My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 22 October 2013

Tudung vs Topi Keledar?

Assalammualaikum..

Errr..Erin ada nak share sesuatu dengan you all ni.. Sebenarnya info yang bakal you all baca di bawah ni telah Erin salin dari sebuah majalah yang Erin baca di Perpustakaan.. Rajinkan Erin pergi ke Perpustakaan..Itulah tempat syurga ilmu.. Macam-macam buku ilmiah boleh didapati di situ..Melalui info ni, sama-samalah kita ambil pedoman yer.. Tak salah kita kongsi sesuatu tu ke arah kebaikan..Erin juga tak sempurna.. Kita semua tak sempurna.. Tapi sebagai hamba Allah..Kita perlu perbaiki diri ke arah yang lebih baik kan.. 

Tudung vs Topi keledar

Secara mudahnya, menutup aurat bolehlah diibaratkan seperti memakai topi keledar. Topi keledar sangat berkaitan dengan keselamatan nyawa, manakala menutup aurat berkait dengan keselamatan agama dan maruah. Kedua-duanya ialah soal daruriyyat (perkarayang sangat penting dalam Islam) kerana ia melibatkan nyawa, agama dan maruah. Baiklah, jika perbandingan (metafora) ini boleh diterima, cuba renungkan bukankah ada kalanya topi keledar tidak dapat menyelamatkan nyawa si pemakainya?

Misalnya, pelumba haram, pemandu laju dan cuai, semuanya memakai topi keledar. Namun seperti yang dikatakan tadi, sekadar bertopi keledar masih belum menjamin keselamatan nyawa. Sebenarnya, masih ada faktor-faktor lain yang lebih penting daripada sekadar memakai topi keledar untuk keselamatan nyawa apabila memandu atau membonceng motosikal.

Antaranya adalah dengan memandu secara berhati-hati, jangan terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak mengantuk atau tidak memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya. Sekiranya peraturan ini dilanggar, tidak kira sebesar atau sekeras mana sekalipun topi keledar itu, ia pasti tidak akan menyelamatkan pemakainya.

Begitu juga halnya dengan tudung. Hendak menjaga maruah dan akhlak tidak cukup dengan hanya bertudung sahaja. Ada lagi perkara-perkara lain yang lebih penting. Umpamanya, menjaga tingkah laku, berhati-hati dalam tutur kata, mengawal pandangan mata dan membatasi pergaulan. Selain itu, masa dan tempat wanita itu berada juga perlu dititik beratkan. Misalnya, jangan keluar seorang diri di tempat-tempat sunyi, mengaibkan dan mendedahkan diri kepada pencerobohan.

Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala. Sekurang-kurangnya, ada empat (4) perkara yang mesti ditutup dengan “tudung”.

1.    “Tudung” pada wajah. Jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias bertujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai. Kecantikannya khusus buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

2.    “Tudung” pada mata. Jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak memandang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Semua mata menangis pada hari akhirat kelak kecuali mata yang dipejamkan daripada memandang apa-apa yang diharamkan, mata yang berjaga pada waktu malam dalam berjihad di jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata walau sebesar kepala lalat kerana takut akan Allah.” (Riwayat al-Dailami)

3.    “Tudung” pada suara. Jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempesona. Allah berfirman yang bermaksud : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (Surah al-Ahzab 33 : 32)

4.    “Tudung” pada hati. Hatinya terpaut pada mengingati Allah. Insya-Allah, apabila seseorang wanita mengingati Allah, Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain.

pp/s : Sharing is caring..

10 comments:

Mizz Aiza said...

perkongsian yang baik erin.. fungsi 'tudung' itu luas juga kan, bukan sekadar menutup aurat rambut saja..

wanariahamiza said...

Insyaallah. Aurat dijaga, syurga balasannya. :)

fizalinolie said...

Good Sharing :). Thanks Erin...

Pendek kata "Bertudung biarlah semua". Jangan pulak... Nama je bertudung. Tapi perangai Nau'zubillah.

PeRdU cINta said...

best topik ni erin..suka bacalah..betul la erin..kita selalu lihat bertudung sekadar di kepala..tutp rambut..litup..tanpa kita sedar kita kadangkala mengabaikan yang dalaman..sedangkan semuanya mesti seiring..jaga aurat..jaga akhlak..syurgalah hadiahnya..

Pha Is said...

perumpamaan yg baik..

shazillahsani.com said...

Nice entry...betul jugak perumpamaan itu...

norhasnizakhalid said...

nak pakai tudung biar betul2, betul dalam mengikut syariat yang ditetapkan...

Kai Ssi said...

perkongsian yang baik...
bertudung x wajib tapi menutup aurat itu kewajiban...

╔═══════════════════════════╗
║                                   
║ My Blog ► http://abgdude.com/blog
║                                   
╚═══════════════════════════╝

Tetamu Istimewa said...

Tudung memberi seribu satu tafsiran. Tahniah, Kak Erin kerana berjaya berkongsi dengan pembaca.

Unknown said...

jagalah aurat..

lelaki pun kna jaga juga....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer