My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 30 October 2013

Sepetang Di Kuala Tunjang

Assalammualaikum..

Kadang kala perkara yang tak dirancang tulah yang menjadi.. Last minutes buat plan nak pergi jalan-jalan di petang hari..Tempat pilihan kami sekeluarga ialah Kuala Tunjang..

Seriusly tak plan dan kami pun tak tahu yang nama tempat tu ialah Kuala Tunjang.. Main ikut taya kereta je.. Last-last sampai ke destinasi yang tidak diketahui namanya.. Hehe.. Kuala Tunjang ni terletak berhampiran sempadan Perlis..Suasana petang di Kuala itu ku hayati dengan penuh ketenangan. Semilir anginnya sangat meresap ke jiwa..



Inilah jeti Kuala Tunjang.. Boleh dapat ikan-ikan segar di sini tau..


Ini pulak modelnya.. Hehe.. Ni Erin lah..


Setenang air di Kuala.. Kalau Tuan Hamba orang yang bijak bistari.. Cuba teka Apa yang sedang budak dua orang tu buat yer??


Semilir angin di kuala meruntun jiwaku.. Ku pejamkan mata untuk merasai bayunya.. Cewah.. bermadah pujangga pulak dah..


Jauh di suatu sudut kuala kelihatan usangnya perahu.. Apalah nasib engkau yer perahu usang.. Masihkah berkhidmat kepada nelayan persisir pantai..?



Sesudah menghayati pemandangan dan merasai bayu laut di Kuala tu.. perut pun terasa lapar.. Yerlah makan angin mana nak kenyang kan.. Kat situ ada gerai makanan.. Jadi kami pun singgah.. Ni lah menu yang Erin order.. Bihun sup siam.. Oh sedapnya tak terhingga.. Cakap kat Abah.. Next time boleh singgah lagi sebab sedap dan harga pun berpatutan.. Yeah.. Sekian cerita dari Kuala Tunjang..

20 comments:

JunAina said...

Walaupun akak org Perlis memang tak pernah sampai Kuala Tunjang ni...

Scripters said...

Entri kak erin pasal Tg Dawai, masih ida ingat sampai kini, nak2 klu dgr lagu cinta pantai merdeka, ada diselitkan tg dawai dlm liriknya.

Nora Karim said...

wah menarik juga pemandangannya...

wanariahamiza said...

Alamak kak Erin! Tengah syok tengok gambar pemandangan... Tiba tiba zuuup, keluar gambar makanan pula. Aduhhhh~ Terliur.

Pha Is said...

dah agak dah.. bila ada tempat yg tepi laut mcm ni, mesti ada kedai makan.. heheh

ANIM said...

bihun sup siam..cam sup thng ke erin?
budak tu cari kepah, agaknya lah

blogger lelaki said...

budak tu tgh cari apa tu

PeRdU cINta said...

bihun sup siam..wah makan time-time hujan ni mesti menyegarkan..angin sepoi-sepoi bahasa tu erin sangat menenangkan..nikmat-nikmat..

Akupenghibur.com said...

wemmm x pernah pergi ke sana .. nak jugak pergi ..cantik gambar

Mirza Rohizat said...

lawanye model tu..seronok jlan kan :)

Unknown said...

Memang best dok kat tepi kuala.. Budak-budak tu tengah main lumpur je.. Sebab ayah depa saja bawa depa tu jalan-jalan kot..Bihun sup siam ayam.. memang sedap rasa masam dan pedas.. Ada letak batang kangkung dan taugeh..

Kai Ssi said...

nampak tenang je kat sana..
best kalau untuk merehatkan minda..
bihun sup dia nampak sedap..
banyak bahan2 dia..
╔════════════════════════╗

║ My Blog ► http://abgdude.com/blog

╚════════════════════════╝

Tetamu Istimewa said...

Apalah saya ni, orang Kedah pun tak pernah pergi lagi.

Unknown said...

Cikgu Helmi.. Kak Erin pun selama dok kat kedah ni.. first time sampai.. Dah la nama tempat tu pun kak Erin tak tahu.. hehe.. Nasib Mak cik kedai sup siam tu yang bagi tahu tempat tu nama Kuala Tunjang..Cantik view kat kuala tu.. Kalau ada yang minat memancing bolehlah ke situ..

Nory Zoulkefle said...

first time nory dengar nama kuala tunjang ni...

Mizz Aiza said...

terliurnya aiza tengok bihun sup tu erin.. sedap dimakan di petang hari.. suasana di tepi laut sungguh mendamaikan.. dah lama aiza tak merasainya..

Unknown said...

segar pemandangan.. segar ikan.. tuan blog pun wajahnya segar...

Fais-SKA said...

kampung nelayan ke kak?? nmpak tenang je =)

TelingaBulat said...

biun sup siam mcm sdp laa..ape beze ngn bihun sup biase?

Unknown said...

Bihun sup siam ni rasa dia masam sikit.. Pastu ada sayur kangkung dan juga taugeh.. pastu letak bebola ikan..dan letak sos ikan.. memang sedaplah rasanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer