Assalammualaikum..
Nak sembang perihal bagaimana nak jadi seorang penulis dalam part 3 ialah membincangkan sesuatu yang penting untuk menulis..Apa yang perlu ialah :-
Kamar, Suasana, Komputer, Talian internet, Bahan sumber rujukan
Kamar (Bilik)
Majoriti seorang penulis akan mempunyai sebuah bilik persendirian dimana menjadi tempat untuk dia mencari ilham atau idea.
Suasana
Selalunya penulis akan mula menulis dalam suasana yang sunyi dan tenang, jarang sekali kita mampu mengolah idea dalam keadaan yang bising dan riuh rendah. Namun begitu tidak dinafikan ada juga penulis yang mampu menulis dalam suasana yang bising. Itu mungkin suatu kelebihan yang ada pada diri penulis.Selain itu ada juga penulis yang memilih untuk ke destinasi percutian semata-mata bagi menghasilkan karya. Contohnya, memilih resort di kawasan pergunungan, percutian di pulau-pulau, Kawasan Air Terjun dan sebagainya.
Komputer
Komputer merupakan alat yang penting untuk menghasilkan sebuah karya. Jika dahulu penulis akan menggunakan mesin taip. Zaman serba canggih, komputer riba paling layak untuk dimiliki oleh seorang yang bergelar penulis. Segala hasil penulisan akan disimpan di dalam komputer tersebut dan mudah dibawa secara mobile.
Talian Internet (Broadband atau WiFi)
Dalam era permodenan yang selalu dikaitkan dengan alam cyber, penulis boleh mencari bahan rujukan dengan begitu cepat. Diibaratkan internet sebagai library cyber. Namun begitu, segala bahan haruslah ditapis dahulu kerana tidak semua bahan yang terdapat dilaman cyber itu sahih.
Bahan sumber rujukan
Bahan-bahan yang dijumpai melalui keratan akhbar, buku-buku yang diikhtiraf dan kamus dewan bahasa merupakan suatu yang penting untuk menulis.
11 comments:
semua dah ada..tp idea yg xde..hehehe
betul kata cik mun tu erin.. hehe.. idea je aiza takde lagi..
Erin pun tak da idea jugak.. hehe.. tak pa..pelan-pelan cari idea..
Saya hanya boleh menulis dalam keadaan tenang dan tenteram. Kalau bising memang tak berjalan penulisan tu.
Kak Erin, dah sertai Pencarian Bloglist Tetamu Istimewa? Jemput sertai sebelum tamat jam 8 malam ni. Tinggalkan link sekali ya.
kak kena lari masuk hutan, baru idea masyukkkk..hee
setuju..nak tambah satu boleh..semangat kena kuat tatkala dugaan datang melanda..dan mesti tabah hati..hehehe..
byak akak kongsi =) smuanya bernas..akak ni seorg penulis ke??
Idea ni kadang-kadang spontan...kadang-kadang kontang..kadang-kadang penuh sampai tak tau nak tulih hat mna...
tambah satu lagi... smart phone... sejask ada smart phone,mana2 pun boleh menulis...
dulu saya selalu juga tulis cerpen n Alhamdulillah ada antaranya yg disiarkan dlm majalah n akhbar. Tapi kini sy lebih selesa menulis kt blog
Post a Comment