Assalammualaikum..
Bersebal hatiku dek kerana kata-katamu itu,
Lumrahkah engkau bicara begitu?
Kau tidak pedulikan lagi aku siapa
Malah kau cuba usir perasaan sayangku
terhadapmu
Biarpun aku bukan insan yang sempurna,
Sekurang-kurangnya kau beri alasan yang boleh aku terima,
Aku bukan pengemis di jalanan,
Aku juga manusia sepertimu yang punya maruah..
Masa kau tiada sesiapa,
Akulah yang engkau sapa,
Tapi bila kau sudah ada semuanya,
Kau lupa aku siapa..
Bukan pernah untuk aku ungkitkan semuanya,
Tapi dek sikapmu yang alpa, aku terpaksa
bersuara,
Jika kau dah tak suka
Biarlah aku undur dalam duka dan lara..
Terima kasih di atas segalanya..
11 comments:
jangan sedih-sedih erin..
Hehe..saja buat puisi sedih macam ni.. :-)
Sentiasalah berfikiran positif, tak gitu.
manusia memang mudah lupa, erin..
sudah lumrah
Kecewa memang memenatkan, tidak dapat menerima segala perlakuan dia pada kita tetapi dihati kita masih sayang dan belas kasihan ;)
don't be sad airyn...
dalam maksud puisi ne.. janganlah sedih2 kak. keep smile okeyh :)
teruklah kalau ada mcm tukn..tp ramai je kt luar sna, mmg seorang yg xpndai nk hargai..bukan sng nk cri psangan ni..
jangan bersedih erin,.. ceria-ceria saja, insyaallah akan lupa apa yang kita sakit itu..
alhamdulillah..erin berbakat la dalam penulisan..
hmm.. usah diharap kepada yg tak sudi.. :)
Post a Comment