My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday, 20 March 2015

Apa kaitan Sikap Malas dengan Berfikiran Negatif?

Assalammualaikum

by yahoo image

Tetiba keluar idea nak tulis tentang sikap kemalasan dan berkaitan dengan fikiran negatif ni pulak.. Yerlah.. Selalu je dialog yang sinonim orang akan sebut.. "Ah..Aku malaslah.." Sebutlah banyak-banyak kali.. Jadi pemalas betul-betul baru tahu..Di situlah letaknya fikiran negatif seseorang.

Sikap MALAS ni memang tak ada ubatnya.. Orang yang rajin adalah seorang yang bermotivasi tinggi dan memandang sesuatu perkara itu ke arah positif..

Kalau sudah jenis pemalas.. Memang dah tahu seseorang itu penuh dengan sikap NEGATIF nya.. Tetapi amatlah malang.. Bila kita lihat seseorang itu bersikap NEGATIF.. Tetapi dia tidak mengaku..Eh siapa nak mengaku kan.. Bak kata pepatah.. Defend Mecanisme..Mesti nak defend diri sendiri.. 

Sebenarnya orang yang berfikiran NEGATIF sangatlah ego..Seseorang yang malas atau berfikiran negatif selalu menunding jari ke arah orang lain.. Atau dia akan memberi pelbagai alasan yang kadang kala tidak logik pada akal manusia..Cerdik pula dia mencari helah dan pengaruh..

Kesimpulannya.. Usahlah kita mengamalkan sikap bermalasan ni.. Berfikiran POSITIF.. Tanamkan dalam diri yang AKU SEORANG YANG MUDAH DAN SENTIASA YAKIN BOLEH DALAM SEMUA KEADAAN.. Tak usah merungut itu ini tidak boleh.. Dan tak perlulah menjadi seorang yang merenyahkan atau fussy sangat.. 

Orang yang positif adalah orang yang simple dan memudahkan orang lain.. Apa pun dia okay..Selalu orang yang rajin dan positif ni lebih sinonim menggunakan dialog.. "Aku no hal.. Okay je.." Dan seorang yang positif lebih suka tersenyum kerana dia anggap sesuatu itu bukan  perkara yang menyusahkan..

2 comments:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam erin,
akak tak rajin he3
laaaaaaarrrriiiiiiii :P

Puteri Airyn said...

Wsalam kak..hehe..tak pa tak rajin..janji sentiasa positif...selalu ckp kat diri..take it easy.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers