My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 29 October 2013

Rambut Sihat Dengan Telur

Assalammualaikum..


Tahukan bahawa rambut kita akan sihat dan berkilau jika menambahkan telur di dalam syampu yang kita guna.. Bunyi pun pelik..Entah-entah you all pun fikir perkara yang sama macam Erin sedang fikir ni.. Err..tak bau hanyir ke nanti?? Betul tak??

Sebagaimana yang kita tahu telur sememangnya kaya dengan sumber protein dan ia berfungsi untuk menguatkan akar rambut dan dapat menghindarkan rambut yang kusam.

Tapi agak-agaklah kan bila nak taruk telur mentah tu atas kepala..Fikir dua tiga kali jugak ni..Ni pun petua yang Erin dapat dari majalah..

Mari sini Erin nak bagitahu cara-caranya..

Pertama sekali, kita perlukan 1 biji telur mentah, 1 sudu makan minyak zaitun, 1 sudu makan perahan lemon dan 1 sudu makan syampu.. Eh sudu makan.. bukan nak suruh makan syampu tuuu...Huhuhu..

Kedua..Gaulkan semua bahan tadi dalam satu mangkuk sehingga sebati..Kemudian basahkan rambutdan sapu campuran tadi secara lembut. Dan akhir sekali cuci rambut hingga bersih dengan air sejuk. Lepas tu guna perapi rambut dan bilas sekali lagi..Siap..!!

5 comments:

shazillahsani.com said...

wahhh..menarik info nie..kalau rajin boleh praktik kat umah...hihihi

Akupenghibur.com said...

wahh tapi tak sanggup rasanya ..ohh noo!!

Pha Is said...

nice share.. dari segi teorinya, mmg telur ada banyak khasiat.. mungkin petua ni boleh berhasil..

Mizz Aiza said...

pertama kali aiza dengar petua ni erin.. terima kasih berkongsi.. telur tu ambil putih dan kuningnya sekali la ya?

Unknown said...

Erin pun tak pasti sama ada ambil kesemua telur tu atau yang putih dan kuning sahaja.. Mungkin kedua-duanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer