My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday 27 October 2013

Apa Sebabnya MIGRAIN?


Assalammualaikum

“Adoi.. Sakitnya kepala aku ni..” Aimi Syakila memicit-picit dahinya. Berkerut kening kelihatan seperti bercantum. Sakit sangat kepalanya. Rasa berdenyut-denyut. Pernah sekali dia mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehinggakan dia menarik-tarik rambutnya dan hampir dia menghantukkan kepala ke dinding akibat kesakitan yang amat sangat..

“Errr..Kau ni migrain ke Sya?” Soal Elina kepada Aimi Syakila. Elina hanya memanggil Aimi Syakila dengan panggilan ringkas sebagai Sya.

Kelihatan wajah Aimi semakin merona merah menahan sakit. Tanpa pengetahuan yang luas berkaitan migrain, Elina segera memberi minum air putih kosong kepada Aimi Syakila.



Persoalannya.. Apakah itu Migrain?

Migrain merupakan sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut dan selalu terjadi di sebelah kepala sahaja. Ada juga kes yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.

Dalam kes yang lebih teruk, migrain ini menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retebtion of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Teori mengenai migrain disebabkan oleh pengembangan saluran darah sahaja tidak boleh dibuktikan sepenuhnya. Sebenarnya saraf (nervous system) bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain seperti stress. Ini menyebabkan spasm disaluran darah yang kaya dengan saraf seperti arteri di tapak otak kepala. Spasm ini menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak

Apabila ini berlaku, pengaliran darah ke otak adalah berkurangan. Pada masa yang sama, platlet  (partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah) melekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan bahan kimia serotonin dikeluarkan oleh badan. Serotonin ini mengecilkan lagi saluran darah arteri – jadi mengurangkan lagi bekalan darah ke otak.

Pengurangan pengaliran darah ke otak ini menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan. Itulah sebabnya tanda-tandanya seperti pendengaran dan percakapan yang terganggu sama seperti tanda-tanda orang yang kena strok (angin ahmar).

Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang membuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah. Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini juga menyebabkan pengembangan saluran darah arteri yang menyebabkan terjadinya migrain.

Sebab-sebab berlakunya migrain

1. Keturunan

2. Pemakanan – bahan perisa, keju, coklat, kekacang, alkohol. Faktor lewat makan juga boleh mendorong kepada migrain.

3.Hormon – gangguan hormon yang tidak menentu.

4. Mengandung

5. Pil Perancang – kerana mengandungi oestrogen yang boleh menyebabkan migrain.

6. Menopause (Putus Haid)

7. Tidur yang tidak teratur

8. Pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan

9. Perubahan cuaca

10. Bunyi bising yang terlalu kuat

11. Bau yang terlalu kuat

12. Terlalu banyak menonton TV, bermain video game, skrin komputer

13. Stress dan tekanan emosi yang keterlaluan

14. Jantina – Perempuan lebih kerap mengalami migrain berbanding lelaki

9 comments:

Mizz Aiza said...

teringat kawan sekerja aiza dulu kena migrain teruk.. setiap kali migrain dia akan ambil pain killer untuk meredakan rasa sakit..

norhasnizakhalid said...

kalau kena migrain ni, kita kena control,.. sebab kalau kita layan... habis...

Shahrul Yusof said...

Dulu, ada sorang makcik disebelah rumah saya sering menghadapi masalah migrain. Tahap sakitnya tu, kadang-kadang telan berbijik-bijik panadol pun tak baik-baik lagi. Minyak cap kapak memang tak pernah lekang. Pernah satu hari tu, saya pernah ternampak dia minum minyak cap kapak tu sebab stress sangat migrainnya tak baik-baik.

Unknown said...

semua sebab-sebab magrain d atas, mcm saya pernah alami..saya memang ada migrain..thnks 4 info dear

Tetamu Istimewa said...

Semalam ada dengar taklimat, salah satu cara nak kawalnya, masa kita mandi, mulakan dari bawah dulu, biar kepanasan tu keluar melalui kepala.

Unknown said...

Petua mandi tu sama yang macam mak kak Erin bagi tahu.. :-)

PeRdU cINta said...

kalau magrain teruk muka dan mata boleh jadi sembab..sebab ada sorang kawan zaman sekolah macam tu..bahaya juga sebenarnya..

wanariahamiza said...

Alhamdulillah. Belum pernah mendapat sakit moigrain. Semoga dijauhkan.

Akupenghibur.com said...

sebab keturunan pun ?? wahhh naseb acik x pernah kena lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer