My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 13 July 2013

SaJaK : AnUGeRaH UnTuK MaMa


Berita kejadianku..
Adalah suatu kegembiraan buatmu..
Di setiap purnama kau menanti saat kehidupanku
Degup jantungmu berdebar menghitung harinya

Disaat tubuh kecil terpisah dari tubuhmu..
 Disaat itu jua air matamu berguguran..
Tanda mensyukuri nikmat Tuhan..
Terasa nyaman dahiku kerana kucupanmu, mama..

Tubuhku yang kecil kau dakap berkali-kali
Terasa kasih sayangmu..
Aku adalah insan yang paling bertuah..
Kerana telah lahir dari rahimmu..


Mama..Aku juga terharu
Kerana kau mampu lahirkanku
Sembilan purnama kau menjaga kandunganmu
Sakit perikmu kau biarkan jua demi ku lahir ke dunia

Jika dilembarkan aku segulung permintaan
Biar pelangi kudus jadi anugerahnya..
Jika  dilembarkan aku dengan segulung permintaan lagi
Biar syurga firdaus tempat tetapmu nanti..

Idea : Puteri Airyn July 2013

Thursday, 11 July 2013

SeRBa SaLaH

Assalammualaikum..

Hai semua.. Tajuk entri Erin kali ni adalah SERBA SALAH

U know apa maksud serba salah??

Ye.. Buat itu tak kena..Buat ini tak kena.. Semuanya salah, semuanya tak betul..Apa yang betul..Erin pun tak tahu...

Ni nak cakap skit lah soal kahwin..

Kahwin awal..
Orang akan cakap gediks nya budak tu.. Muda lagi dah gatai nak kahwin.. Hello..tu jodoh dia..Dah tertulis dia akan kahwin awal..So, apa masalahnya? Sedangkan ia tak da kaitan pun dengan U.. Sibuk je dia nih...

Kahwin lewat..
Knapa ye dia tu kahwin lewat sangat.. Tu lah memilih je...Last-last bukan kahwin dengan Tan Sri or somebody.. Tapi orang kebanyakkan je.. MasyaAllah..Sampai macam tu skali umpatan..

Andartu / Antartu
Apa ke peliknya dia ni sampai sekarang pun tak kahwin-kahwin lagi..Tak da orang nak atau dia ada masalah S***..Dia tak da nafsu nak kahwin ke??

Majoriti kita selalu selak kain orang lain sebelum selak kain sendiri.. Ini lah pemikiran yang harus dikikis buang..Don't judge tentang kehidupan seseorang kerana Allah itu Maha Mengetahui..

Kerana suara-suara sumbang orang lain..Diri kita jadi serba salah..Sometimes boleh tertekan..

SaJaK : KeMBaLiLaH


Aku musafir..Kau juga musafir..
Kita sama berhijrah di bumi Tuhan..
Sungguh kita tidak tahu akan kealpaan perjalanan ini
Kadang kala kita bagai hilang arah tuju..

Kembalilah..Kembalilah..
Jangan terus kita tersesat..
Jangan terus kita dibelenggu dosa semalam..
Sempurna itu bukan milik kita..

Dalam mencari segugus kasih.
Kita menidakkan sesuatu yang nyata..
Mengapakah oh mengapakah..
Tidakkah kita rasa itu dosa..

Kembalilah..Kembalilah..
Bukan masa lampau jadi matlamat
Jangan kita leka lagi..
Masa depan sebenar arah tujunya

Jika ingin terciptanya kasih..
Jika mahu terwujudnya sayang..
Dalam sujudmu berdoalah..
Sesungguhnya Yang Maha Esa juga Maha Mendengar..

DIA lah penentu segalanya..
Kembalilah..Kembalilah..

Idea : Puteri Airyn July 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer