My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday 18 October 2013

Tips Menjadi Orang Yang Disenangi

Assalammualaikum..

Hai you all.. Erin in the house..!! Wah happy-happy je Erin hari ni..Kenapa eh?? Err.. Nothing..Saja buat-buat happy.. Hahaha..

Okay-okay..Berbalik kepada tajuk entri Erin tu berkaitan dengan Tips Bagaimana Menjadi Insan Yang Disenangi ramai..Yerlah, kita janganlah baget kita bagus sampai orang di sekeliling rasa kurang selesa dengan kehadiran kita.. Asal kita ada je mereka rasa semak perut.. Ah macam mana tu?? So, perbanyakanlah muhasabah diri ke arah kebaikan..

Tak salah buat baik dan menyenangkan orang lain.. Dapat pahala lagi tau...



1. Menerima Perubahan

Kiranya macam you all ni pandai bawa diri.. Bak kata orang masuk kandang kambing mengenbek dan masuk kandang lembu mengeboh. Menjadi seorang yang lebih terbuka fikiran dan boleh menerima segala persekitaran dengan redha.. Eh.. bab redha dan sabar ni, Erin pun kadang-kadang tercundang juga..

2. Mendengar Dengan Lebih Baik

Menjadi pendengar yang baik bagi kawan, sahabat atau rakan sekerja you all tu merupakan sesuatu yang amat baik. Tapi you all mesti ingat jangan masalah kawan you all tu, you all pula yang terlebih emosional. Masa mendengar tu, dengarlah dengan sebaik mungkin dan jangan sesekali memotong cakap atau memberi kritikan yang mematahkan semangat kawan you all untuk bercerita. Kesian kat dia..Dan jadilah seseorang yang bersikap natural dan matang.

3. Rahsia Mesti Dijaga

Haa.. Kalau kawan you all tu cerita sesuatu kat you all..Tambah-tambah ianya bersifat rahsia.. Jangan la sesekali dok canang sana sini pula ye.. Nanti dia dah tak percayakan you all.. Bukan itu saja, bahkan dia nak kawan dengan you all pun dia akan fikir banyak kali. Lepas tu you all akan dilabelkan sebagai 'Mulut Becok' nak ke? Mestilah tak nak kan kan..

4. Mengingat Nama Dengan Baik

Aisemen.. Bab yang ni Erin pun kadang kala jem juga..Ye lah kawan kan beribu riban. Bila lama tak jumpa terlupa nak ingat nama pula. Oleh yang demikian, you all kenalah selalu praktis minda untuk selalu mengingat yer.. Bila kita ingat nama depa, baru depa syok kawan dengan kita.. Tak gitu Mak Jemah nyer.. Hehe

5. Jauhi Berpuak-puak

Best ke hidup berpuak-puak.. Sebolehnya you all janganlah berkawan hanya pilih yang sebulu.. Apalah Erin ni bulu pula.. Yelah.. Kawan je dengan semua orang.. Bak kata orang, 'Kawan biar beribu, Berkasih biar satu..' Tak gituu Cik Bedah nyer.. Hehe..

6. Berjenaka

Kalau nak ramai kawan, you ni mestilah ada sifat kelakar sikit-sikit.. Jangan over sudah.. Tok sah lah dok jadi orang yang serius sangat.. Nanti orang nak kawan pun naik seram ye tak? Bergurau pun kena tengok situasi juga ye.. Kalau kawan you all tu tengah naik angin kus kus.. You all pula buat lawak, memang nak kena penampor sedas tu..

Okay tu je point berkaitan Tips Menjadi Orang Yang Disenangi ramai..Sekian Terima Kasih sebab sudi baca dan komen.. Sayang You All.. !!




12 comments:

Lieya Von Jay said...

tq for sharing yer kak erin ^_^ kebanyakan yang kak erin list kan tu memang selalu saya buat

Unknown said...

thanks sbb kongsi :)

wanariahamiza said...

Terima kasih atas perkongsian. :)

Nik Ainaa said...

yg jauhi berpuak2 tu biasanya xdpt org perempuan elak. mesti ada jea sekelompok2. yg sna mgumpat hal dia ni yg sini pulk mgumpat hal dia tu. macam2
btw nice sharing. sama2 kita perbaiki diri

shazillahsani.com said...

Yg berpuak tue mmg dah jd tradisi dan tdk boleh di elakkan lg..

norhasnizakhalid said...

setuju dengan semua tips-tips di atas.. :) terima kasih atas perkongsian..

Mizz Aiza said...

yang no.4 tu aiza selalu tersilap panggil orang.. huhu.. nasib baik kawan-kawan memahami.. aiza susah sikit nak ingat nama orang.. masa komen kat blog pun pernah tersasul sebut nama blogger lain.. hihi..

Anonymous said...

setuju setuju ^^ nice sharing

Tetamu Istimewa said...

Berbuat baiklah kita kepada semua orang, pasti orang akan menyayangi ataupun menyukai kita.

sha (chirp chirp) said...

yeaahh! tapi tak semua org kita boleh puaskan. buat jela yg terbaik. kihkih

ANIM said...

no.4 tu bila dah berusia, bermasalah buat kak. kadang2 ingat rupa tapi tak ingat nama. puaslah kita pusing sana pusing sini tapi terlupa nama. kadang2 terpaksa guna taktik utk pastikan kawan kita tu tak berkecil hati bila kita lupa namanya..huhu

Pha Is said...

part nk ingat nama pun pha is agak fail jugak.. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer