My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 8 September 2013

Pengisian Ruangan Carta Hati Bulan September 2013

Assalammualaikum..

Sebagaimana yang you all tahu, bloglist agak penting kepada seorang blogger untuk blogwalking..Pada mulanya memang tak bercadang untuk buat bloglist ni..Tapi macam susah pulak nak berblogwalking..

Erin nak 6 orang sahaja blogger yang sudi beri link URL blog untuk di masukkan ke dalam bloglist puteriairyn.. Sebenarnya Erin dah ada 4 link URL yang telah dihighlightkan (klik sini) dalam bloglist (boleh rujuk side bar Carta HAti Top 5) yang tu memang akan berubah mengikut banyak mana you all komen di blog puteriairyn ni..

So, Erin nak cari lagi 6 link URL blog untuk Erin beri tumpuan dalam blogwalking..

1. Bloglist ni terbuka kepada followers sahaja..
2. Selalu update entri (Paling kurang pun seminggu 1 entri)
3. Selalu komen blog puteriairyn ni..(Kira wajahnya selalu naik kat carta hati mingguan amatlah 
    dialu-alukan) 

ATAU
 
4. Enam (6) orang blogger yang terawal komen entri ni..(Pat siku lipat siapa cepat Erin letak lah 
    kat dalam bloglist)

p/s : Erin perlukan 6 blog sahaja yang aktif..Untuk makluman you all ini adalah bloglist untuk bulan September 2013 sahaja.. Erin akan update pada setiap bulan. InsyaAllah.. (Walaupun blog ku ini tidak sehebat mana, apalah kiranya korang semua sudi menjadi sebahagian daripada bloglist Erin pada bulan September 2013 ni..Huhuhu..)

Sasarkan 10,000 Langkah Sehari

Assalammualaikum..

Erin tak tahu sama ada you all sedar atau tidak tentang suatu fenomena yang telah melanda masyarakat kita pada masa kini.. Jika Erin katakan femomena tersebut ialah masalah kegemukan.. Mungkin tidak segemuk golongan sumo di Jepun.. Tetapi apabila BMI kita melebihi dari berat idea, itu maknanya dah gemuk lah tu.. Jangan nak nafikan yer..

Before that, apa kata kita check dulu Body Mass Indeks (BMI)

BMI =  Berat badan (kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)

BMI kurang dari 18.5 = Kurang berat badan
BMI 18.5 hingga 23 = Idea
BMI 23 hingga 27.4 = Brat badan berlebihan
BMI 27.5 atau lebih = Obesiti (berat badan paras bahaya)

Okay..kita tinggalkan bab BMI..Dan sekarang fokus kepada apa yang Erin nak share dengan you all kat sini..Sasarkan 10,000 Langkah Sehari..Memang sesuailah dengan isu kenaikan harga minyak RON 95 dan Diesel yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni.. Maka gunalah kaki untuk melangkah disamping mendapat kesihatan yang baik.. Rata-rata kita bekerja dalam pejabat yang mempunyai penyaman udara. Ia adalah suatu faktor penyumbang kepada beberpa jenis penyakit. Tambahan pula sikap kita yang sememangnya malas untuk berjalan ke sana ke sini.. Amat berbahaya..


SASARKAN 10,000 LANGKAH SEHARI UNTUK HIDUP AKTIF

Jom mengira langkah you all dalam sehari..

Kurang daripada 5,000 langkah = Sedentari (tahap tidak aktif langsung, kira macam siput sedut lah)
5,000 - 7,499 langkah = Kurang aktif
7,500 - 9,999 langkah = Sederhana aktif
Lebih daripada 10,000 langkah = Aktif
Lebih daripada 12,000 langkah = Sangat Aktif

Berjalan 10,000 langkah boleh disamakan dengan aktiviti-aktiviti berikut:

1. Berenang selama 90 minit
2. Berbasikal selama 70 minit
3. Perjalanan sejauh 6-8 km
4. Bermain bola sepak selama 90 minit

Jom lihat faedah berjalan kaki

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
2. Mengurangkan risiko penyakit diabetes
3. Mengurangkan risiko kanser usus besar, payudara dan prostat
4. Mengurangkan risiko osteoporosis
5. Menurunkan paras kolesterol dalam darah
6. Mengawal tekanan darah
7. Membantu mengawal berat badan
8. Mengurangkan stres
9. Mengekalkan kekuatan otot


Panduan Brisk Walking

1. lakukan regangan sebelum berjalan
2. Lakukan regangan selepas berjalan
3. Pakai pakaian yang sesuai
4. Tetapkan matlamat-jarak dan masa
5. Minum air secukupnya
6. Minum air secukupnya
7. Lakukan senaman berjalan 3 hingga 5 kali seminggu
8. Berjalan ikut kemampuan

Thanks for reading and leave your comment

Donate Organ To Save LIFE

Assalammualaikum..

Hai you all..


Pernah dengar tentang KAD PENGIKRAR tak?? Kad ini akan diperolehi apabila kita register untuk menderma sebahagian dari organ kita kepada yang memerlukan.. Bagus jika kita ada sikap untuk menderma organ kepada yang amat memerlukan..

Erin belum lagi isi borang untuk derma organ ni.. Teringin juga untuk berbakti kepada yang memerlukan..Okaylah kita discuss sikit tentang bab ni yer.. Sekadar kongsi info, jika ada yang berminat bolehlah register nanti..Yang penting nawaitu apa yang kita lakukan adalah kerana LillahiTaala..InsyaAllah semuanya okay..

Ye lah.. siapa yang sanggup berbuat demikian kan.. Tak ramai yang sanggup.. Tetapi jika ada diantara keluarga kita yang memerlukan kudrat kita.. Kita jua terpaksa lakukan demi menyelamatkan satu nyawa.. Sedih pulak kan bila sentuh bab macam ni..

p/s : Untuk makluman you all transplan organ ini akan dilakukan setelah kita meninggal dunia..

Jom baca info yang akan Erin paparkan disini.. Jika ada maklumat tambahan apalah kiranya you kongsikan dengan Erin.. Bila berkongsi pengetahuan, minda kita lebih terbuka..


SIAPAKAH YANG LAYAK MENJADI PENDERMA?

Sesiapa sahaja boleh boleh mendaftar sebagai penderma (kurang daripada 18 tahun perlulah mendapat kebnaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu)

APAKAH ORGAN DAN TISU YANG BOLEH DIDERMAKAN?

Secara umumnya atau kebiasaannya organ-organ yang boleh didermakan ialah seperti :
1. Buah pinggang
2. Jantung
3. Hati
4. Paru-paru
5. Pankreas

Tisu-tisu pula terdiri daripada :
1. Mata
2. Tulang
3. Kulit
4. Injap jantung

ADAKAH TERDAPAT BANTAHAN DARI SUDUT AGAMA?

Tiada sebarang bantahan di dalam mana-mana agama berkaitan pendermaan organ atau tisu dan ia dikira sebagai suatu amalan yang mulia kerana mampu menyelamatkan nyawa orang lain setelah kita meninggal dunia.

BAGAIMANA JIKA BERUBAH FIKIRAN MENDERMA?

Tiada paksaan di dalam hal ini. Jika berubah fikiran seorang penderma itu boleh memberitahu keluarga berkenaan penarikan dari menjadi penderma dan memulangkan semula Kad Pengikrar kepada pihak pengeluaran kad tersebut.

ADAKAH PROSES PENDERMAAN ORGAN AKAN MELAMBATKAN URUSAN PENGKEBUMIAN JENAZAH?

Jawapannya adalah tidak..Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG PENDERMA ORGAN?

1. Perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma.
2. Borang yang telah lengkap dihantar kepada Pusat Transplant Nasional
3. Kad Penderma hendaklah disimpan di dalam dompet dan dibawa bersama pada setiap masa.

p/s : Anda dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang pendermaorgan kepada keluarga anda terlebih dahulu. Jika berminat boleh lawati laman sesawang ni http://www.agiftoflife.gov.my/

Itulah sedikit sebanyak penerangan tentang bagaimana untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu..Erin pun sedang berfikir ni sama ada nak jadi penderma ataupun tidak..Yang penting nawaitu LillahiTaala..

Info berguna kita kongsi bersama..Thanks for reading and leave your comment..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer