My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 1 July 2014

Sakit Hati Bila Hutang Ditangguhkan

Assalammualaikum you all...

Topik hari ni ialah hutang..Erin sebenarnya memang tak suka sangat tentang hutang ni.. Sama ada Erin perlu berhutang atau memberi hutang.. Kenapa perlu berhutang jika diri itu mampu.. Dah la berhutang tapi tak mahu bayar pulak tu.. Haish.. kita nak mintak pun tak sampai hati.. Tapi nak beri pimjam buat kali kedua memang tak lah sebab hutang yang lama pun dia tak boleh bayar.. 

Erin agak hairan.. Berhutang untuk kesenangan diri?? Memang tak masuk akal..Sudahlah berhutang, nak melaram..Baju cantik, kereta besar, anak-anak diberi minum susu yang mahal dan pakai pampers.. Upah pengasuh dan sebagainya.. Kita yang beri hutang ni pun tak bergaya tara mana.. Memang niat kita nak tolong.. Tapi bila dah tolong.. Tolong lah bayar.. Sebab Erin pun perlu jugak duit tu.. Walaupun tak banyak mana yang dia pinjam.. Tapi sekurang-kurangnya duit Erin yang dia pinjam tu dah lepas untuk Erin bayar minyak kereta..

Tu lah kalau nak tolong orang pun tengok dululah kebarangkalian dia membayar balik.. Kalau dia tak mampu.. sedekah je RM10 dan Erin halalkan.. Sakit hati pun tidak.. Ni macam nak kurangkan pahala puasa eden je..

Dalam surah Al-Baqarah ayat 282 menyatakan tentang hutang. Hutang merupakan sesuatu yang berat. Dosa tidak diampunkan selagi kita tidak menjelaskan hutang. Menangguhkan hutang pula merupakan perbuatan yang zalim. Maka, fikir-fikirkan lah...

Pakaian hebat berjenama...Kereta besar.. Handphone mahal.. Kalau orang tu susah tak pa lah jugak..Tapi bila orang yang mampu pinjam duit kita.. Dan tangguh bayar.. Kita jadi sakit hati pula.. Sudahlah kita tahu dia baru je dapat gaji.. Sabar-sabar itu sebahagian daripada iman.. 

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

sabar ek dear...manusia ni memang pelbagai ragam...

mirza syazwina said...

betul,kalau orang hutang kat kite..memang macam segan nak minx..

puteri airyn said...

Tu lah.. Kadang-kadang Erin hairan.. baru je dapat gaji.. dia mai tanya Erin nak pinjam duit lagi.. yang lama belum settle.. Erin tau dia malu..Tapi mungkin terdesak.. Tapi bila fikir balik.. Tengok tang gaya tak macam orang susah.. Padahal gaji dia sama je dengan gaji Erin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers