My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday 14 August 2013

KiSaH HaNTu MaK CiK KaRiPaP

Assalammualaikum...

Ni bukan kisah Hantu Kak Limah yer.. Ni Erin nak cerita pasal Hantu Karipap yang selalu diuar-uarkan oleh student matrikulasi kononnya... Erin pun agak hairan.. Masa Erin masuk Kolej Matrikulasi Penang..Memang cerita ni famous amous..Pantang kami nak study lewat malam sikit..Mulalah kawan-kawan cakap.. "Hangpa tak takut kat Mak Cik Karipap Ka?" Aku pun tanya.."Betulkah kisah Makcik Karipap ni? Lagu mana ceritanya?"

So, kawan Erin pun mula bercerita..

"Hangpa tau tak kak senior masa kita orentasi dulu tu cerita kat aku..Dia kata kawan dia study sampai lewat malam seorang diri..Lepas tu dia dengar ada orang ketuk pintu..Dia ingatkan felow asrama yang ketuk..Dia pun buka pintu..Sekujur tubuh seorang wanita berdiri tepat di hadapan dia..kat tangan wanita tu ada sebuah bakul. Wanita tu pun bertanya samaada student tu nak beli kuih ataupun tidak..Kemudian wanita tu membuka bakulnya yang asyik tertutuyp saja.. Bila buka..Haaaa..ada batu nisan..Pastu student tu pun pengsan..Bila dia sedar..Dia pun cerita kepada kawan-kawannya yang lain..Eeee..seram.."


Haaa... Erin  ingatkan kat Matrikulasi Penang saja ada cerita ni..Bila Adik Erin pun masuk Matrikulasi Negeri Sembilan..Dia pun cakap kat asrama dia ada Mak Cik Karipap.. Tapi dia tak pernah terjumpa lagi..Masa dia cerita tu..Erin dah rasa macam nak tergelak cuma belum terkucir je.. 

Dasyat jugak yer Hantu Mak Cik Karipap ni.. Dia asyik serang asrama Kolej Matrikulasi je..Semua kolej ke dia serang..?? So, student mana-mana Kolej Matrikulasi perlulah alert dengan cerita dongeng seperti ini..Tujuannya untuk menakutkan kamu ketika study lewat malam..Kalau diri sentiasa ingat Allah..Segala hantu Kak Limah ke, hantu Makcik Karipap ke..Kita tak takut..Yang perlu takut hanya pada Allah Yang Esa sahaja.. Go study go study.. pedulikan apa orang nak cerita..jeles je orang nak study lebih sikit kan kan.. hehehe..

1 comment:

Tetamu Istimewa said...

Selalunya asrama selalu timbul cerita begini. Entah betul entah tidak hanya yang pernah alaminya saja yang tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer