My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday, 15 August 2013

GaLaU HaTi

Sehingga kini aku sukar lenyapkan apa yang engkau ucapkan kepadaku..
Segalanya tersimpan kemas dalam benak fikiranku..
Bukan aku tidak pernah untuk mengikiskan kenangan antara kita..

Setiap kali aku cuba lupakan..
Setiap itu juga air mata membasahi pipiku..
Hatiku menjadi terlalu galau..berkecamuk dan remuk..
Mungkinkah aku masih berharap agar ada ruang hatimu untuk ku?

Dalam aku berkecelaru.. Aku masih waras untuk menerima segala takdir..
Sehinggakan aku pernah berfikir, adakah lebih baik antara kita dipisahkan oleh kematian daripada menanggung seksa melihat salah seorang daripada kita bahagia bersama insan lain..

Pernah jua aku menganggap kau telah mati dan tiada di dunia ini..
Dan aku acap kali memandang pusara milik orang lain yang sudah ku anggap seperti itulah pusaramu..
Sesungguhnya pernah seorang sahabatku berpesan kepada aku agar jangan mencintai insan yang tidak pasti seperti dirimu.. 

Tetapi aku tidak dapat menolak kehendak hati yang telah memilihmu sebagai insan istimewa itu..
Menerima dirimu ketika aku telah dikecewakan oleh insan terdahulu..
Merupakan kesilapan paling besar yang pernah aku lakukan sehingga hatiku remuk berkecai..
 Aku rasa ini adalah tidak berbaloi langsung..

Kesungguhanmu pada awal perkenalan telah meyakinkan aku bahawa engkau adalah insan terpilih itu..
Ternyata aku terlalu silap menilai manusia..Akhirnya padah itu aku terima..
Kerana terlalu bimbang diri ini dikhianati lagi.. Aku telah menutup pintu hatiku untuk menerima sesiapa lagi..

Segalanya aku serah kepada Illahi.. Pilihan Illahi adalah melalui ikatan yang sah.. Beserta akad dan nikah..
Aku tidak akan mengenali insan pilihan itu terlebih dahulu kerana aku bimbang akan jatuh hati lagi pada insan yang tak pasti seperti dirimu..

Aku mengerti ketidaksempurnaan diri ini..
Aku redha walaupun aku bukan pilihan hatimu lagi kini..
Semoga aku terus tabah menghadapi liku-liku perjalanan hidupku..
Sebelum mata tertutup rapat.. Segala janjimu aku pegang sehingga nafasku yang terakhir..

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Monolog hati yang bermakna. Tahniah!

Unknown said...

Yang nyata bukan sekadar illusi..Kisah benar ni..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer