My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday 18 July 2013

SaJaK : AnTaRa CiNTa DaN SeTiA

(Pemandangan di Marina Kuala Kedah pada 2012)
Cinta dan setia bukan maksud yang sama
Cinta itu perasaan
Dan setia itu tindakan
Yang manakah kau rasa lebih kesan?

Jika cinta yang kau maksudkan
Pasti ia hanya kasihan
Jika setia yang kau maksudkan
Mungkin ia suatu pengakhiran..

Jika kau gabungkan cinta dan setia..
Ia akan menjadi suatu ikatan istimewa..
Jika kau ceraikan cinta dan setia
 Kau akan temui kecewa

Sungguhnya jika kau bercinta
Pasti kau akan setia..
Tak mungkin terpisah 
Antara rasa cinta dan setia..

Jika benar kau kata ia mampu dipisah..
Aku tidak percaya..
Kau hanya omong kosong sahaja..
Kata cinta tapi tak setia..

Maka lupakan saja kita pernah berjumpa
Kerana kau suka berkata dusta..
Terima kasih atas segalanya..
Kerana yang nyata cinta kembarnya setia..

Idea : Puteri Airyn July 2013


4 comments:

Mizz Aiza said...

cinta dan setia tidak dapat dipisahkan.. jika tidak setia, hilanglah cinta..

Unknown said...

Betul tu aiza.. :-)

Aida Ismail said...

Kalau betul cinta, mesti la kita akan setia :)

Unknown said...

Sebab tu..tipu jika ada yang kata cinta tapi tak setia.. jangan percaya janji-janji manis seseorang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer