Assalammualaikum..
Apabila sebut berkaitan sedekah bukanlah seseorang itu ingin menunjuk keriyakan atau sifat bangga. Tetapi ia bergantung kepada suatu niat. Niat untuk menjadi contoh kepada orang lain agar mengamalkan sikap bersedekah ini. Jangan lokek untuk memberi kerana pepatah ada mengatakan TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARI TANGAN DI BAWAH. Lagipun bersedekah ini tergolong dalam situasi bantu membantu sesama insan. Jika kita perolehi sesuatu itu dengan banyak, apa kiranya kita memberi sebahagian kepada orang lain yang memerlukan.
Hadis –hadis yang
berkaitan sedekah
Daripada Abu
Hurairah (r.a), beliau berkata, “Seseorang datang menemui Rasulullah(s.a.w) dan
bertanya, Wahai Rasulullah, sedekah yang bagaimanakah yang paling besar
pahalanya? ‘Baginda menjawab ,’Engkau bersedekah ketika waktu sihat, amat amat
memerlukan harta itu, diselimuti perasaan khuatir miskin, dan berangan-angan
menjadi orang kaya. Jangan kamu menangguhkan (sedekah) sehingga apabila ajal
telah sampai di tengorokan, maka engkau berkata,’ Untuk si fulan sekian, untuk
si fulan sekian.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Hukum Bersedekah
Sebaik-baik sedekah
adalah menyedekahkan sesuatu yang paling dicintai. Ini dapat dilihat dalam
sabda Rasulullah(s.a.w) tentang sedekah yang paling afdal disisi Allah s.w.t
adalah “ Sesuatu yang paling berharga disisi pemiliknya.”
Sedekah memiliki
kesan luar biasa di dalam jiwa, disamping menjadi bukti sejauhmana kebenaran
iman seseorang kepada Allah s.w.t . Keutamaan sedekah terletak pada kerelaan
hati dan kecintaannya kepada kebaikan, bukan diukur dengan berapa banyak harta
itu dikeluarkan. Kadang kala dengan sedekah yang sedikit, seseorang dapat
meraih pahala yang setara dengan sedekah orang lain dalam jumlah yang banyak.
p/s : Sharing is caring.. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.. Saling memperingati ke arah kebaikan.. :-) Info ni Erin ambil dari sebuah buku yang Erin baca di Perpustakaan Awam Negeri Kedah.
KISAH-KISAH KEAJAIBAN BERSEDEKAH
Penulis : Khalid
Bin Sulaiman Al-Rab’i
Keluaran :
Al-Hidayah
7 comments:
Selamat berhujung minggu Kak Erin. Ya, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
satu perkongsian yang baik kak =) terperinci je dengan hadis..tanamkanlah dalam diri dgn sifat sedekah..tak rugi pn bersedekah
entry terbaik ni erin..dalam harta kita..ada hak orang lain juga..lebih banyak kita memberi..bertambah banyak kita terima rezeki Allah..kadangkala tidak terjangka..selamat berhujung minggu erin :)
sedekah itu bukan mengurangkan harta malah ia satu ditambahkan lg harta dan BONUS pahala.perkonsian yg naik kak :)
Suka betul saya baca blog kak erin. Berinformasi.
perkongsian yang baik erin.. betul tu, tangan yang membri lebih baik dari tangan yang menerima.. yang penting kena ikhlas memberi..
perkongsian yg baik
Post a Comment