My LuvLy Followers
Thursday, 6 May 2010
Taraa....hehe..Aper itu???
Monday, 3 May 2010
Apakah Cinta Itu Milik Kita?
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat hampir tamat. Kelihatan seorang remaja lelaki berlari-lari anak ke arah sebuah kelas. “Amerah..” Tersentap jantung Amerah ketika namanya dilaung dari jarak 5 meter. “Saya ada benda nak kasi kat awak, hope Merah sudi” . Terukir sebuah senyuman kepada gadis comel itu dan tangan kanan terunanya masih dibelakang pinggang sambil sebungkus hadiah dipegang erat. “Akak nak masuk kelas dulu ni Afif”. Jawab Amerah bersahaja.
“Merah, hmmm..sudi kiranya terima hadiah ini sebagai tanda perkenalan kita dan saya tahu hari ini hari jadi Merah, kan?”. Gadis berwajah bujur sirih dengan kulitnya yang agak sawa matang kelihatan seperti terkeliru dengan kenyataan yang baru diterjemahkan oleh Afif.
“Errr…ini untuk akak ke? Terima kasih Afif..” Hadiah tersebut disambut dan terukir sekuntum senyuman yang memberi kekuatan kepada Afif. Tanpa berkata lagi gadis itu terus memasuki kelas untuk menyambung sesi pembelajaran yang tertangguh. Afif pula dengan riang pulang ke kelasnya.
“Apa yang kau senyum tu Fif? Kau teringat cerita kartun yang kita tonton semalam kat rumah aku tu ker?” Ibrahim cuba menyelami apa yang membuatkan remaja lelaki itu tersenyum keseorangan tanpa sebab. “Err..bukan pasal tu..” jawab afif sambil memandang ke arah Ibrahim yang sejak tadi kelihatan seperti seorang dalam kebingungan.
“Habis tu? Oh..kau mimpi puteri ye semalam. Kalau macam tu ada tandalah..” Ibrahim cuba meneka lagi. “Im..ini lebih dari puteri tau..cantik, lemah lembut, comel, cute, tak tahu aku nak gambarkan..kalau dia bersuarakan, lagi dasyat dari Dato’ Siti.” Berkerut-kerut dahi Ibrahim dengan kenyataan Afif itu.
“Cuba kau explain kat aku kejap, confuse dah ni..kau jumpa siapa sebenarnya ni?” Tanya Ibrahim untuk mendapat kepastian. Tiba-tiba Cikgu Kamala berdehem. Afif dan Ibrahim terus terkaku dan mendiamkan diri. Cikgu Kamala sebenarnya telah lama memerhatikan tingkah laku mereka berdua sejak di awal sesi pembelajaran sejarah tadi. Dia memang tidak menyukai apabila waktu mengajarnya diganggu dengan perbincangan peribadi oleh murid-muridnya. Orang kata ‘Pantang datuk nenek’. Selama 45 minit bertahan mata dan telinga akibat matapelajaran sejarah yang secara umumnya agak mengundang perasaan mengantuk. “Ok..setakat ini sahaja untuk hari ini, kita tangguh pelajaran ni pada hari Ahad minggu hadapan, dan jangan lupa saya nak nota yang lengkap oleh setiap pelajar pada esok hari. Afif..saya amanatkan kepada kamu untuk mengutip buku nota kawan-kawan kamu ye.” Setelah menyusun buku teks, Cikgu Mala terus beredar dari kelas 1 Cemerlang menuju ke Bilik Guru.
Sunday, 2 May 2010
Mentarbiah mimpi di alam fantasi
Bercerita berkaitan fantasi, kita tidak akan terlepas untuk mengimbau bagaimana hikayat-hikayat fantasi seperti Cinderella, Beauty and The Beast, The Mermaid dan lain-lain cerita fantasi yang penah kita baca, tonton di kaca television atau sebagainya. Acap kali saya lihat ramai insan yang berfantasi untuk menjadi seorang puteri atau putera. Sebenarnya perkara ini adalah normal bagi seseorang, kita sentiasa ingin meletakkan diri kita di tangga teratas sebagai suatu impost supaya diri lebih yakin untuk berhadapan dengan sesuatu situasi. Berfantasi menjadi seorang puteri seolah-olah ingin menjadikan diri setanding sebutir belian yang berkilauan. Jika saya mahu meletakkan diri saya sebagai ini " Diamond of the finest cut with many facets" dan saya yakin anda di luar sana juga punyai cogan kata untuk diri sendiri...
Catatan Popular
-
Assalammualaikum.. Tajuk yang dipaparkan agak hangat juga ni.. "Apa?? sehingga jam 12 tengah malam ni..harga petro akan dinaik...
-
Assalammualaikum. . Malaysia ni memang meriah dengan pelbagai cucur kan.. Ada yang sebut jemput.. Ada pula yang sebut cekodok..Paling E...
-
Asssalammualaikum.. "Kau tolong buat kerja ni yer.. Aku tak sempat.. Kau kan orang baru dalam pentadbiran ni.. kena lah buat semua ...
-
Assalammualaikum.. Huhuhu.. rindu kat you all semua..Lamakan Erin tak tulis di Blog ni.. Ye lah.. Erin tak sempat dan tak ada mood nak...
-
Assalammualaikum. . Masih segar lagi dalam ingatan Erin tentang pengembaraanku ke dunia lautan di Akuarium UMS di Kota Kinabalu..Tak s...
-
Assalammualaikum Okay kita sambung lagi cerita tentang pengalaman yang berharga buat semua peserta Kem Gunung Angsi 2013 ni.. Pada awal...
-
Assalammualaikum.. 8 Oktober 2013 - Tadikan Erin teman Nisa pergi rumah mak dia di Jitra Kedah.. Yeah.. waktu nak balik tu mak Nisa bek...
-
Assalammualaikum.. Gambar : Google Erin baru je selesai telefon Produa Service Center untuk booking tarikh service.. Masa call tu...
-
Assalammualaikum.. Hoho..siapa tengok darama ni.. Angkat tangan..setiap pukul 7 malam TV3.. Adoilah romantiknya cerita ni.. Sweetnya....
-
Assalammualaikum.. Manalah sangka Pengamen cilik ni dah jadi superstar.. Tapi dia masih merendah diri dan tak anggap dirinya sebagai su...

