petaka kerana bimbang air dari atas gunung akan turun dengan deras dan membawa balak yang tumbang di atas ke bawah.. Scary betul bila tahu tentang tu.. Hanya Allah saja yang tahu perasaan Erin waktu tu.. Dah lah kaki sakit, terpaksa berjalan jugak.. Dibibir ni tak henti-henti berzikir.. Dan akhirnya sampai juga Erin di Ulu Bendul a.k.a Kaki Gunung Angsi pada jam 5.00 petang..Alhamdulillah Syukur..


Setelah sampai, kami diberi taklimat lagi oleh Tuan Azman..Semua dah nampak macam letih kan.. Tapi dan lagi makan ais krim seringgi yang dijual di Ulu Bendul tu kan.. Nyaman je tekak bila rasa ais krim..


Pada keesokkan paginya dah nak pulang ke Kedah.. Masing-masing rasa sedih saja..Rasanya tak puas lagi dengan aktiviti sebegini kan.. InsyaAllah pada masa hadapan kalau ada rezeki kita pi lagi noh...


Para peserta memberi fokus dengan taklimat yang diberikan oleh Cikgu Wan Ramli 


Encik Kudus selaku wakil jurulatih Kem Pusako memberi ucapan terakhir kepada para peserta.. 


Bergambar beramai-ramai di Kem Pusako sebagai tanda kenang-kenangan..Kem Pusako dan Gunung Angsi akan menjadi kenangan terindah buat kami semua.. Terima Kasih di atas layanan terbaik yang diberikan kepada kami sepanjang berada di situ..

Sessi mencoretkan kenangan di Kem Pusako..Ramai juga peserta yang tinggalkan tanda tangan di board putih yang terdapat di dewan Kem Pusako Negeri Sembilan.


Beginilah suasana sebelum kami meninggalkan kem tersebut.. Waduh waduh rasa sedih aih.. sabar-sabar.. Sob sob.. menitis air mata.. 



Sebelum bertolak kami membaca doa selamat semoga perjalanan kami selamat dan dirahmati Allah..

Dalam perjalanan pulang sempat kami singgah di Alamanda.. Cuci-cuci mata di situ.. Dan beli cenderahati untuk dibawa pulang.. Kemudian kami menyusur ke Masjid Besi untuk menunaikan solat Jamak dan Qasar.. Destinasi terakhir sebelum bas bergerak ke Alor Setar Kedah, ialah PICC.. Kami berhenti di situ untuk bergambar sekejap.


Ni geng peserta perempuan..


Ni pula geng peserta lelaki..


Masa pi tu kena time raya depavali.. hehe..

Okaylah itu saja coretan yang panjang lebar tentang pengalaman mendaki Gunung Angsi 2013 ni.. Pada mulanya Erin bercadang untuk tulis sampai part 3.. Tetapi akhirnya jadi part 2 yang panjang berjela ni.. harap you all happy membaca coretan ini.. Kepada adik-adik peserta KGA.. Jadikanlah ini pengalaman yang berharga dan selamat maju jaya serta study elok-elok ye.. Biar study sampai masuk University.. InsyaAllah kak Erin doakan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer