My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 29 October 2013

Susahnya Nak Berurusan

Assalammualaikum...


"Puan, boleh saya bertanya tentang status surat yang telah saya hantar bertarikh 4 Januari 2013 tu?" Tanyaku dengan penuh lemah lembut..

"Eh, saya ni tak buat tugas tu. Awak pergi tanya pada staff lain!! Tak nampak ke saya tengah banyak kerja ni..!!" Jawabnya tanpa memandang ke wajah ku..Dan sibuk dia melakukan kerjanya. Aku berdiri di hadapannya dilihat seperrti tidak wujud.

Dengan hati yang agak kecewa dengan layanan staff itu. Aku pun berlalu pergi bertanya kepada staff lain di pejabat berkenaan.

Alhamdulillah, pertanyaanku disambut baik dengan senyuman.. Dalam hati berasa amat hairan..Kenapalah pelanggan yang datang berurusan dilayan sebegitu rupa. Jika marah-marah rezeki pun payah nak lekat tau.. 

Ini telah menjadi ikhtibar kepadaku supaya melayan sesiapa saja yang datang berurusan di pejabat walaupun itu bukan tugas ku.. Akan ku sambut pertanyaan mereka dengan senyuman dan cuba membantu sedaya-upaya.. Sebolehnya tidak mahu orang lain berasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada diriku..

p/s : Ingatlah hari ini kita membantu dan melayan orang lain dengan baik dan berbudi bahasa.. Kita pasti akan mendapat ganjaranya.. Jika aku mengalaminya hari ini, aku menganggap ia sebagai ujian dan dugaan dan dalam hatiku berazam tidak akan melakukan hal demikian kepada orang lain walaupun aku berada dalam apa jua keadaan.

Kerja itu ibadah, sama juga seperti kita menunaikan solat.. Bolehkah kita memohon doa kepada Allah SWT dengan nada yang kasar?? Keikhlasan dalam bekerja akan membuatkan diri kita sentiasa berasa tenang.. Ya Allah berikan aku kekuatan dalam mengharungi kerjayaku ini.. Dalam mencari rezeki yang amat mencabar.. Aku redha Ya Allah jika ini ujian kepada hamba Mu ini...

11 comments:

Unknown said...

mmg sakit hati kalu kene kat shark.
nasib baik ler erin ni sabo..
tidak mmg kene maki hamun dh org tu.

Nory Zoulkefle said...

memang sakit hati kalau berhadapan orang yang bodoh sombong cmtu...
tak salahkan kalau jawab elok2 dengan orang..huhu

Unknown said...

Tak pe lah.. Biar je orang buat kat kita.. Cuma ambil ikhtibar kita jangan buat kat orang lain macam tu.. Entahlah dugaan betul.. Dah banyak kali kena.. Pernah sekali tu rasa macam nak nangis saja.. Dahlah Jabatan kerajaan pulak tu.. Paling kesiannya depa nak layan orang pun tengok kedudukan orang.. bila orang kampung ni mai, buat tak layan..Kalau Dato' Tan Sri, layanan terbaik je dapat.. Huhu...

ANIM said...

dia tengah tension kot, heee...

Unknown said...

Sesibuk mana pun dia kenalah cakap baik-baik dengan customer.. Sebab bukan kita datang dan tengking dia pun.. Tanya pun dengan bahasa yang baik.. Siap panggil panggilan Puan lagi tu... Huhuhu

norhasnizakhalid said...

ini yang mama pantang ni.. errmm susah sangat ke nak layan orang baik-baik, takde adab langsung

Lieya Von Jay said...

hurm.. belagak sombong. org mcm ni xleh kerja tmpat yg kena berurusan dengan org ramai.. dia kena dk atas bukit kawan dgn monyet ja

wanariahamiza said...

Mengawal emosi adalah salah satu cabaran terbesar yang kita hadapi. Kalau kita bersabar, tentu ada ganjarannya. :)

Adriannasyaz said...

Sya terkena mcm ni aritu..huhu..hal pnting tp ditolak sana sini..mmg tensen..

Pha Is said...

personaliti staff satu hal, kadang2 staff dah okay, tapi proses yg terlalu merumitkan dan menyusahkan.. hmm..

Mizz Aiza said...

masa aiza kerja dulu walaupun kerja tu bukan kerja aiza tetap akan tolong buat.. selalunya berlaku jika pegawai tu bercuti, jadi aiza kena cover kerja dia.. hidup kita harus saling lengkap-melengkapi dan tidak berkira..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer