Assalammualaikum
Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung di
mana semua rakyatnya amat rajin. Tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari,
rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa
perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku paling malas.
Katanya : Saya adalah paling malas.
Raja pun bertanya : Apa tahap malas awak?
Lalu jawab lelaki tersebut : Kalau saya hendak
makan, ada orang yang menyuapkan.
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : Saya
lebih malas lagi daripada dia,Tuanku.
Tuanku pun bertanya kepada dia : Sampai tahap
mana pula malas awak tu?
Maka jawabnya : Kalau saya makan pun, sampai
ada orang tolong kunyahkan.
Maka raja pun terdiam...
Tanpa disangka-sangka datang seorang budak
lelaki kepadanya sambil berkata : Sayalah yang paling malas, Tuanku.
Raja pun bertanya : Bagaimana pula tahap
kemalasan awak?
Budak itu pun menjawab : NAK CERITA PUN MALAS!
Memang dasyat betul budak lelaki itu
kan..Kalau dah nak cerita pun malas.. Memang dia seorang yang pemalaslah..
Hehehe.. Cerita dongeng yang dikutip daripada Diari Muslimah 1433H – 1434H
(2012)
10 comments:
hahaha..lawaklaa..mmg mls betul nmenye tu..:p
anyway, nice entry akak..:)
Thank you Arin :-)
hehe.. tu memang dah betul-betul malas tu erin.. :D
Hehe..tau tak pa.. :-)
hehehe..kalau la budak tu ada rasanya nak cubit-cubit je pipi dia..boleh tak bayangkan muka dia bila dia cakap nak cerita pun malas..
hahaa,cerita yang kelakar tapi ada pengajaran gak tu,hee
Memang nak kena buang kelaut kalau tahap malasnya sampai macam tu sekali.
Haha! Kelakar betul.
hehehehe..saya pun malas juga nak dengar crta malas kamu..hahahahaha...
Post a Comment